Photo credit to : http://www.facebook.com/WardinaSafiyyah |
Memetik perbincangan di page Wardina Safiyyah, Isu yang diutarakan ialah, jawapan gadis-gadis yang bertudung. Apabila ditanyakan kenapa saudari bertudung? sebab mak suruh, sebab keluarga saya bertudung. Jawapan yang diberikan tidak menunjukkan mereka faham kenapa mereka bertudung.
Kadang2 ada yang bertudung, tapi tak tahu kenapa dia bertudung. Itu yang hasilnya kejap pakai kejap buka, kejap labuh, kejap singkat, kejap terdedah, kejap terbuka.
Kadang2 ada yang bertudung, tapi tak tahu kenapa dia bertudung. Itu yang hasilnya kejap pakai kejap buka, kejap labuh, kejap singkat, kejap terdedah, kejap terbuka.
Encik tenangsudey bukanlah orang yang mahir dalam bidang ini, gadis2 di luar sana maybe lebih arif, tapi sekadar sedikit perkongsian dari seorang hamba yang hina lagi daif.
“Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu’min semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam) supaya mereka tidak diganggu.” (al-Ahzab: 59)
A guy asked a MUSLIM " why do ur girls cover up their body & hair ?! "The MUSLIM guy smiled & got 2 sweets , he opened the 1st sweet & kept the other one closed .He thrown them both on the dusty floor and asked the guy " if i asked u to take one of the sweets which one u will choose? " the guy said " the covered one " .Then the MUSLIM said that's how we treat & see our women :)
SO for those who cover up, please dont give a silly reason why u cover up.. Please understand why u cover up...
Tapi bagi yang tak bertudung, jangan rase anda hina sangat, tapi cube fahami ayat di atas dan analogy di atas. Anda rase elok dan cantik tak Islam menyuruh penganut agamanya bertudung atau menutup aurat? Setiap manusia ada background yang berbeza, sebab itulah pentingnya ilmu untuk kite fahami setiap amalan yang kita lakukan. Janganla terus berubah drastik, berubah sedikit-sedikit yang penting berterusan kerana itulah yang Allah lebih suka.
Okla fine, ada orang kata, alaaaaaaaaa ingat bertudung tu boleh elak ke dari kes2 rogol ke apa. ada je kes rogol tuh, siap yang pakai tudung labuh lagi. Encik tenangsudey nak tanya, ade tak gula2 yang bertutup dengan pembalut(macam choclair), tapi masih dihinggapi semut? Kalau yang tak tertutup dengan pembalut sah2 la kan lagi cepat semut datang. Kita bukan menghentikan zina, tapi kita mencegah zina.
AT LEAST, yang bertudung tu lambatlah sedikit. Jadi yang belum bertudung atau yang bertudung sekadar untuk fesyen. Fahamilah sebab anda bertudung supaya ia menjadi IBADAT dan bukannya FITNAH dunia yang akan membawa dosa percuma.
Photo credit to : http://www.facebook.com/WardinaSafiyyah |
Percayalah, kalau anda betul2 menghayati pemakaian tudung dan agama Islam, orang tengok je muka anda pun dah nampak cahaya. Cantik itu buka sekadar pada muka yang bersih, namun bersih segalanya akhlak dan juga penampilan.
Sesungguhnya Islam itu bukan sekadar untuk diwarisi tapi untuk dihayati. Kongsilah jika anda rasa ini berguna.
18 comments:
thanks :)
slow nak ubah
Husna : itulah sebaiknya... yang penting berterusan
tp bgi sy.. istilah btudung tu xckup
istilah yg spatutnye mnutup aurat ;D
tudung skarang merapu2 je tgk org pakai
mia.lia : setuju.. istilah sebenarnya menutup aurat.. cume kat sini saya pakai bertudung untuk orang lebih nampak.. sebab kalau kata tutup aurat kadang2 org hanya gambarkan ngan purdah.. berjubah semua..
hmm. cuma tak istiqamah je
Rina : takpe. cubelah slowly utk istiqamah.. mula try untuk tahan sebulan.. then 3 minggu plak.. then 2 minggu.. then seminggu.. finally hari2 pakai..
yang penting pahamkan dlu nape kene pakai.. :)
sy mohon share kat fb sy blh?
erm..
pakai tudung pn msti la kene ikut garis panduan jugak..
tutup la aurat ngn sempurna..
je_vous : kongsi la.. silakan..
Hana : betul tuh... yang pentign pahamkan dlu... jangan ikut2 org
salam ziarah
selamat dtg ke blog sy dan menjadi follower sekali k
btl2..
stuju.
org yg bertudung perlu hayati kenapa dia bertudung..
kalaulah semua muslimah phm sebagaimana kaum Adam phm kan knp mesti bertudung atau lebih tepat menutup aurat. sy mohon share di fesbuk...
Haz : bukan sekadar memakai.. tp memahami.. setuju ngan haz
WanZuraida : ade je yang faham.. ade je yang belum lagi faham n perlu dibantu utk memahami.. silakan share... thanks for the sharing
salam...
agree sgt~
at first pakai tudung without nothing..mmg kjap bukak..kjap pakai (my own experience)..tp bler sedar ttg aurat dlm Islam..kter akan sayang utk m'bukanya...mmg btol no body perfect..tp kalau kter usaha insyaALLAH, ALLAH akan bantu kter utk jd hambaNYA yg sempurna..=p
nice entry..
note:sy pon slowly ke arah itu..aminn~
nice note..sdkit sbyk mmberi input baru tuk dri sy yg maseh cetek ilmunya tentang agama..tq =)
salam..
dlu sy on off juga..mostly off..
tp lepas dpt hidayah,terus tak mau langsung bkk tudung bila keluar rumah walaupun dalam mmpi..
kadang2 dpt mimpi tiba2 tak bertudung mcm dulu,dlm mimpi pun hati sy jd resah, kesal sgt2, rasa bersalah yg amat sgt.
bila terbangun dari tidur, sy ucap syukur kerana semua tu hanya lah mimpi..
sblm dpt hidayah, dekat 2 tahun sy usaha utk berubah,mmg payah tp sikit2 sy menjauhi perkara yg mendatangkan dosa.dan akhirnya, Allah telah memberi hidayah yang tak ternilai,bila hidayah Allah tu sampai, terus tanpa ragu2 mahu menutup aurat dengan sempurna selama2 nya tanpa rasa penyesalan.alhamdulillah..sekelip mata saja hidayah-Nya itu merubah hidup sy..
Ms_panda : wah suka komen sedari.. Alhamdulillah.. saya doakan yang terbaik buat sedari.. amiin
Saya mualaf. Saya nak pakai tudung tapi suami x bg. Dia kata x lawa la... x sesuai kat muka saya la... mcm2 lagi sampai saya pun bosan nak pakai tudung.... nak buat mcm mn yer????
Post a Comment