Menurut sebuah video di Youtube, Karam Singh Walia dikatakan telah menghina bangsa Melayu kerana mengatakan mereka tidak berasal dari Malaysia dan tidak berasal daripada Indonesia. Di dalam pemikiran kita semestinya rata-rata akan memikirkan masyarakat Melayu berasal daripada keturunan Melayu Parameswara. Namun hakikatnya masyarakat Melayu di Malaysia ini cukup besar. Boleh rujuk Asal-usul Bangsa Melayu
Sememangnya, Karam Singh Walia bersalah dalam video di atas kerana menafikan kewujudan dan kehadiran Bangsa Melayu di Malaysia. Namun sikap dan layanan yang diberikan oleh golongan pemuda atau pun belia terhadap beliau langsung tidak mencerminkan ketinggian budi pekerti seorang Bangsa Melayu.
Ada ke patut, mamat Melayu tu suruh Karam Singh Walia belanja satu kedai untuk selesaikan isu tu. Murahnya maruah melayu? sekadar teh tarik dan roti canai or nasi kandar je ke? Itu semua tak lebih daripada budaya pelampau.
Sepatutnya, sebagai seorang Melayu yang kononnya mengetahui asal-usul bangsa sendiri, kita harus membuktikan yang Bangsa Melayu itu wujud. Namun, dalam video ini, kite tidak nampak nilai-nilai baik dalam Bangsa Melayu ditunjukkan oleh kita, nilai-nilai yang ada dalam video ini lebih kepada nilai Gangster dan Mengugut.
Kalau berbicara pasal nilai Islam pula, Islam mengajak untuk kita berbincang dan bersederhana, ketahui dahulu kenapa Karam Singh kata macam tuh dan kalau beliau salah perbetulkan melalui perbincangan ilmiah. Walaupun beliau hebat dalam isu-isu alam sekitar, tak mustahil beliau sedikit lemah dalam isu-isu sejarah kerana beliau juga manusia yang akan melakukan kesilapan juga.
Jangan nak marah-marah sangatlah, kita ini tahu ke sebenar-benarnya asal-usul kita? Kalau cari kat Google, taip perkataan Melayu. Korang boleh tengok apa cariaan yang berkaitan dengan Melayu
Inikah Melayu yang nak dibanggakan? Sekurang-kurangnya tunjukkanlah nilai-nilai pekerti orang Melayu dan lebih-lebih lagi yang beragama Islam. Nabi tak pernah ajar melampau macam tu. Itu semua budaya pelampau yang akan merosakkan bangsa dan agama.
Terbakar Kampung Nampak Asap,
Terbakar Hati Siapa Yang Tahu.
Malah, Karam Singh sendiri lebih banyak menggunakan Peribahasa dan pantun Melayu. Kita yang Melayu, peribahasa dan pantun pun lemah duk nak marah2 bile orang salah kata macam tuh. Kita kene cermin diri kita, sejauh manakah kita menghayati nilai bangsa kita dan pegangan bangsa kita sebelum kita pandai-pandai nak jadi pejuang.
Walau apa pun, Karam Singh sendiri dalam video itu telah mengaku kesilapan beliau dan meminta maaf kepada semua bangsa melayu atas kesilapan beliau. Justeru, isu ini tidak wajar untuk dipolitikkan mahu pun diperhangatkan untuk dijadikan bahan perbalahan kaum.
Akhir kalam, Takkan Melayu Hilang Dunia.
Updated : Karam Singh Walia Beri Penjelasan Isu Hina Melayu
Browse » Home » All posts
Monday, January 3, 2011
Asal-usul Melayu Dari Mana Kita Datang
Dalam membicarakan pasal Melayu ni, kita kena faham yang Bangsa Melayu dan Kumpulan Etnik Melayu adalah dua benda yang berlainan. Bangsa Melayu merujuk kepada masyarakat Melayu di Malaysia. Manakala Kumpulan Etnik Melayu merujuk kepada masyarakat Melayu secara khusus kepada Semenanjung Malaysia dan Kepulauan Sumatera.
Asal Usul Bangsa Melayu
Menurut beberapa sumber, dikatakan Melayu itu berasal daripada Melayu Proto dan Deutero. Berdasarkan catatan oleh Neil Joseph Ryan (1976). A History of Malaysia and Singapore, yang dikatakan sebagai Melayu Proto ialah Melayu Asli ataupun Melayu Purba yang berhijrah daripada Tanah Besar Asia atau Yunnan ke Semenanjung Malaysia dan Kepulauan Melayu pada sekitar tahun 2500 sebelum masihi. Mereka dikatakan mempunyai kemahiran dalam bidang pertanian.
