Memetik perbincangan di
page Wardina Safiyyah, Isu yang diutarakan ialah, jawapan gadis-gadis yang bertudung. Apabila ditanyakan kenapa saudari bertudung? sebab mak suruh, sebab keluarga saya bertudung. Jawapan yang diberikan tidak menunjukkan mereka faham kenapa mereka bertudung.
Kadang2 ada yang bertudung, tapi tak tahu kenapa dia bertudung. Itu yang hasilnya kejap pakai kejap buka, kejap labuh, kejap singkat, kejap terdedah, kejap terbuka.
Encik tenangsudey bukanlah orang yang mahir dalam bidang ini, gadis2 di luar sana maybe lebih arif, tapi sekadar sedikit perkongsian dari seorang hamba yang hina lagi daif.
“Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu’min semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam) supaya mereka tidak diganggu.” (al-Ahzab: 59)
A guy asked a MUSLIM " why do ur girls cover up their body & hair ?! "The MUSLIM guy smiled & got 2 sweets , he opened the 1st sweet & kept the other one closed .He thrown them both on the dusty floor and asked the guy " if i asked u to take one of the sweets which one u will choose? " the guy said " the covered one " .Then the MUSLIM said that's how we treat & see our women :)
SO for those who cover up, please dont give a silly reason why u cover up.. Please understand why u cover up...
Tapi bagi yang tak bertudung, jangan rase anda hina sangat, tapi cube fahami ayat di atas dan analogy di atas. Anda rase elok dan cantik tak Islam menyuruh penganut agamanya bertudung atau menutup aurat? Setiap manusia ada background yang berbeza, sebab itulah pentingnya ilmu untuk kite fahami setiap amalan yang kita lakukan. Janganla terus berubah drastik, berubah sedikit-sedikit yang penting berterusan kerana itulah yang Allah lebih suka.
Okla fine, ada orang kata, alaaaaaaaaa ingat bertudung tu boleh elak ke dari kes2 rogol ke apa. ada je kes rogol tuh, siap yang pakai tudung labuh lagi. Encik tenangsudey nak tanya, ade tak gula2 yang bertutup dengan pembalut(macam choclair), tapi masih dihinggapi semut? Kalau yang tak tertutup dengan pembalut sah2 la kan lagi cepat semut datang. Kita bukan menghentikan zina, tapi kita mencegah zina.
AT LEAST, yang bertudung tu lambatlah sedikit. Jadi yang belum bertudung atau yang bertudung sekadar untuk fesyen. Fahamilah sebab anda bertudung supaya ia menjadi IBADAT dan bukannya FITNAH dunia yang akan membawa dosa percuma.
Percayalah, kalau anda betul2 menghayati pemakaian tudung dan agama Islam, orang tengok je muka anda pun dah nampak cahaya. Cantik itu buka sekadar pada muka yang bersih, namun bersih segalanya akhlak dan juga penampilan.
Sesungguhnya Islam itu bukan sekadar untuk diwarisi tapi untuk dihayati. Kongsilah jika anda rasa ini berguna.