Sunday, December 12, 2010

Trend Kahwin dengan Wanita Maghribi

Selama ni kita duk dengar macam susah je orang Melayu nak kawin... macam2 adat ade.... hari ni Harian Metro gemparkan jejaka2 Malaya dengan kos perkahwinan + flight pegi balik maghribi + honeymoon dengan wanita Maghribi hanya 14 000++ sahaja....  berikut berita dari Harian Metro, Ahad, 12 Disember 2010








KUALA LUMPUR: Mereka bukan saja memiliki pakej lengkap sebagai isteri termasuk wajah persis artis, malah boleh dijadikan teman hidup pada harga semurah RM14,000.
Itu bukan omong kosong, malah segelintir jejaka Malaysia beragama Islam menikmati saat manis melayari rumah tangga dengan wanita Maghribi yang dikatakan memiliki pelbagai kelebihan berbanding wanita tempatan dan negara jiran seperti Indonesia, Thailand dan Filipina.

Selain sama agama dan berwajah jelita, wanita dari benua Afrika Utara itu dikatakan berkulit gebu, subur, belum ‘tercemar’ dan akan mengabadikan sepenuhnya jiwa dan raga terhadap lelaki yang menjadi suaminya.

‘Trend’ yang semakin hangat diperkatakan itu didedahkan seorang lelaki yang berpengalaman empat tahun hidup bahagia beristerikan gadis Maghribi lepasan kolej, malah sudah mempunyai seorang anak.


Mohd Fairudz Mohd Yusoff, 34, berkata sehingga hari ini sekurang-kurangnya lapan lelaki di negara ini mengikut jejak langkahnya dan ia menjadi kenyataan di atas khidmat secara percuma diberikannya.

“Segala-galanya bermula apabila saya meletakkan paparan tawaran e-books mengenai bagaimana untuk melancong ke Maghribi dengan kos rendah di beberapa laman web forum dan pada masa sama saya turut memberitahu bahawa saya mempunyai isteri warga negara itu.

“Daripada paparan itu, ramai bertanya bagaimana saya bertemu jodoh dengan gadis Maghribi. Lalu, saya menceritakan pengalaman saya dan berkongsi maklumat pelbagai keistimewaan gadis Maghribi dari kawasan pinggir bandar.

“Malah berdasarkan pengalaman, kos untuk mengahwini mereka tidak semahal mana kerana mata wang kita lebih besar daripada mata wang mereka, Moroccan Dirham,” katanya.

Mohd Fairudz yang mempunyai pengalaman menetap di Maghribi kira-kira dua tahun mendedahkan, gadis dari kawasan dikenali dengan nama Agadiran Saf itu sangat menitikberatkan penjagaan diri dan kecantikan.

“Mereka mengamalkan mandi hammam iaitu mandi di bilik berwap dan menggunakan minyak argan yang membantu melambatkan kedutan pada kulit.

“Mereka juga pembersih dan menjaga makan, sebab itu mereka cantik,” katanya.

Menurut Mohd Fairudz, gadis berkenaan juga belum ‘tercemar’ kerana tidak dipengaruhi budaya luar seperti budaya Barat.

“Tiada budaya mempunyai kekasih atau keluar ‘berdating’ kerana mereka dikawal sepenuhnya ibu bapa dan taat kepada perintah. Jika mahu menyunting mereka sebagai isteri, jumpa ibu bapa mereka.

“Tak perlu ‘dating’ kerana jika ibu bapa setuju, mereka akur. Mereka perlukan seorang lelaki sebagai suami kerana mereka bukan wanita berkarier dan dijamin memberi layanan sempurna kepada suami,” katanya.

Golongan gadis terbabit juga biasanya suka menari hanya di kalangan wanita dan mereka tiada masalah untuk menari di depan suami untuk ‘menghangatkan’ suasana.

Memandangkan mereka hidup dalam keadaan sederhana, mereka tidak akan meminta yang bukan-bukan daripada suami seperti wang yang banyak, emas atau permata.

Mohd Fairudz berkata, pengalaman dicurahkannya mendapat reaksi luar biasa dengan ramai memberi reaksi mengadu berdepan pelbagai kesukaran untuk mengahwini wanita tempatan kerana pelbagai sebab, antaranya perbelanjaan kahwin semakin mahal, sukar mencari cinta sejati dan berdepan pelbagai halangan serta kerenah sebelum berkahwin.