Manakala Melayu Deutero pula, menurut Alan Collins (2003). Security and Southeast Asia: domestic, regional, and global issues, Singapore: Institute of Southeast Asian Studies, Orang Melayu terdahulu telah kemudian diganti oleh Melayu Deutero dalam gelombang kedua penghijrahan dari tanah besar Asia di sekitar 300 Sebelum Masihi.
Jikalau kita ingin berkata mengenai asal-usul orang Melayu, ia cukup luas kerana wujudnya pelbagai jenis bangsa Melayu di Malaysia berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Pusat Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia yang dimulakan sejak Januari 2006 bertajuk Menjejak Asal-usul Melayu di Semenanjung Malaysia.
Kajian mereka mendapati wujudnya kepelbagaian corak DNA yang terdapat dalam Masyarakat Melayu moden hari ini yang mungkin berlaku kerana percampuran dengan orang Arab, Cina, India dan Thai. Ini menyokong fakta sejarah yang pernah menyebut Kerajaan Melayu Melaka satu ketika dulu adalah kerajaan yang gemilang dan kedatangan pedagang dari China, India dan Arab menyebabkan berlakunya perkahwinan campur.
Dikatakan terdapat 14 sub etnik Melayu yang mendiami Semenanjung iaitu:
i . Melayu Kelantan (Melayu yang masih asli) di Kelantan
ii. Melayu Yunan di Terengganu
iii. Melayu Minang di Negeri Sembilan
iv. Melayu Aceh di Perak
v. Melayu Mandailing di Perak
vi. Melayu Rawa di Perak
vii. Melayu Riau di Johor
viii. Melayu Bugis di Johor
ix. Melayu Kerinci di Selangor
x. Melayu Champa di Perak, Kedah dan Kelantan
xi. Melayu Jawa di Johor dan Selangor
xii. Melayu Jambi di Johor, Selangor dan Perak
xiii. Melayu Batak di Perak dan Pulau Pinang
xiv. Melayu Banjar di Johor, Selangor dan Perak
Hasil awal yang diperolehi mencadangkan suku Melayu Kelantan adalah suku Melayu yang masih tulen. Ini kerana Melayu Kelantan masih memelihara keturunan mereka tanpa banyak berlaku perkahwinan campur. Selain itu, suku Melayu Kelantan juga dikatakan suku pertama yang membuat petempatan di Semenanjung.
Budaya melayu juga dikatakan ada persamaan dengan suku Naga yang menetap di perbatasan Myanmar/India. Malah melalui ujian DNA, dikatakan ada satu penanda di dalamnya yang hanya biasa ditemukan dalam populasi di India.
Jadi walau daripada mana pun kita datang, sebenarnya kita adalah penghuni kepulauan Melayu sebelum kehadiran bangsa-bangsa lain seperti Cina dan India. Malahan masyarakat asli Sabah dan Sarawak juga penduduk lebih awal daripada Cina dan India dan merupakan masyarakat utama seperti melayu dan termakub dalam perlembagaan. Namun, pengaruh Cina dan India serta agama Budha dan Hindu dalam masyarakat Melayu tidak dinafikan.
Justeru, sebagai Orang Islam, kita perlu pandai membezakan adat melayu dan budaya melayu dengan tuntutan agama, supaya yang menjadi suruhan Allah kita laksanakan dan yang ditegah kita jauhi.
