Browse » Home »
Posts filed under bandar
Sunday, December 19, 2010
Percaya Atau Tidak, Bandar Sampah Berpenghuni
Masa mula-mula baca artikel dan kisah pasal bandar sampah ini macam tak berapa nak percaya, lepas 'googling' dan baca lagi kisah penghuni bandar sampah ini. Saya yakin dan percaya sememangnya ia wujud.
Latar Belakang Bandar Sampah
Negara : Mesir
Nama asal : Mashiyat Naser
Penghuni : Zabbaleen
Agama : Coptic Christians
Ekonomi penduduk di sini tertumpu pada mengumpul dan mengitar semula sampah-sampah dari bandar.
Kalau kita tengok pada keadaan sampah sarap yang bertimbun dan berterabur tu mesti kita takkan percaya yang wujud kehidupan di sini.
Penduduk di sini siap ada kedai dan juga 'apartments'. Walau apa pun kepelikan dalam pemikiran kita, bandar ini betul-betul wujud dan berpenghuni.
Jadi, bersyukurlah di mana kita tinggal dan janganlah kita jadi insan yang tak bersyukur kerana kegagalan kita untuk berfikir tentang kejadian alam ini dan keadaan insan yang kurang bernasib baik berbanding kita.
Sumber gambar : Bas Princen, Mokattam Ridge (Garbage city), Cairo 2009, Alexander Heilner
Subscribe to:
Posts (Atom)