Monday, January 3, 2011

Asal-usul Melayu Dari Mana Kita Datang


Dalam membicarakan pasal Melayu ni, kita kena faham yang Bangsa Melayu dan Kumpulan Etnik Melayu adalah dua benda yang berlainan. Bangsa Melayu merujuk kepada masyarakat Melayu di Malaysia. Manakala Kumpulan Etnik Melayu merujuk kepada masyarakat Melayu secara khusus kepada Semenanjung Malaysia dan Kepulauan Sumatera.


Asal Usul Bangsa Melayu


Menurut beberapa sumber, dikatakan Melayu itu berasal daripada Melayu Proto dan Deutero. Berdasarkan catatan oleh Neil Joseph Ryan (1976). A History of Malaysia and Singapore, yang dikatakan sebagai Melayu Proto ialah Melayu Asli ataupun Melayu Purba yang berhijrah daripada Tanah Besar Asia atau Yunnan ke Semenanjung Malaysia dan Kepulauan Melayu pada sekitar tahun 2500 sebelum masihi. Mereka dikatakan mempunyai kemahiran dalam bidang pertanian.


Manakala Melayu Deutero pula, menurut Alan Collins (2003). Security and Southeast Asia: domestic, regional, and global issues, Singapore: Institute of Southeast Asian Studies, Orang Melayu terdahulu telah kemudian diganti oleh Melayu Deutero dalam gelombang kedua penghijrahan dari tanah besar Asia di sekitar 300 Sebelum Masihi. 

Jikalau kita ingin berkata mengenai asal-usul orang Melayu, ia cukup luas kerana wujudnya pelbagai jenis bangsa Melayu di Malaysia berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Pusat Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia yang dimulakan sejak Januari 2006 bertajuk Menjejak Asal-usul Melayu di Semenanjung Malaysia.

Kajian mereka mendapati wujudnya kepelbagaian corak DNA yang terdapat dalam Masyarakat Melayu moden hari ini yang mungkin berlaku kerana percampuran dengan orang Arab, Cina, India dan Thai. Ini menyokong fakta sejarah yang pernah menyebut Kerajaan Melayu Melaka satu ketika dulu adalah kerajaan yang gemilang dan kedatangan pedagang dari China, India dan Arab menyebabkan berlakunya perkahwinan campur.


Dikatakan terdapat 14 sub etnik Melayu yang mendiami Semenanjung iaitu:
i . Melayu Kelantan (Melayu yang masih asli) di Kelantan
ii. Melayu Yunan di Terengganu
iii. Melayu Minang di Negeri Sembilan
iv. Melayu Aceh di Perak
v. Melayu Mandailing di Perak
vi. Melayu Rawa di Perak
vii. Melayu Riau di Johor
viii. Melayu Bugis di Johor
ix. Melayu Kerinci di Selangor
x. Melayu Champa di Perak, Kedah dan Kelantan
xi. Melayu Jawa di Johor dan Selangor
xii. Melayu Jambi di Johor, Selangor dan Perak
xiii. Melayu Batak di Perak dan Pulau Pinang
xiv. Melayu Banjar di Johor, Selangor dan Perak

Hasil awal yang diperolehi mencadangkan suku Melayu Kelantan adalah suku Melayu yang masih tulen. Ini kerana Melayu Kelantan masih memelihara keturunan mereka tanpa banyak berlaku perkahwinan campur. Selain itu, suku Melayu Kelantan juga dikatakan suku pertama yang membuat petempatan di Semenanjung.



Budaya melayu juga dikatakan ada persamaan dengan suku Naga yang menetap di perbatasan Myanmar/India. Malah melalui ujian DNA, dikatakan ada satu penanda di dalamnya yang hanya biasa ditemukan dalam populasi di India.