Labels:
asal-usul melayu,
melayu,
orang melayu
Sunday, January 2, 2011
Apa Terjadi di Facebook Sepanjang 2010
Menurut Democracy UK on Facebook, generasi zaman Facebook menjadikan facebook pusat kepada perubahan. Sama-sama kita lihat apa terjadi di Facebook sepanjang 2010
Relationship Statuses in 2010:
43,869,800 changed their status to single
3,025,791 changed their status to "it's complicated"
28,460,516 changed their status to in a relationship
5,974,574 changed their status to engaged
36,774,801 changes their status to married
What 20 minutes on Facebook looks like
Shared links: 1,000,000 every 20 minutes
Tagged photos: 1,323,000
Event invites sent out: 1,484,000
Wall Posts: 1,587,000
Status updates: 1,851,000
Friend requests accepted: 1,972,000
Photos uploaded: 2,716,000
Comments: 10,208,000
Message: 4,632,000
Most Liked Celebrities:
Lady Gaga
24,712,169 people like this
Eminem
23,729,700 people like this
Megan Fox
19,575,080 people like this
Vin Diesel
19,425,325 people like this
Rihanna
18,903,844 people like this
Barack Obama
17,229,885 people like this
Bob Marley
17,168,034 people like this
Lil Wayne
17,004,850 people like this
Justin Bieber
16,779,874 people like this
Shakira
16,520,790 people like this
Setuju atau tidak jikalau kita katakan Facebook ada membawa perubahan kepada diri kita? Samada baik mahupun yang tidak baik. Walau apa pun perubahan yang kita hadapi, Facebook hanya alat kepada perubahan, yang pentingnya ialah diri kita. Kitalah yang menentukan ke mana hala tuju kita. Memetik sebuah kata-kata hikmah, kita boleh bawa seekor kuda ke tepi sungai, tapi kita takkan dapat paksa kuda tu untuk minum air sungai tuh.
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum (bangsa) melainkan kaum itu sendiri mengubah nasibnya”
Maksud Surah Ar-Ra’d ayat 11
Akhir kata, dengan bermulanya tahun Hijran dan Tahun Masihi yang baru ini, jadikanlah kita lebih baik hari ini daripada semalam dan esok lebih baik daripada hari ini. Renung-renungkan dan selamat beramal.
Labels:
facebook,
nasihat,
new year,
tahun baru
Saturday, January 1, 2011
Bekas Isteri Akhil Hayy Masih Hidup
Terkejut giler encik tenangsudey apabila mendapat berita tentang kematian bekas isteri Akhil Hayy, Maizawati Zainal pada jam 9 malam tadi sebelum countdown new year. Encik tenangsudey buat kajian sedikit untuk mengsahkan kesahihah berita ini. Berikut adalah hasil google
Jikalau dilihat sumber2 berita daripada hasil carian di atas kurang diyakini. Jadi encik tenangsudey memeriksa facebook Maizawati Zainal
Jelas membuktikan yang berita yang disebarkan tadi adalah palsu. Siapalah punyer angkara bawak berita palsu tuh. Marah betul suami Maizawati Zainal ni kepada pembawa berita dan penyebar berita yang tak pasti tuh. Berikut komen suami Maizawati Zainal
Jadi setelah buat kajian, sumber daripada berita harian mengatakan seperti berikut:
Bekas isteri Akhil Hayy terbabit kemalangan, kandungan selamat
IPOH: "Saya bersyukur kandungan selamat walaupun doktor mengesahkan uri mengalami pendarahan kecil," kata Maizawati Zainal, 35, bekas isteri penceramah bebas, Akhil Hayy, yang dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) selepas kereta dinaiki keluarganya terbabit dalam kemalangan di Jalan Sultan Azlan Shah, di sini, Selasa lalu.
Beliau yang mengandung hampir lima bulan berkata, kemalangan berlaku kira-kira jam 5.15 pagi selepas kereta dipandunya merempuh sebuah kereta lain yang tiba-tiba membuat pusingan U dan memasuki laluannya.
Katanya, rempuhan itu menyebabkan dirinya pengsan selain beberapa anggota badan cedera termasuk di dahi dan patah tangan kiri hingga terpaksa dirawat di hospital itu.
Katanya, tiga anaknya iaitu Muhamad Syafrin Hidayahtullah, 3; Muhamad Shariff Hidayahtullah, 12; dan Siti Nur Maisarah, 13, bernasib baik kerana hanya cedera ringan manakala suaminya, Mohd Yasin Ben@Abdul Rahim, 23, tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Sejurus sebelum kejadian, saya bersama keluarga dalam perjalanan pulang ke rumah di Taman Utama, Bercham selepas menghantar rakan kami ke Stesen Bas Medan Gopeng untuk ke Singapura," katanya.
Ulasan Encik Tenangsudey
Alhamdulillah semuanya selamat. Jelas kat sini, kita ni mudah sangat menyebarkan berita yang kadang2 kita pun x pasti tapi terlampau melampau 'baik hati' nak sebarkan juga. Kalau dulu kita sebarkan pasal email berantai pasal Syeikh bermimpi jupe nabi dan kite kene forward kepada beberapa orang, kalau tak akan ditimpa musibah.