“Memikirkan apa salahnya berbuat perkara baik dan pada masa sama isteri saya mahu mendapatkan ramai teman sebangsa di negara ini, saya beri panduan dan menolong memperkenalkan gadis Maghribi yang membabitkan saudara mara dan rakan isteri saya.

“Ada yang ‘sangkut’ sehingga bergelar suami isteri,” katanya.

Menurut Mohd Fairudz, masalah bahasa dan makanan mungkin menjadi sedikit masalah, tetapi gadis Maghribi cepat menyesuaikan diri dan belajar.

“Sebagai contoh, isteri saya menggunakan bahasa Arab, namun selepas beberapa bulan di Malaysia dia semakin lancar berbahasa Inggeris dan semakin memahami bahasa Melayu.

“Begitu juga soal makanan, kalau dah jadi suami isteri, pandailah masing-masing menyesuaikan diri,” katanya.

Mohd Fairudz turut memberitahu, risiko isteri menimbulkan masalah selepas berkahwin juga rendah kerana mereka berada jauh daripada keluarga.

“Sebelum ini mungkin kita biasa mendengar, orang kita kahwin dengan wanita Indonesia atau Thailand.

“Kerana Malaysia dengan negara berkenaan tidak berapa jauh, timbul masalah seperti keluarga selalu datang.

“Itu belum lagi ahli keluarganya yang minta pinjam duit atau menumpang di rumah kita sebab tiada kerja sehingga menimbulkan masalah.

“Untuk gadis Maghribi, ia sukar berlaku kerana mereka tidak ada komuniti di sini dan keluarga berada jauh beribu kilometer. Susah untuk mereka buat hal, melainkan kita yang buat hal,” katanya.


Walau apa pun... bukan soal wang ringgit sahaja harus dititik beratkan.... namun yang paling penting ialah kejujuran dan keikhlasan dalam perkahwinan. Sebagai Jejaka Malaya, kita tidak seharusnya mengambil peluang ini hanya untuk mengambil kesempatan tapi sebaliknya boleh fikirkan untuk melengkapkan diri sebagai insan dan agama....


Apa-apa pun, lengkapkanlah diri kita dengan ilmu agama dan persiapkanlah diri kita ke arah gerbang perkahwinan samada sebagai suami mahupun sebagai isteri. Moga perkahwinan yang dibina bukan sekadar hingga ke anak cucu tapi hingga ke syurga berkekalan.... amiin..



Renung2kan dan selamat beramal.....

Pemilik Cinta

Assalamualaikum semua dan salam sejahtera...

Pemilik cinta? apa yang kita faham tentang cinta?



Dalam dunia skang ni kita mudah sgt terlepas pandang hakikat cinta. Kalau cerita pasal ketuhanan sikit mula la org kata... laaa ko xpe la islamik... aku ni mane la tahu sgt bab2 agama nih.... tu la masalah kita.. disebabkan kita tak amik tahu dan tanak tahu pasal agama la, sampaikan kita lupa bahawa siapa pemilik cinta itu.


Kita lihat satu fenomena dalam zaman facebook, manusia bercinta sesama manusia. Tapi mereka lupa siapa pemilik cinta itu. Cinta itu hanya untuk Allah. kita sebagai hambaNya hanya dipinjamkan sedikit rasa cinta itu untuk belajar erti kehidupan...


Alangkah malangnya kita, apabila diberikan nikmat pinjaman itu, rasa cinta itu kita musnahkan dengan menjadikan insan yang kita cintai adalah pemilik cinta sehingga kita lupakan pemilik cinta yang sebenar. Siapa kata salah bercinta? cinta itu tak salah.. cume org yang meminjam cinta itulah yang sering menyebabkan cinta itu disalahertikan sehinggakan cinta itu dikatakan boleh menjadikan seseorang gila dan cinta juga boleh menyebabkan seseorang itu sembuh..






Kita lihat dalam kehidupan kita... salahkah orang memberi pinjaman wang setelah kedua dua pihak bersetuju dengan syarat-syaratnya(abaikan faktor riba.. ni pinjaman islamik punyer). Namun setelah wang dipinjam... si peminjam ni siap boleh tak knal lagi orang yang bagi pinjam duit tuh.. tak ke pelik? xpelik pon.. jadi bila dah x knal tuan yang memberi pinjaman wang tu... maka tak peliklah macam2 boleh jadi.... duit yang dipinjam ntah ke mana... waktu nak bayar balik macam2 alasan.... hidup peminjam wang pon jadi huru hara... ye la... janji dimungkiri, amanah dikhianati...