Jadi walau daripada mana pun kita datang, sebenarnya kita adalah penghuni kepulauan Melayu sebelum kehadiran bangsa-bangsa lain seperti Cina dan India. Malahan masyarakat asli Sabah dan Sarawak juga penduduk lebih awal daripada Cina dan India dan merupakan masyarakat utama seperti melayu dan termakub dalam perlembagaan. Namun, pengaruh Cina dan India serta agama Budha dan Hindu dalam masyarakat Melayu tidak dinafikan.



Justeru, sebagai Orang Islam, kita perlu pandai membezakan adat melayu dan budaya melayu dengan tuntutan agama, supaya yang menjadi suruhan Allah kita laksanakan dan yang ditegah kita jauhi.

30 comments:

░♥si lampu neon♥░ said...

TERIMA KASIH..AKU SHARE NI KAT FB...=)

CHECK ENTRI MANTAP
# QQ RINGS DONUT !#
# JAYA JUSCO BARU, MAHKOTA CHERAS#
# FAILED PARKING KERETA#
# NUFFNANG BUAT BLOG LEMBAP#
#AWEK KHAIRUL FAHMI KENA SERANG#



TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA!

AaBa said...

bagus la share.. same2 kite tambah info dan tahu asal usul kita..

Nadri said...

arwah ayah aku asal dr Tanah Jawa..mak aku pulak orang cina..agak2 aku blh digelar orang Melayu tak???

AaBa said...

Nadri : boleh aja.. sebab Melayu itu luas pengaruh dan asalnya...

sembil9n said...

penambahan sikit...dari yg aku baca... nama bangsa Melayu bukan nama sebenar bangsa kita... sebenarnya Bangsa kita adalah Bangsa Nusantara. Perkataan asal Melayu adalah Malayu yang memberi yang merujuk pada pengikut2 Parameswara yg berasal dari tempat di Indonesia..mereka same2 mmbgunkan kerajaan Melaka. penjajah kita yg memanggil kita sbgai bangsa melayu dan seterusnya melekat nama tu.

Rujukan : http://www.facebook.com/topic.php?uid=115368565157371&topic=164

AaBa said...

sembil9n : wah bagus2... terima kasih kerana berkongsi..

allyna said...

Patutla nenek saya selalu cerita dia keturunan Yunan dari China, buktinya famili kami semua mata ala2 sepet walaupun rata2 menantu dia darah kacukan India.. So, jadi mataa bulat tapi sepet.. :)

Lekir said...

Bangsa Melayu mempunyai genetik Austronesia(rumpun Filifina) paling banyak,kemudian genetik Siam(rumpun H'Tin,Lawa,Mon),kemudian genetik India Utara(rumpun Iran,Aryan,Eropah),kemudian genetik India Selatan,kemudian genetik Cina.

Sila lihat facebook saya Mohd Yazman Mohd Yusof

zoel la said...

kenaper indonesia suker cakap malaysia ni maling atau pencuri yer

ABC said...

tq atas info

Anonymous said...

Aku rasa x ada yg salahnya mengatakan yg org Melayu semenanjung ni bukan pribumi sini..sbb kebanyakan org yg aku kenal baik yg kat utara, pantai timur dgn selatan smua boleh trace balik keluarga mereka kat sumatera n pulau jawa..ini fakta..contoh, aku ada 5 org kawan dr Kedah, dan yg paling mengejutkan lima-lima org tu smua keturunan Acheh dr sumatera ada juga yg keturunan bugis dan minangkabau..jadi aku tertanya2 dimana org Kedah yg asal?Atau pon memang sejak dari azali lagi yg org Kedah ni memang dr keturunan org Sumatera?sama juga dgn kelantan ada keturunan Jawa(majoriti yg aku jumpa) dan juga keturunan siam dan champa..jadi mana melayu yg betul2 asal kat sini? bagi aku kita semua memang keturunan pendatang dr luar xkira la ni dulu kawasan rumpun melayu ke apa ke..yg penting bila seseorang itu berhijrah keluar dr bumi asal dia, org itu dipanggil perantau, dan bila pergi ke tanah yg dah dihuni(contoh semenanjung/org asli/siam) org itu akan dipanggil sbg pendatang..jadi xsalah bukan kalau melayu itu digelar sbg pendatang?