Memang bagus kita berpesan, tapi lihatlah apa yang kita nak pesan dan selidikilah sedikit. Jangan biarkan kejahilan kita menjadikan kita berterusan dalam keadaan yang kurang pandai.
Selamat Tahun Baru dan moga tahun ini lebih baik daripada tahun sebelum-sebelum ini.
Jikalau dilihat sumber2 berita daripada hasil carian di atas kurang diyakini. Jadi encik tenangsudey memeriksa facebook Maizawati Zainal
Jelas membuktikan yang berita yang disebarkan tadi adalah palsu. Siapalah punyer angkara bawak berita palsu tuh. Marah betul suami Maizawati Zainal ni kepada pembawa berita dan penyebar berita yang tak pasti tuh. Berikut komen suami Maizawati Zainal
Jadi setelah buat kajian, sumber daripada berita harian mengatakan seperti berikut:
Bekas isteri Akhil Hayy terbabit kemalangan, kandungan selamat
2010/12/31
IPOH: "Saya bersyukur kandungan selamat walaupun doktor mengesahkan uri mengalami pendarahan kecil," kata Maizawati Zainal, 35, bekas isteri penceramah bebas, Akhil Hayy, yang dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) selepas kereta dinaiki keluarganya terbabit dalam kemalangan di Jalan Sultan Azlan Shah, di sini, Selasa lalu. Beliau yang mengandung hampir lima bulan berkata, kemalangan berlaku kira-kira jam 5.15 pagi selepas kereta dipandunya merempuh sebuah kereta lain yang tiba-tiba membuat pusingan U dan memasuki laluannya.
Katanya, rempuhan itu menyebabkan dirinya pengsan selain beberapa anggota badan cedera termasuk di dahi dan patah tangan kiri hingga terpaksa dirawat di hospital itu.
Katanya, tiga anaknya iaitu Muhamad Syafrin Hidayahtullah, 3; Muhamad Shariff Hidayahtullah, 12; dan Siti Nur Maisarah, 13, bernasib baik kerana hanya cedera ringan manakala suaminya, Mohd Yasin Ben@Abdul Rahim, 23, tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Sejurus sebelum kejadian, saya bersama keluarga dalam perjalanan pulang ke rumah di Taman Utama, Bercham selepas menghantar rakan kami ke Stesen Bas Medan Gopeng untuk ke Singapura," katanya.
Ulasan Encik Tenangsudey
Alhamdulillah semuanya selamat. Jelas kat sini, kita ni mudah sangat menyebarkan berita yang kadang2 kita pun x pasti tapi terlampau melampau 'baik hati' nak sebarkan juga. Kalau dulu kita sebarkan pasal email berantai pasal Syeikh bermimpi jupe nabi dan kite kene forward kepada beberapa orang, kalau tak akan ditimpa musibah.
Memang bagus kita berpesan, tapi lihatlah apa yang kita nak pesan dan selidikilah sedikit. Jangan biarkan kejahilan kita menjadikan kita berterusan dalam keadaan yang kurang pandai.
Selamat Tahun Baru dan moga tahun ini lebih baik daripada tahun sebelum-sebelum ini.
Friday, December 31, 2010
Kenapa Mesti Rosakkan Hubungan Khairul Fahmi Che Mat
Encik Tenangsudey berasa terkilan dengan sikap segelintir wanita(maaf ye.. tapi segelintir je.. yang lain sume bagus2.. tip top). Apabila yang dikejar tak dapat, mulalah perasaan benci ditanam untuk jadi pohon-pohon yang membuahkan buah beracun lagi berduri. Lihatlah di sini, hanya disebabkan Khairul Fahmi Che Mat sudah berpunya, ada yang kata meluat la pulak dengan awek dia yang banyak2 bercerita dan bergebang dalam blog beliau. Boleh refer post sebelum ni pasal Khairul Fahmi ada awek dan awek dia ade blog.
Ya Allah sampai buat page kat facebook, perlu ke? Sekarang ni cik adis manis kene fikir dulu, Cik Elia tuh blogging sekadar untuk share pengalaman dia dan juga untuk pendedahan background apek tuh. Ya la, maybe adala juga yang tidak perlu diceritakan terlampau detail untuk tujuan privacy. Namun hakikatnya, tu blog dia, kalau tak suke jangan baca, dah baca tak suka diam2 sudey, takpon komen la or emailkan bagi nasihat or suggestion. Tak perlu kot nak rosakkan hubungan orang dengan wat page kat facebook ni. Bukan memperbaiki keadaan, wat keruh lagi adala.
