Mungkin sudah ramai yang dengar lagu Insha Allah ini. Saya pun tak terkecuali mendengarnya. Jadi sekadar ingin berkongsi dengan pembaca sekalian. Jom layan.
Lirik lagu ini
Andainya..
Kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian tiada pembela
Segalanya suram,bagai malam yang gelap
tiada bantuan,tiada tujuan
Janganlah berputus asa..
Kerana Allah bersamamu..
[chorus]
InsyaAllah... InsyaAllah...
InsyaAllah... Ada Jalannya...
Andainya..
Kesalmu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Tika keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu
Janganlah berputus asa...
Kerana Allah bersamamu...
[chorus]
Kembalilah....
Kepada yang esa
Yakin padanya,panjatkanlah doa..
OOoo~ Ya Allah...
Pimpinlah daku dari tersasar
Tunjukkan daku ke jalan yang benar..
Jalan yang benar...Jalan yang benar..
Jalan yang benar...
[chorus]
Kalau nak download lagu ni : ini link mediafire
Credit to : akhifairuzmzmfc, Maher Zain fan club, oh cerita.
Browse » Home » All posts
Sunday, January 30, 2011
Thursday, January 27, 2011
Amaran Bahaya dan Awas Baya
Alkisahnya lift kat Yik Fong,Ipoh, Perak rosak. Jadi adalah diletakkan tanda amaran bahaya, tapi lain pula jadinya. Jom tengok apa yang terjadi.
![]() |
| Cuba tengok dekat dengan pintu lift ada kertas putih ditampal di situ |
Sepatutnya Awas Bahaya, bukannya Awas Baya. haha. Walau apa pun bahasa yang digunakan, bahaya atau pun baya ke, kita tenangsudey, keselamatan harus diutamakan.. 1 Malaysia katakan. hahahahaha
Monday, January 24, 2011
Top 10 Most Expensive Cars in the World 2010
Time to accelerate from 0-60 mph : 2.6 secs
Top speed : 253 mph++
2. Lamborghini Reventon $1,600,000
Time to accelerate from 0-60 mph : 3.3 secs
Top speed : 211 mph
3. McLaren F1 $970,000
Time to accelerate from 0-60 mph : 3.2 secs
Top speed : 240 mph
4. Ferrari Enzo $670,000
Time to accelerate from 0-60 mph : 3.4 secs
Top speed : 217 mph
5. Pagani Zonda C12 F $667,321
Time to accelerate from 0-60 mph : 3.5 secs
Top speed : 215 mph
6. SSC Ultimate Aero $654,400
Time to accelerate from 0-60 mph : 2.7 secs
Top speed : 257 mph
7. Saleen S7 Twin Turbo $555,000
Time to accelerate from 0-60 mph : 3.2 secs
Top speed : 248 mph
8. Koenigsegg CCX $545,568
Time to accelerate from 0-60 : 3.2 secs
Top speed : 245mph
9. Mercedes Benz SLR McLaren Roadster $495,000
Time to accelerate from 0-60 : 3.8 secs
Top speed : 206 mph
10. Porsche Carrera GT $440,000
Time to accelerate from 0-60 : 3.9 secs
Top speed : 205 mph
Saturday, January 22, 2011
Koleksi Baru Soalan Lawak #tanyanajib
Baru-baru ini, YAB Dato' Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak ada memberi peluang kepada rakyat Malaysia bertanyakan soalan di twitter kepada beliau. Dengan menggunakan hash tag #tanyanajib, berikut adalah soalan-soalan yang agak lawak.
Mengejutkan lagi, ada soalan-soalan lawak ini dijawab oleh YAB Dato' Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, memang TenangSudey habis. Boleh tengok kat sini . Soalan-soalan di bawah ini adalah soalan-soalan yang masih ditanyakan oleh rakyat Malaysia walaupun selepas tamat waktu bertanyakan soalan. Jom layan..
Labels:
#tanyanajib,
1malaysia,
funny,
lawak
Friday, January 21, 2011
Kedudukan Kelajuan Internet Dunia dan Malaysia
Kelajuan Internet dunia secara purata mengikut benua
Kelajuan Internet di Malaysia mengikut negeri
Kedudukan Kelajuan Internet Malaysia berdasarkan ranking dunia.
Korea Selatan mendahului negara-negara lain di dunia dengan memiliki kelajuan internet terpantas iaitu 39.04 Mb/s. Moga info ini dapat kita kongsi dan tahu tentang kedudukan kelajuan internet di Malaysia dan dunia.Tekan button share di bawah untuk kongsi. Sekian, terima kasih.