Anonymous said...

baca artikel dari srikandi alter rahsia melayu..
komen kalo tak puas ati yup!but be knowledgeable and jangan cakap kosong jer naa..

Putra Nusantara said...

melayu itu mencakup Indonesia (kecuali papua), malaysia, brunai, Thailand, myanmar, vietnam Itu satu kesatuan MELAYU... hanya karna percampuran dg pendatang, maka akhirnya kita berbeda (contoh indonesia : jd suku Jawa, Bali, sumatra, Bugis dll)...

Kita bkn dr Ras china spt sejarawan bule bilang...
tp kita dr Abraham dg istri yg bernama Kentura/kenturah....
anaknya ini yg di perintah Abraham mendiami bumi Nusantara ini...
Ingat..!! Itulah sebabnya Abraham di juluki bapak Bangsa-Bangsa....

Anonymous said...

intinya itu kita semua satu suku satu rumpun yaitu melayu, satu nusantara yang bikin qt terpecah belah dan menjadi negara sendiri2 adalh para penjajah,maka dari itu kita harus bersatu tak ushlah saling menghujat kita ini semua saudara serumpun. okay guys!!

Matt Cool said...

heran btoi bila pasai bangsa melayu ni.......ak dok kedah xada ikatan dngan seberang...nk kata pon xpasti. Tp ak ada adk bradik di chenak la ni thailand.......yg heran xbyk sejarah kedah yg di dendang kan.......byk yg seberang dari yg asli semenanjung...pelik sejarah,sbb tu ada klaim2

Matt Cool said...

heran btoi bila pasai bangsa melayu ni.......ak dok kedah xada ikatan dngan seberang...nk kata pon xpasti. Tp ak ada adk bradik di chenak la ni thailand.......yg heran xbyk sejarah kedah yg di dendang kan.......byk yg seberang dari yg asli semenanjung...pelik sejarah,sbb tu ada klaim2

Anonymous said...

@Matt Cool =

Sebab awak tak belajar sejarah. Kedah bukan saja pernah dijajah oleh siam dan british, tapi juga oleh aceh, dan lama sebelum itu, dijajah oleh tamil chola.

masa aceh mengalahkan kedah, berpuluh ribu org melayu kedah jadi tawanan dan dibawa ke aceh, majoriti mati dalam perjalanan.

Anonymous said...

melayu yg sebenar-benarnya adalah melayu yg ada di sumtra.kalau kat malaysia, orang yg asal keturunan jawa,aceh,mandailing,bugis,dan minang mengaku melayu..contohnya kawan aq ayah dia orang jawa..mak mandailing..tapi kawan aq nie dgan anak2 dia yg lahir kat malaysia tetiba menjelma jdi melayu..

Anonymous said...

Haha... kita semua anak Adam yg telah gagal maka kita perlu Yang Maha Esah!

ujang priyanto said...

hi broo aku dari Indonesia...
.....
Cerita" yang aku dengar dari kawan"ku yg berasal dari malaysia , melayu itu suku pelarian dari suku jawa .

Katanya , dulu di jawa ada gembar-gembor , karena takut orang-orang jawa pada lari/pindah ke malaysia(waktu tu malaysia masih hutan lebat) sumatera dst , terus mereka menamai bangsa mereka dengan bangsa melayu(artinya lari , merujuk kata pelarian) .

Benar atau salah saya tidak tau , yang saya tau , PUSAT BUDAYA MELAYU itu ya di RIAU , bukan malaysia

Anonymous said...