Lagipun dengan blog Cik Elia tu, peminat Encik Apek boleh mengenali Encik Apek dengan lebih mendalam dan perkembangan semasa Encik Apek. Cik Elia da berblogging sejak 2009 lagi. Jadi tak timbul dia nak cari publisiti(mungkin adala sikit) tapi pokok asalnya tentunya beliau berbangga dengan memiliki seorang lelaki idaman Malaya. Mana la dia tahu blog dia akan dihujani peminat apek, beliau sekadar menulis untuk sebuah perkongsian je. Bawah ni ada komen2 yang encik tenangsudey baca pun nak meluat dengan peminat apek yang meluat nih. Nora Danish tenangsudey je.. dia plak lebih2.
Encik Tenangsudey berasa agak seronok membaca blog http://jejariruncing.blogspot.com/ milik awek Khairul fahmi Che Mat. Apa yang paling menarik, Cik Elia ada menceritakan Khairul Fahmi menjadi imam dalam solat mereka sekeluarga setibanya Khairul Fahmi dari mengerjakan umrah. Benda ni bagus untuk menjadi contoh teladan kepada lelaki2 untuk berusaha menjadi Imam dalam solat lebih2 nanti kalau da berkeluarga kerana solat itu tiang agama. Jika elok agamanya, maka eloklah akhlaknya.
Ini la hakikat dalam kehidupan, bila orang glamour dan diminati, macam2 la dugaan dan cabaran datang. Tapi, walau di mana kita berada, jangan lupa untuk bersyukur dengan kurniaan Ilahi. Renung2 kan dan selamat beramal.

Thursday, December 30, 2010
Kepulangan Harimau Malaya, Julia Perez Terkubur
![]() | ||||||
| Harimau Malaya Johan Piala AFF Suzuki, Juara di hati rakyat Malaysia |
Pasukan Malaysia bergambar di Lapangan Terbang Indonesia sebelum berangkat pulang
Beribu-ribu penyokong Malaysia menantikan ketibaan Harimau Malaya di KLIA
Penyokong Malaysia yang menyaksikan perlawanan secara beramai-ramai, bersatu hati, satu suara.
Kepulangan Khairul Fahmi Che Mat dan rakan2 Harimau Malaya dinantikan di Kuala Lumpur International Airport (KLIA).
Sumber gambar azizhazmi, wartawan NST dan BharianDengan kepulangan wira2 Malaya, maka berkuburlah cerita Julia Perez yang kononnya nak pakai coli laser semasa Malaysia lawan Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno. Semalam pun dia menadapat kecaman daripada golongan ulama Indonesia. bye bye Julia Perez, Selamat pulang Harimau Muda..
Khairul Fahmi Jadi Rebutan Gadis Malaya, Laser Jadi Bahan Bualan
Isu laser semasa di Stadium Bukit Jalil menjadi bualan hangat di Twitter dan Facebook. Tak kurang hebat juga Isu Julia Perez yang kononnya nak pakai coli laser nak ganggu pemain Malaysia. Namun Walau apa pun yang terjadi, hakikat hari ini Khairul Fahmi Che Mat menjadi bahan bualan dan rebutan gadis Malaya.
Berikut sedikit gambar sepanjang persiapan sebelum perlawanan Malaysia dan Indonesia di Gelora Bung Karno, Indonesia

RIBUAN penyokong Indonesia di luar Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta menjelang perlawanan akhir kedua Piala Suzuki AFF 2010 antara pasukan tuan rumah dan Malaysia. Malaysia bertandang ke tempat lawan berbekalkan kelebihan tiga gol selepas menang di Stadium Nasional Bukit Jalil, Ahad lalu. - Foto Osman Adnan
KAIN rentang larangan membawa masuk peranti laser digantung di luar Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta sebelum bermulanya perlawanan akhir kedua Piala Suzuki AFF 2010 antara Indonesia menentang Malaysia di Jakarta, malam ini. Malaysia bertandang ke tempat lawan berbekalkan kelebihan tiga gol selepas menang di Stadium Nasional Bukit Jalil, Ahad lalu. - Osman Adnan
Dengan kemunculan hero baru malaya, Khairul Fahmi Che Mat, maka populariti Aidil dan Zaquan adha dilihat semakin menurun. Itulah pasang surutnya kehidupan, TenangSudey. Walau apa pun, Tahniah dan syabas buat pasukan Malaysia kerana mengharumkan nama Malaysia di seantero dunia sehinggakan Rio Ferdinand juga mengucapkan tahniah atas kejayaan Malaysia di twitter peribadi beliau. Tahniah Malaysia
Wednesday, December 29, 2010
Tahniah Buat Malaysia Piala AFF Suzuki
Sungguh menakjubkan, Piala AFF SUzuki kali ini berjaya menyatukan masyarakt berbilang kaum bagi menyatakan satu sokongan mereka buat pasukan harimau muda kita. Syabas diucapkan atas kejayaan mereka menjadi johan dalam Piala AFF Suzuki 2010 dan juara di hati seluruh rakyat Malaysia.
