Ramai orang duk kalut nak sebarkan gambar untuk tunjukkan kelemahan kereta tempatan dan secara khususnya kelemahan Proton. Ya BETUL!!!! memang banyak kelemahan, tapi tak salahkan kalau kita ambil tahu dengan lebih detail apa punca kemalangannya.
Sumber gambar from Lowyatt
Menurut sumber dari FUNTASTICKO,
"Kejadian berlaku di leburaya DUKE, susur keluar ke Sentul. Menurut sumber yang dipercayai, kereta ini dipandu oleh SA showroom Sentul dengan kelajuan 120 kmh namun ketika cuba mengelakkan sebuah kereta lain, kereta ini terlanggar pembahagi jalan dan terkena bahagian tayar mengakibatkan kereta tersebut melambung.
Ketika kereta ini mendarat, hentakan yang kuat menyebabkan tie-rod nya patah. Ini bermakna ia tiada kena mengena dengan defect parts dari Proton."
Tidak dinafikan proton mungkin ada kelemahan, tapi tidaklah wajar untuk kita membenci dan hanya lihat kelemahan Proton semata-mata tanpa kira aspek lain. Mungkin dengan berlakunya kelemangan sebegini, Proton akan meningkatkan lagi kualiti bahan dan juga finishing pemasangan kereta buatannya.
Harap, kita tidaklah kelam kabut sangat nak tunjukkan kelemahan Proton semata-mata. Tenanglah sikit dan cari info.
Tenangsudey.......