Guru Kesusasteraan Melayu saya dulu pernah berkata yang Melayu di Malaysia ini sebenarnya berasal daripada keturunan Acheh, Bugis, Jawa, Minang, & sebagainya. Beliau guru pakar dalam bidang sastera & sejarah, dan beliau juga pernah memberitahu yang keturunan kaum asli (atau orang asli) yang menetap di tanah air ini adalah kaum sebenar di muka bumi ini...bukan orang Melayu. Yang kami semua hairan ialah beliau & kami pelajar-pelajar kebanyakannya Melayu. Kami diberitahu yang sejarah tetap sejarah, & ia tidak boleh/patut/perlu diubah. Perkara yang sama pernah disebut oleh Pengetua sekolah saya semasa beliau mengajar subjek Sastera Ting 4, & oleh seorang pegawai yang memberi ceramah Biro Tatanegara di Kulim Kedah pada tahun 1998. Sebenarnya, sejarah asal usul sesuatu keturunan itu sangat mendalam. Banyak yang kita perlu pelajari. Sebagai manusia, marilah kita belajar bersama-sama tanpa sebarang prejudis, & di samping itu, saling hormat-menghormati semua keturunan yang wujud di bumi kita.

Anonymous said...

janga dok mengarut bos,, kajian DNA telah buktikan bhawa melayu kelantan paling awal dan bukan berasal dari siam,,siam tu musuh kelantan,,tp kalau kau kata ada kaitan dengan melayu patani tu memang betul sebab patani kelantan asal satu bangsa,,jawa bugis boyan banjar bkn melayu tp dlm kategori rumpun melayu,,clucster DNA pn lain

Anonymous said...

ok bila kit jawa,bugis,banjar,melayu riau dr mana asal dia? Jawa Sdah tentu kita akn kata brasal dr pulau jawa(dimana satu bangsa datang dipulau jawa dn membentuk apa yg dikatakan bhasa dn budaya jawa),dn kajian DNA tlah buktikan,jadi memang melayu kelantan patani asal dr tanah melayu(maknanya bhasa budaya yg apa dikatakan kelantan patani hanya dijumpai ditanah melayu bkn ada persamaan@brasal dr satu2 tempat 'asal penutur dn budaya teresbut') tp sudh tentu melayu kelantan mempunyai 'induk' seperti mana2 bangsa skalipun,contoh adakah kita akan kata org cina bukan asal dr tnah besar cina kerana induk yg membentuk apa yg dikatakan org cina,budaya,bhasa sudh tentu bkn berasal dr cina?? Tidak boleh sbab org cina adlah berasal dr tanah besar cina,tetapi tetap ad 'induk' asal yg berhijrah dr tanah besar cina tp budaya bhasa org cina mmg dibentuk d tnah besah cina

Anonymous said...

sudah tentu lah mana2 tempat@bangsa skalipun sdikit sbanyak rakyat nya ada mempunyai sejarah perkahwinan campur dn bkn berasal dr susur galur asal,contoh jawa pn ada kahwin campur,tp tak bermakna asal usul sejarah jawa tu dh diragui berasal dr jawa secaras 'asasi' tp mereka yg berasal dr keturunan campur@bkn jawa tp mengamalkn bhasa dn budaya datang selepas 'wujudnya' apa yg dikatakan 'jawa' yg dibawa oleh 'induk' jawa asal,,begitu jgk kelantan,mmg ad yg berdarah arab,india,pakistan,jawa,bugis wlpun xseramai negeri lain tp budaya,bhasa 'kelantan@patani' bukan dibentuk oleh mereka tp dr induk yg apa mewujudkan budaya bhasa'kelantan' ini terbukti melalui DNA yg meletakkan kelantan dlm cluster berbeza dn lebih tua

Sanctioned said...

Meluat dengan mamat Anonymous yang berbangsa Cina tapi menyamar dan cuba menulis dalam bahasa Melayu kat sini hanya sebab tak boleh terima hakikat yang dia tu Cina dan bukan bumiputera kat Malaysia.