Lebih menarik lagi di twitter khairul fahmi penjaga gol negara menjadi bahan bualan hangat sehingga menduduki tempat ke-5 dalam trending.
Bukan itu sahaja, ia juga menjadi bualan gadis-gadis malaya.Semua mengagumi ketangkasan dan ketampanan penjaga gol negara ini. Untuk pengetahuan pembaca, khairul fahmi che mat sudah berpunya dan lawatan ke blog kekasihnya menunjukkan semenjak dua menjak ini traffic ke sana agak sesak dan blog kekasih khairul fahmi ini menjadi rujukan kepada peminat2 khairul fahmi kerana khairul fahmi tidak mempunyai blog tapi ada fan page kat facebook.
Ni blog awek Khairul Fahmi http://jejariruncing.blogs
Gambar kat atas ni pon diambil dari blog awek khairul fahmi tuh.
Setakat ni pencapaian Khairul Fahmi Che Mat ialah:
Anugerah : Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100Plus-FAM
- Pemain Muda Terbaik 2010
- Penjaga Gol Terbak 2010
Tenangsudey berasa cukup terharu dan bangga dengan kejayaan pasukan Malaysia. Tenangsudey doakan pasukan harimau muda akan terus maju di masa-masa hadapan. Amiin
Malaysia, Tanah Tumpahnya Darahku. HIDUP MALAYSIA
Selekoh Kambing, Pasar Kemboja
Hari ini ada baca berita pasal Selekoh Kambing, ingatkan selekoh tu ada kemalangan melibatkan kambing ke. Tapi rupanya ada Pasar Kemboja kat sini. Berikut berita penuh daripada Metro
SUNGAI BULOH: Murah dan berbaloi. Itu rata-rata komen warga Sungai Buloh yang kini tidak perlu membayar tambang ke Kemboja apabila semua produk tersedia kepada pengunjung di Pasar Kemboja atau dikenali sebagai ‘Selekoh Kambing’ di Kampung Kubu Gajah, dekat sini, sejak 20 tahun lalu.
Lebih menarik, semua produk makanan dan pakaian seperti ikan salai, daging salai, tudung, seluar serta perkakasan dari Kemboja dijual di situ.
Bukan itu saja, produk pakaian wanita dan lelaki kegilaan ramai seperti yang terdapat di pusat beli-belah Nilai 3, Negeri Sembilan, juga boleh didapati di pasar berkenaan pada ‘harga runtuh’.
Misalnya, tudung gaya terkini, boleh dimiliki pada harga semurah RM4 sepasang berbanding RM15 hingga RM20 di pasar raya atau kedai tudung berjenama lain, manakala baju pasang berkualiti RM10 sepasang.
Pengunjung, Mohd Adwin Ramli, 29, berkata beliau menggunakan bahasa Kemboja walaupun kurang fasih apabila berkunjung ke pasar berkenaan.
“Kebanyakan warga Kemboja yang berniaga di sini sudah tinggal di kawasan ini sejak puluhan tahun lalu dan memudahkan saya belajar bahasa Kemboja dengan mereka.
“Lagipun, mereka peramah dan akan bagi harga istimewa apabila kita membuat tawaran,” katanya.
Mohd Adwin berkata, ketika berada di Pasar Kemboja berkenaan, beliau seolah-olah berada di Kemboja dan ia menjadi pengalaman manis baginya.
Penduduk, Mohd Harun Hazwan, 56, berpendapat kewujudan warga Kemboja di situ membuatkan suasana Kampung Kubu Gajah lebih ceria.