Labels:
download,
kelajuan internet,
speed,
speedtest,
upload,
world ranking
Thursday, January 20, 2011
Kisah Filem Khurafat, Awek dan Teman Lelakinya
Semalam pergi tengok wayang cerita Khurafat dengan kawan-kawan laki kat Jusco Ipoh. Filem ini agak menarik, namun cerita ini berakhir cepat sangat selepas klimak jalan cerita. Banyak persoalan terlerai begitu cepat. Namun, secara keseluruhan, cerita ini agak menarik dan rasanya cerita yang paling jimat elektrik. haha sebab dalam cerita, berlakon dalam keadaan gelap n suram je. hahaha
Khurafat mengisahkan Johan yang mengamalkan Khurafat dengan pakai minyak pengasih untuk memikat Anna. Syarat untuk menggunakan minyak pengasih tu, Johan tidak boleh tinggalkan Anna. Namun, lepas dah dapat Anna, Johan berkahwin dengan orang lain. Akibat melanggar janji tersebut, Johan dan isterinya telah diganggu oleh roh mayat yang dipuja untuk dijadikan minyak pengasih bagi memikat Anna tu. Rumahtangga mereka jadi suram je. Pengajarannya, janganlah amalkan khurafat, nanti hidup tak tenteram dan akan sentiasa didampingi oleh syaitan.
Lain pula halnya dengan kisah penonton cerita ini. Saya duduk sebaris dengan kawan-kawan saya dalam lebih kurang 7 orang lelaki dan seorang lagi dah tiada tiket terpaksa duduk kat kerusi lain dengan diapit dua orang gadis. Jadi hero malaya kejap beliau. haha. Tapi kisah lucunya ialah, masa tengah-tengah tengok cerita tu, ada la bahagian yang menyeramkan sikit. Lepas sahaja bahagian tu, tiba-tiba terdengar suara awek kat belakang berkata kepada teman lelakinya " Eh takut jugak awak ek?". Teman lelakinya hanya terdiam sahaja... hahaha
Kami di duduk di kerusi hadapan hanya mampu senyum dan buat tenangsudey...
Sekian....wsalam..
Labels:
khurafat,
tenangsudey
Wednesday, January 19, 2011
Saya Nak Berubah Tapi Takut Orang Kata atau Perli
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Zaman sekarang ni kalau kita duduk sembang-sembang, kita akan dapati ramai di kalangan kita ini mahu berubah. Namun, banyak sangat alasan atau lebih manis jika kita katakan halangan. Antara halangan-halangan yang menduduki carta tertinggi dalam carta halangan nak berubah ialah kurangnya ilmu, persekitaran yang tak membina dan paling tersembunyi dalam diri ialah takut orang kata atau diperli
Memang sudah sebati dalam budaya kehidupan masyarakat kita, bila orang nak buat baik sahaja, adalah kata-kata yang kurang manis akan berbunyi. Tapi kalau buat jahat lagi lah dikeji. Jadi nak buat baik ke buat jahat?
Tenanglah wahai jiwa, takut apa nak buat baik, manusia takkan puas dengan kita. Sedangkan Nabi yang sempurna sekali pun sering dikeji oleh Abu Jahal dan Abu Lahab. Inikan kita yang solat pun di akhir waktu dan tak kurang yang meninggalkan solat. Benarlah kata-kata Imam Al Ghazali, benda yang paling ringan di dunia ini ialah meninggalkan solat kerana manusia sering mempermudah dan meringankan sembahyang disebabkan terlalu mementingkan urusan dunia. Benda yang paling dekat dengan kita pula ialah mati. Jadi Kalau tak berubah sekarang, bila lagi? Siapa tahu dia akan mati bila?
Tenanglah wahai hati, kalau nak berubah ingatlah mati, pasti akan dapat terjadi dan bukannya sekadar bermimpi di siang hari. Usah diambil kira kata orang. Kenapa pula macam tuh? Ialah kalau difikirkan sangat kata-kata orang yang perli perubahan kita, takkan ke manalah kita. Fikir macam ini sahaja, kalau kita tak berubah ke arah kebaikan, siapa nanti nak tolong jawab dalam kubur nanti, merekakah? Tidak kan? Jadi mengapa harus takut kepada kata-kata dan perlian mereka.
Sempena, tahun baru ini, tanamkanlah azam untuk berubah. Jika anda lelaki, belajarlah untuk menjadi Imam kepada bakal isteri dan anak-anak. Jika anda ialah wanita, belajarlah untuk menjadi seorang isteri solehah dan ibu yang baik buat bakal anak2 dan suami anda. Alah, rilek la, lambat lagi kot nak kahwin. Betul tu lambat lagi, tapi benda yang baik bukan mudah untuk dibuat, ia memerlukan masa untuk perubahan. Jadi mulakan dari sekarang.
