Tuesday, March 4, 2014

Panduan Pengecualian Cukai dan Perkara yang Boleh Dikenakan Pengecualian Cukai | Easy Tax Relief Guide

Ramai sahabat kongsi di Facebook mengenai pengecualian cukai, tapi yang saya tertarik, perkongsian yang dibuat oleh Imoney team dalam bentuk ilustrasi di bawah, sangat mudah untuk difahami.

Tax infographic for Malaysians by iMoney.my


Courtesy of: iMoney.my

Sunday, February 23, 2014

Cara Penggunaan Gear Kereta Yang Betul

Dah lama perasan orang share info kat bawah di Facebook, hari ni nampak lagi, jadi sekadar berkongsi di blog.







Kekadang pernah perasan kereta depan masuk gear P bila berhenti kat trafic light dpt agak sebab lampu reverse nyala kejap. Bayangkan kalau terkejut sebab lampu trafic light dah hijau lama kereta dah hon2 tertekan pedal minyak dulu baru masuk gear boleh kondem gear box rasanya.

Kaedah yang betul semasa berhenti di traffic light:
1. Tekan brake kaki
2. Masuk gear N (tanpa tekan tombol pada gear. tolak ajer)
3. Tarik hand brake
4. Lepas brek kaki

Note: Kalau berhenti kejap je tak perlu la tarik hand brake
Nak jalan:
1. tekan brek
2. masuk gear D (tanpa tekan tombol pada gear. tarik ajer)
3. lepas hand brek.
4. lepas brek kaki
5. tekan minyak


Penggunaan tombol/butang pada batang gear:
1. tekan tombol semasa menukar
P > R ,
R > P
R > N
N > R
D > L/D2
L/D2 > D


2. Jangan sesekali tekan antara
N > D
D > N
D > D3
D3 > D


Pernah tegur org, semua gear dia belasah tekan tombol masa tukar.
kalau gear yg jenis ada lekuk2 tu selamatlah. Tombol tekan pun tak ada kan?

Berikut adalah susunan gear untuk gearbox auto:

P - parking, digunakan untuk anda memberhentikan kereta anda. gear akan disekat.
Jadi kereta anda takkan bergerak walaupun handbrake tak ditarik.


R - reverse, untuk mengundur kereta anda

N - neutral, jika dalam posisi menunggu traffic light atau traffic jem, alihkan ke gear neutral. Bukan parking! Jika anda perasan, gear D ke N tidak perlu menekan kekunci pada tombol gear.


D - drive, penukaran secara auto gear 1,2,3,4 dan seterusnya butang overdrive - gear akan menyekat untuk masuk ke gear 4. Gear yang akan digunakan cuma 1,2 dan 3 shj

3 - Setengah kenderaan tidak mempunyai overdrive tetapi mempunyai susunan gear 3 untuk menurunkan gear dari 4 ke 3

2 - Ini akan menyekat sistem gearbox anda ke gear 2 dan tidak akan masuk ke gear seterusnya. Tetapi akan jatuh ke gear 1 jika perlu

Cara dan Teknik Mendidik Anak Dengan Betul

22 Cara Mendidik Anak Dengan Betul



1) Jangan pukul anak dari lutut ke atas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. Nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control.

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya. Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak.

Sabda Rasulullah s.a.w.

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”

4). Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5). Berikan anak anda pelukkan setiap hari. (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6). Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7). Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan.
(Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8). Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9). Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10). Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11). Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12). Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13). Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14). Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15). Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16). Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17). Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18). Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19). Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.

20). Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21). Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22). Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya
Anugerah Allah yang Terindah"

Friday, January 10, 2014

Video Menarik Tazkirah Dr Ridhuan Tee Mimbar Pencetus Ummah Akhir 2013

Subhanallah, cukup menyentuh hati tazkirah yang disampaikan oleh Dr. Ridhuan Tee, sama2 kita hayati dan ambil kebaikan yang ada dalam tazkirah ini. Kredit buat Cikgu Ruby.

Koleksi Video Mimbar Pencetus Ummah Akhir

Kredit buat GuaTV atas suntingan video Mimbar Pencetus Ummah, Saya cukup tertarik dengan mimbar akhir ini, justeru ingin berkongsi dengan sahabat dengan membuat kompilasi di sini. Moga kebaikan yang ada dalam mimbar pencetus ummah dapat kita ambil bersama.

Mimbar Pencetus Ummah Minggu8 Akhir PU Shahul P1




Mimbar Pencetus Ummah Minggu8 Akhir PU Hafiz P2

Mimbar Pencetus Ummah Minggu8 Akhir PU Yeop P3

Mimbar Pencetus Ummah Minggu8 Akhir PU Rahmat P4


Mimbar Pencetus Ummah Minggu8 Akhir PU Shahul P5

Pencetus Ummah Minggu8 Akhir PU Hafiz P6


Mimbar Pencetus Ummah Minggu8 Akhir PU Yeop P7

Mimbar Pencetus Ummah Minggu8 Akhir PU Rahmat P8


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...