Ulasan Tenangsudey
Itulah dia Orang Kemboja, memang terkenal sebagai peniaga barang2 pakaian. Masa dulu pun ada juga jiran Kemboja tinggal area2 kawasan rumah saya, memang hebat gile dia berniaga pakaian. Tapi kehebatan dia ni jelas pada kerajinan dia mencari peluang2 untuk berniaga. Di mana ada pasar malam, di situlah akan ada dia. Kenapala orang2 melayu yang xde pekerjaan x rajin macam diorang ek? Maybe rase selesa duduk kat negara sendiri....

“Masyarakat di sini lebih ramai dan berbilang bangsa. Saya gembira melihat pembangunan di sini terutama berikutan kewujudan Pasar Kemboja yang terkenal,” katanya.
Beliau berkata, penduduk di situ tidak perlu pergi hingga ke Nilai 3 atau Segamat, Johor, bagi mendapatkan barangan seperti kain pasang atau tudung dengan harga murah kerana semua jenis fabrik yang diinginkan mengikut gaya masa kini sudah tersedia kepada pengunjung.
Peniaga, Jaafar Alias, 27, berketurunan Kemboja berkata, sebagai peniaga pakaian yang mewarisi perniagaan bapanya, beliau berterima kasih kepada penduduk tempatan yang tidak menyisihkan warga Kemboja di situ.
“Saya meneruskan perniagaan bapa di sini kerana terpikat layanan penduduk tempatan yang baik dan berharap dapat terus berniaga dan menjual produk berkualiti kepada pengunjung pada harga rendah.
“Lagipun saya sudah mempunyai pelanggan tetap yang akan datang setiap minggu.
Beliau memberitahu, pelanggannya bukan saja datang daripada kawasan sekitar, malah ada yang datang dari Seremban, Melaka dan Perak bagi mendapatkan produk jualannya untuk kegunaan sendiri mahupun berniaga.
Beliau berkata, penduduk di situ tidak perlu pergi hingga ke Nilai 3 atau Segamat, Johor, bagi mendapatkan barangan seperti kain pasang atau tudung dengan harga murah kerana semua jenis fabrik yang diinginkan mengikut gaya masa kini sudah tersedia kepada pengunjung.
Peniaga, Jaafar Alias, 27, berketurunan Kemboja berkata, sebagai peniaga pakaian yang mewarisi perniagaan bapanya, beliau berterima kasih kepada penduduk tempatan yang tidak menyisihkan warga Kemboja di situ.
“Saya meneruskan perniagaan bapa di sini kerana terpikat layanan penduduk tempatan yang baik dan berharap dapat terus berniaga dan menjual produk berkualiti kepada pengunjung pada harga rendah.
“Lagipun saya sudah mempunyai pelanggan tetap yang akan datang setiap minggu.
Beliau memberitahu, pelanggannya bukan saja datang daripada kawasan sekitar, malah ada yang datang dari Seremban, Melaka dan Perak bagi mendapatkan produk jualannya untuk kegunaan sendiri mahupun berniaga.
Ulasan Tenangsudey
Itulah dia Orang Kemboja, memang terkenal sebagai peniaga barang2 pakaian. Masa dulu pun ada juga jiran Kemboja tinggal area2 kawasan rumah saya, memang hebat gile dia berniaga pakaian. Tapi kehebatan dia ni jelas pada kerajinan dia mencari peluang2 untuk berniaga. Di mana ada pasar malam, di situlah akan ada dia. Kenapala orang2 melayu yang xde pekerjaan x rajin macam diorang ek? Maybe rase selesa duduk kat negara sendiri....
Monday, December 27, 2010
[Video]Gol-gol Malaysia Lawan Indonesia Piala Suzuki AFF 2010
Penjaring Malaysia Dalam Perlawanan Akhir Pertama
Gol Pertama : Safee Sali pada minit ke 60
Gol Kedua : Mohamed Ashari pada minit ke 67
Gol Ketiga : Safee Sali pada minit ke 72
Gol pertama Malaysia 1 0 Indonesia
Gol Kedua Malaysia 2 0 Indonesia
Gol Ketiga Malaysia 3 0 Indonesia

bola,
bukit jalil,
gol malaysia,
harimau malaya,
malaysia,
piala aff,
piala suzuki 2010,
suzuki cup
Subscribe to:
Posts (Atom)