Saturday, March 12, 2011

Cerita Aisyah Mengenai Gempa Bumi, Tsunami Acheh dan Jepun

Source for pictures : TheStar, Reuters, TheSun  and Google Image

Saiyyidina Anas R.A telah mengunjungi Saiyyidatina Aisyah R.A di dalam sebuah majlis, dan di dalam majlis itu telah bertanya seorang lelaki, “Wahai Ummul Mukminin, ceritakan kepada kami tentang gempa bumi”. 

Beliau berkata : “Apabila perempuan menanggalkan pakaiannya di tempat selain daripada rumah suaminya, terkoyaklah apa yang ada antaranya dan antara Allah daripada hijab (pendinding daripada azab), apabila perempuan memakai bau-bauan bukan untuk suaminya, maka baginya neraka dan kehinaan, dan apabila dihalalkan zina, meminum arak dan memukul alat muzik, maka ia telah menjadikan Allah Ta'ala di langit-Nya berfirman kepada bumi, “ Gegarkan mereka”, sekiranya mereka tidak bertaubat dan meninggalkan maksiat, mereka akan dibinasakan dengannya oleh Allah Ta'ala". 

Maka bertanya pula Anas R.A. : “Apakah itu hukuman terhadap mereka (penduduk yang ditimpa gempa bumi)?" Aisyah R.A. menjawab : "Ianya rahmat, keberkatan dan peringatan kepada orang mukmin. Ianya siksaan, kemurkaan dan azab ke atas orang kafir”.


Jika maksiat masih dipuja, Allah diketepikan, maka kembalilah pada jalan yang benar. Usah biarkan tsunami mengambil kita seperti mana yang sudah terjadi di Acheh, Jepun dan kawasan2 sekitarnya. 


Allah akan menurunkan bala ke atas satu2 kawasan bukan hanya kerana di situ ade orang kafir dan maksiat sahaja. Ianya mungkin juga disebabkan wujudnya org berimant tapi tidak ambil tahu tentang orang lain... Tsunami adalah fenomena alam dan Jepun tidak lari dari fenomena alam ini, tapi dari segi agama ia adalah rahmat untuk kite perbaiki diri kita dan ambil iktibar.. bukan kita mengatakan golongan yang terlibat dengan bencana itu sebagai rahmat... kita ambil iktibar dan pengajaran itulah rahmat sebenar...

Inilah peluang yang Allah kurniakan untuk kita berubah sebelum terlambat. Sesungguhnya Allah masih sayangkan kita.Sampaikanlah dan kongsikanlah pesanan buat pengajaran sahabat-sahabat kita.
 


2 comments:

faiz said...

btol tu...bertaubatla sebelum terlambat..

aLiaFar said...

ya ALLAH..ampunkanlah dosa2 kami.. berilah kami hidayah dan petunjuk agar kami berada di jalan yang benar..amin..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...