Saturday, May 28, 2011

Anak Melayu Pertama Menjadi Pensyarah di Universiti Oxford (lepasan dari sistem Pondok)


Siapa kata belajar pondok tak ke mana? Takde masa depan? Yang takde masa depan tu sebab belajar nak sekerat sekerat dah bajet alim dan tanak usaha lebih lagi. Kalau betul2 belajar agama dan jadi ahli dalam bidang agama, takkan susah la, Allah akan pelihara.

Buktinya, anak melayu pertama menjadi menjadi pensyarah di Universiti Oxford ialah bekas lepasan pondok dan terus menambahkan lagi ilmu pengetahuan hingga ke negara orang. Lihatlah video di bawah


Nama beliau Dr Muhammad Afifi al-Akiti
MA (Oxon), MSt (Oxon), DPhil (Oxon), MSIEPM – juga dikenali sebagai Sheikh Afifi – is KFAS Ialah salah seorang felo pensyarah Pengajian Islam di Pusat Pengajian Islam Oxford, dan Pensyarah Pusat Islam dalam bidang pengajian Islam di Fakulti Teologi, Universiti Oxford, United Kingdom, dan juga merupakan felo pensyarah di Worcester College, Oxford. Beliau merupakan bangsa Melayu pertama seumpamanya yang berjaya menjadi salah seorang tenaga pensyarah di universiti yang paling berprestij di dunia.

Dr al-Akiti telah berjaya mendapat ijazah kedoktoran falsafah (DPhil) dalam jurusan Falsafah Arab Pertengahan (Medieval) dari Universiti Oxford sebagai Cendekiawan Clarendon pada tahun 2008. Tesisnya telah menerangkan dan secara sistematiknya dianggap sebagai suatu bentuk penulisan falsafah yang diletakkan dibawah kumpulan pertama yang digelar sebagai karpus Madnun, dipersembahkan kepada teologis Islam termasyur, Imam Al-Ghazali (d. 505/1111) – penemuannya adalah berdasarkan kepada kaji selidik yang mendalam terhadap kira-kira 50 manuskrip Arab zaman pertengahan (medieval). Selain itu, terdapat juga tiga siri kajiannya yang diterbitkan yang dapat menyajikan edisi kritis dari hasil kerja yang paling maju dan teknis dari korpus, manual pada metafizik dan falsafah alam yang disebut Mayor Madnun.

Dr al-Akiti, yang berasal dari Malaysia, telah dilatih sebagai seorang ahli teologi dan ahli falsafah dalam kedua-dua bidang keutamaan khususnya berkaitan dengan Dunia Islam dan tradisi barat. Beliau telah dididik oleh pelbagai Ulama, Dunia Islam yang mahsyur sejak beliau memulakan pengajian dari sekolah pondok lagi. Beliau telah menerima [[Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama dalam bidang Falsafah Skolastik dan Sejarah Sains dari Universiti Queen Belfast, dimana beliau berpeluang mendapat pelbagai anugerah biasiswa untuk meneruskan pengajiannya di peringkat sarjana dan doktor falsafah di Oxford. Bidang kepakaran beliau adalah dalam bidang teologi Islam, falsafah dan sains.

Pada tahun 2009, bersama dengan Professor Muhammad Abdel Haleem dan IIIT, Dr al-Akiti beliau telah disenarai pendek sebagai salah seorang yang tersenarai dalam Anugerah Muslim UK Tahunan, atas kecemerlangannya menyumbang ilmu pendidikan Islam.

