Friday, June 17, 2011

Pengajaran Drama Noraelena Watak Aaron Aziz



Maka tamatlah drama Noraelena. Apa yang menarik dalam pemerhatian saya ialah watak Aaron Aziz atau Ahmad Seth Tan. Ia cukup memberi impak dan pengajaran dan erti kehidupan yang sebenar sehinggakan ramai gadis-gadis di luar sana impikan seorang suami sebaik dan seromantis seth.

Sebagai seorang lelaki, saya melihat watah Seth sebagai seorang lelaki yang pernah melakukan kesilapan yang cukup bodoh tapi tidak mustahil untuk dilakukan oleh seorang lelaki dalam kehidupan realiti dan mungkin dalam versi dan kesilapan yang berbeza. 

Setiap insan melakukan kesilapan, terutamanya lelaki kerana lelaki itu diberikan kekuatan melebihi wanita dan jika kekuatan itu tidak digunakan ke arah yang baik maka musnahlah kekuatan itu dengan perbuatan yang tidak baik.

Dalam drama Noraelena ini membuktikan betapa seseorang yang pernah melakukan kesilapan boleh berubah menjadi lebih baik sekiranya diberikan peluang dan dibantu. Kita jangan berterusan melihat kepada kesalahan yang dilakukan pada masa lau, tapi lihatlah pada usaha seseorang itu untuk berubah demi menebus kesilapan lalu.

Wanita memainkan peranan yang sangat penting dalam perubahan seorang lelaki, jadi sebagai isteri, Noraelena sepatutnya membantu seth yang lemah dalam agama untuk menjadi suami yang lebih baik. Tapi itulah, berkat kesabaran dan keazaman untuk berubah, maka Allah akn bantu kita, akhirnya Seth diberikan kebahagian juga dan yang paling terbaik ialah apabila Seth memanjatkan kesyukuran kepada Allah dengan SUJUD SYUKUR.

Kemungkinan suami seperti Seth Tan sukar untuk gadis-gadis di luar sana jumpai, namun buat insan bernama lelaki, tidak salah untuk kita mengambil ciri-ciri yang baik daripada watak Seth Tan ini untuk kita cuba amalkan untuk bahagiakan bakal isteri mahupun isteri buat yang sudah berkahwin.

Wanita ini mereka mahukan disayangi dan lelaki pula ingin difahami. Jika ini dapat kita fahami dan hayati, maka kehidupan akan menjadi lebih menyeronokkan dan lebih membahagiakan.. Walau apa pun Noraelena sekadar sebuah cerita, mana yang baik kita jadikan teladan yang buruk jadikan sempadan.

Apa pun, buat seorang lelaki, contoh ikutan yang terbaik dalam segala bidang ialah Rasulullah S.A.W. Baginda memanggil isteri dengan panggilan manja, minum dalam bekas minuman yang sama dengan isteri dan tidak pernah meninggikan suara kepada isteri. Jangan kita ini hanya ingin ikut sunnah bab poligami tapi bab romantik dan baik dalam perkahwinan tiada pula nak ikutkan sunnah nabi.

Akhir kalam, " Everyone deserves a second chance"

1 comment:

azieazah said...

Jangan terlalu taksub atau obses kepada sesuatu atau seseorang.

Kehidupan setiap orang tidak pernah sama. Tapi sekurang2nya insan yang pernah insaf, terus berusaha memperbaiki dirinya...

Ayam Kampung untuk Orang Kampung? (macam aku)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...