Ko cakap senang la kan, aku ni budak jahat, macam mana nak jadi baik? aku dah la perangai macam haram, semua orang tahu tu kot. Alah ko cite senang la.. aku ni yang menanggung, ko bukan tatau kawan2 aku macam mane... ko ingat senang macam petik tali gitar terus bunyi ke? susah derr...
Saya sangat bersetuju dengan kata-kata di atas, kerana itulah realiti kehidupan di zaman facebook dan twitter ni. Jadi yang penting tanamkan dulu keazaman, mulakan dengan memperbaiki solat. Jika elok solatnya, maka eloklah akhlaknya. Jika terasa lemah, maka bangunlah solat tahajud untuk mencari kekuatan batin dan jiwa.
Akhir kalam, berubahlah ke arah kebaikan, kerana di akhirat nanti, kita yang akan menjawab tentang apa yang kita telah lakukan pada hari ini.Bukannya kawan-kawan kita. Renung-renungkan dan selamat beramal.
Tuesday, January 18, 2011
Pemilik Bugatti Isi Minyak RM932
Wah! menurut kosmo hari ini.
Seorang pemandu kenderaan mewah jenama Bugatti Veyron mengisi minyak sebanyak £192 (RM932) di sebuah stesen minyak termahal di Britain, Texaco.
Stesen itu mengenakan bayaran 192 pence (RM7.74) untuk setiap satu liter minyak.
Kereta itu memerlukan sebanyak satu liter minyak untuknya bergerak sejauh 3.2 kilometer.
Haaa,, tak perlu amik kalkulator, meh saya tolong kirakan. Kalau dikirakan isi minyak RM932 dengan harga RM 7.74 seliter. Kereta ini dapat diisi dengan 120.4 Liter minyak.
Pastu kalau kereta ini bergerak sejauh 3.2 kilometer dengan memerlukan satu liter minyak. Bermakna kereta ni lepas diisi dengan minyak sebanyak RM932 boleh bergerak sejauh 385.32 kilometer.
Kereta ini kalau dari Kuala Lumpur nak balik ke Terengganu pun tak cukup ni kalau hanya diisi dengan RM932 sahaja. Sebab jarak daripda Kuala Lumpur ke Terengganu ialah 414 kilometer. Jadi kene isi pulak lagi RM70 minyak barulah sampai ke Kuala Terengganu. Jadi duit minyak sekali balik ke Terengganu dari Kuala Lumpur ialah RM1002. Tu tak campur tol lagi. huhu
Tapi memang best ah kereta ini, laju dan terbaik design dia.
Labels:
bugatti,
Bugatti Veyron,
concept car proton,
fastest car
Saya Pelajar UTP
Memandangkang sekarang ini, blog pilihan Malaysia sedang mengumpul pelajar-pelajar di Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan sekarang ini tiba giliran untuk pelajar IPTS. Jadi saya pun nak join juga dalam program ini. Kalau sapa-sapa nak join boleh la tengok kat sini
1. Belajar di universiti mana?
Universiti Teknologi PETRONAS (UTP)
2. Kursus apa?
Kejuruteraan Mekanikal
3. Bila masuk?
July 2006
4. Tamat belajar?
Insya Allah, September 2011
5. Pengalaman pahit?
Dalam keadaan manis menerima UTP ada juga rasa pahit sebab terpaksa menolak tawaran JPA ke Jepun atas sebab-sebab tertentu. Alhamdulillah lepas da 4 tahun ni. Syukur alhamdulillah x menyesal pun dengan pilihan ni dan rase puas hati dengan keputusan nih dan dapat bahagiakan ramai org terutamanya bonda tercinta. Allah lebih tahu yang terbaik untuk kita yang penting kita jangan putus asa dan sentiasa bersyukur.
6. Pengalaman manis
Menang pertandingan syarahan dan debat Piala Rektor UTP
Menjadi presiden pertama Friends of IRC di UTP
Johan mini futsal Village 5
Bersama kawan dari Vietnam
![]() |
| Bersama dengan Rektor dah Ahli Senat UTP |
![]() |
| Bersama dengan Rektor UTP dan ahli2 FIRC |
![]() |
| Bersama pasukan treasure hunt |
Saturday, January 15, 2011
Kesan Kenaikan Harga Minyak Kepada Ultraman, Manusia dan Kenderaan
![]() |
| Ultraman pun terpaksa naik basikal, camni camne la nak lawan raksasa cepat2 |
![]() |
| Steady je basikal jadi moto RXZ. Siap ada ekzos lagi tuh..hehehe |
![]() | |||
| Motosikal transform jadi kereta mini.. hehe |
Siap ada logo Toyota lagi.. hehe
Labels:
minyak,
minyak naik,
ultraman
Subscribe to:
Posts (Atom)