Pada tahun 2010, Dr al-Akiti telah dilantik sebagai Ahli Dewan Penasihat Agama Islam Negeri Perak, Malaysia, dimana pengisytiharaan ini telah disempurnakan oleh Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah.
Akhir kalam, kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Genggam bara api biar menjadi abu. Kalau belajar tu, belajarlah betul2, tak kiralah bidang apa pun skali.
Jangan jadikan ilmu agama penyebab tak dapat kerja dan x berjaya. Tapi salahkan diri sendiri yang tidak betul2 dalam menuntut ilmu agama. Sedarlah wahai golongan yang belajar ilmu agama, rezeki itu Allah dah tentukan untuk kita. Tinggal untuk kita usaha. Samalah juga dengan golongan yang belajar ilmu lain juga.

sumber : wikipedia

17 comments:

Muhammad Ariff Mohamad Nizam said...

alhamdulillah. :) wajar dicontohi ni. :)

Unknown said...

bangga dan terharu tgk video ni. rs sebak kegembiraan dan lebih rs smgt utk menuntut ilmu.

Myvitrd said...

Tahniah & syabas.. aku bangga jadi orang melayu islam

Salman Hasamuddin said...

menyesal tak pergi kuliah dia time dia dtg malaysia.dapat jemputan time tu,tp xdpt pegi sbb ada urusan lain.

Unknown said...

bangga sangat2~!!!!
so, org skrg perlu buka minda. nk belajar kt mane2 pon boleh, cuma diri sendiri tu perlu semangat, jgn mengeluh~~ :) thx sbb buat entri ni~ bt lg smgt ni~ hihi

Farid Adam said...

Subhanallah...boleh dijadikan contoh untuk anak ana...

Anonymous said...

Alhamdulillah.... Semoga lebih ramai anak melayu yang akan mengikuti jejak langkah beliau...

alanflipflop said...

wow, oxford dowhh...
harap2 aku pun boleh jadi mcm abg ni...
go go go everyone! don't let your spirit die

Anonymous said...

wow! oxford tuuu..... yg paling best, name dia hampir sme dgn name aku.... heheheh...

~hafifi~

Anonymous said...

hebat...hebat.....

Anonymous said...

ketika kerajaan lebih menumpukan bidang utama yg lain dalam penyediaan biasiswa kepada pelajar...akhirnya bidang yg tidak begitu diutamakan terlebih dahulu mengharumkan nama Malaysia..

kamtaiping@yahoo.com said...

Istimewa Dr Mohamed Afifi Al Akiti ialah bermula dari sekolah pondok berlatar belakangkan "Islam", Nescaya dan sudah samestinya jiwanya sangat 'bersih' dari 'noda2' persekitaran . Saya percaya ram ai lagi anak2 Melayu yang boleh sampai ke kemuncak ini memandangkan pencapaian l00% kelulusan peperiksaan SPM dan STAM dengan semua "A's" dalam semua bidang mata pelajaran.Apa yang harus dibuat oleh mereka yang berkuasa hari ini ialah membantu pelajar2 yang "cemerlang ini.meneruskan pengajian di peringkat Tertingggi.

mujaheedah seorang gadis said...

mohon share

JMR said...

ni la org pggil, nak 1000 daya, taknak 1000 dalih..takyah mtk skolership kerajaan pon..hehehe.

Irwan Hakimi said...

Salam. Kalau Sheikh Afifi mampu untuk menguasai 7 bahasa, saya cadangkan agar kita semua berazam untuk menguasai sekurang-kurangnya 3 bahasa iaitu bahasa Melayu, English dan Arab. Bahasa Arab itu ialah bahasa Al-Quran. Maka wajarlah kita menguasai bahasa Arab itu untuk memahami AL-Quran.
http://lautan-biru.blogspot.com/

Anonymous said...

InsyaAllah kalau ada rezeki, ada lah pangkat 'Dato' itu, tapi itu kurang penting, yang penting adalah berbakti kpd agama dan ilmu. Kebenaran Islam mesti diutamakan, dan jangan sekali bersekongkol dengan mana-mana parti politik, ini boleh membuatkan Dr dipandang serong dan tidak dihormati oleh masyarakat antarabangsa. [by IPTA, 'Thats my Philosophy'].

kalyadaiin said...

Beliau adalah orang melayu pertama menjadi pensyarah di oxford, ayah saya pula orang melayu pertama belajar di oxford :)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...