Kesian kan?

maluyu said...

Saya biasa panggil cina babi tanpa menyedari keturunan melayu ada darah cina jugak...
Saya biasa maki kat orang indon tanpa menyedari moyang melayu pendatang dari Aceh...

Anonymous said...

Ini ada sendikit sumber yang saya dapat
Menurut Ibnu Athir, seorang ahli sejarawan terkenal di zaman lampau, Bangsa Melayu dikatakan berasal dari keturunan Nabi Ibrahim a.s.Menurut beliau, Bangsa Melayu ialah Bani Jawi, iaitu keturunan Nabi Ibrahim a.s dari isterinya yang ketiga bernama Qatura.Anak-anak yang lahir dari perkahwinan Nabi Ibrahim a.s dengan Qatura ini diarahkan berhijrah ke timur dengan memberikan bekalan-bekalan yang perlu bagi memulakan hidup baru, maka berpindahlah mereka meninggalkan Kana’an.
Perpindahan demi perpindahan mungkin telah berlaku akibat
daripada pelbagai sebab.Dikatakan juga Bangsa Melayu pernan menduduki Tibet dan telah menamakan Gunung Himalaya, yang mana didalam bahasa Sanskrit adalah bermakna Gunung Melayu.Perkara ini berlaku lebih daripada 2000 tahun yang lamapau.Dikatakan juga bahawa Bangsa Melayu yang tinggal di banjaran gunung telah berpindah ke selatan akibat peperangan demi peperangan yang berlaku ditanah besar Cina dan India, akhirnya mereke menempatkan diri di Selatan Thai serta semenanjung Tanah Melayu.Ini adalah kisah perpindahan mengikut jalan darat.
Terdapat juga dari keturunan Kana’an ini yang datang melalui jalan laut, iaitu mengikuti seorang Raja yang bernama Mus, beliau berlayar ke Timur dan mendarat di Palembang, Sumatera.Buktinya, disana terdapat sebuah sungai yang dinamakan Sungai Mus yang bererti Sungai Kepunyaan Mus.
Dikatakan bahawa Nabi Ibrahim a.s melahirkan tiga keturunan yang besar iaitu, Bangsa Arab daripada keturunan anaknya Ismail a.s, Bangsa Israel dari keturunan Ishak a.s, dan Bangsa Melayu(Bani Jawi) dari anaknya menerusi perkahwinannya dengan Qatura.Sejak berkurun lamanya, Tanah Melayu di panggil Tanah Jawi,Bani itu bererti anak-anak atau keturunan, sebagaimana nama Bani Lavi(Levi) dari puak Israel.
Ini adalah satu jawapan yang mampu penulis kongsikan, namun sejauh mana kebenarannya tidaklah mampu untuk penulis nyatakan.Kerana selain daripada jawapan ini, terdapat beberapa jawapan lain yang berbeza dari jawapan ini.Kajian-demi kajian mestilah diteruskan untuk mengetahui kebenarannya.Perkongsian ini bukanlah rekaan daripada akal penulis semata-mata, tetapi berdasarkan rujukan guru dan kitab-kitab lama.
Wallahua’lam(Hanya Allah Jua Yang Mengetahui).

Anonymous said...

Aku tak paham la asal usul melayu, sbb byk sgt teori nya.. aku melayu jawa arab, minang, n belanda.. haha

Anonymous said...

Lantak la bangsa apa2 pun..
Janji islam

Anonymous said...

setelah aku membaca beberapa buah buku bagi pendapat aku penduduk awal di negeri2 utara dan orang perak utara dan tengah adalah orang selatan siam,patani dan campa begitu juga dengan negeri2 di pantai timur kemudian barulah orang2 sumatra,jawa dan bugis beraslimasi disini sehingga identiti kita semua menjadi melayu tetapi bersuku2 macam mana kita pun kita semua tetap berdarah campa,yunan,mongolid,parsi dan arab.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...