Berbalik kepada kisah cinta manusia sesama manusia... tak salah untuk bercinta.. namun yang salahnya cara kita tu.... Bila kita da pinjam cinta tu.. jangan la lupe PEMILIK CINTA itu... bukan wanita or lelaki yang memiliki cinta itu... namun hakikatnya Yang Maha Mengasihani lagi Menyayangi yang memiliki segalanya. Apabila kita berpegang pada syarat2 dan amanah yang dimeterai maka haruslah kita jaga dan pelihara cinta itu.




Alahai ada syarat2 ke? Apa syaratnya? Syaratnya x susah dan x banyak pun.. syaratnya cinta itu haruslah membawa kepada cinta kepada Allah yang satu. 


Apa pula amanahnya? Amanahnya bila kita da meluahkan perasaan cinta itu. Haruslah kita faham tanggungjawab kita. Bukannya main taram je luahkan perasaan cinta tu tanpa fikirkan amanah yang harus dipikul dengan confession yang kita buat..... Kita haruslah menyiapkan diri ke arah perkahwinan dan bukannya ke arah maksiat. Janganlah kita jadikan nafsu sebagai pedoman dan akal sebagai pengukurnya. Jadikanlah agama sebagai panduannya dan Allah tujuan akhirnya....



Alahai leceh la macam tuh.... susah tol la macam2 nak kene ikut.. ye la.. kalau ada lampu isyarat... kita tanak ikot.. ada undang2 kita langgar... ada petunjuk kita tanak ikot.. maka jadilah maksiat dan gejala sosial yang berleluasa.... lepas satu-satu pasangan bertukar... Lepas da lost dalam kehidupan baru cari pemilik cinta... bukan ke terlambat? Lebih baik kita kenali pemilik cinta lebih awal agar cinta kita lebih terarah ke arah yang lebih hakiki lagi abadi....






Hakikat cinta itu adalah hanya untuk Allah..... Andai kata kita tersalah..belum terlambat untuk kita perbaiki dan perelokkan lagi hubungan yang ada.... x perlu kita menjadi alim seperti ulama untuk berubah.. namun cukuplah kita terus berubah sedikit demi sedikit..... cukuplah ulama dijadikan rujukan ataupun idola.....




Akhir kalam... renung2kan dan selamat beramal....

Thursday, December 9, 2010

Shahidan wants Facebook get banned in Malaysia?











According to Bernama News Shahidan Calls For Blocking Facebook If Contents Pose Security Threat December 06, 2010 22:25 PM

KANGAR, Dec 6 (Bernama) -- Umno Supreme Council member Datuk Seri Dr Shahidan Kassim Monday called for the blocking of the Facebook social networking website if its contents continue to pose a threat to national security.

He said a Facebook account holder was found to have taken advantage of the technology to insult Islam and leaders of Malaysia.

"If the website content poses a threat to national security and insults Islam, then it is unnecessary to have Facebook," he told reporters after accompanying Perlis Facebook Association committee members to lodge a report at the Kangar police station on the insults hurled at Prime Minister Seri Najib Tun Razak and former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad on a Facebook account.

The report was lodged by the association's deputy president, Mohd Faizuddin Ismail, at about 5.30 pm.

Shahidan said a report would also be lodged at the State Islamic Religious Department as the holder of the Facebook account had also insulted Islam, and added that the insults hurled at Najib and Mahathir were discovered by a member of the association on Nov 29.

Shahidan, who is Tambun Tulang assemblyman, said the Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC), the Malaysian Islamic Development Department and the National Fatwa Council should act against the holder of the Facebook account.




Dont you think we should ban facebook? Can we still enjoy our life without facebook? Give your comments..

Wednesday, December 8, 2010

New Facebook Layout

s you all noticed, facebook had changed its layout into new one. Some of us might find this layout quite annoying or complicated. As far as Facebook concern, they are trying to bring more visual overview of the person compared with the text explanation.


As you can see below, the friends tab also had changed and showing your friends vertically with pictures.




You dont have to tell others you are big fan of maher zain or prison break or anything about your interest in music, book, television and etc. It's already shown at your info page. Before this, it was using text as the way of expression our interest in Music, Television and etc. Now they are using picture to make people getting better information about our interest. 


  
haha, but i think after all, this new layout still annoying and I would prefer the old layout. Lets give try to this layout. Those who are still not using this new layout, you can activate your new layout at http://www.facebook.com/about/profile/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...