Wednesday, March 23, 2011

Fesyen Baru Tudung Selendang Yuna, Buka Aurat Tak?








credit gambar : mforum.cari.com.my

Apa komen anda? ada yang kata cantik dan ada yang kata buruk. Cantik dan buruk bukanlah persoalan utama. Persoalannya, menutup auratkah kita dengan fesyen2 kita?

Isu ini sudah lama, saya sangat teruja melihatkan gadis2 memakai shawl, sungguh cantik dan lebih menawan. Tapi pemahaman pemakaian shawl itu bukan sekadar untuk tampak lebih cantik dan anggun. Tapi objektif asal pemakaian shawl atau tudung itu harus kita capai terlebih dahulu iaitu menutup aurat. Soal cantik dan lebih menawan itu isu bonus.

Begitulah dalam hidup kita, ada yang hanya memakai nama Islam pada nama, tapi objektif dan maksud Islam langsung tidak difahami dengan betul.  Islam itu bukan sekadar untuk dipakai pada diri kita, tapi untuk kita hayati. 

Begitulah juga wanita, mereka bukan untuk kita milki, tapi untuk kita sayangi sebagai seorang isteri dan bukannya pengisi dikala sepi sahaja.

Berbalik kepada isu tudung yuna ini, walaupun Yuna ade membuka sedikit ruang yang harus ditutup terutamanya bahagian dada dan leher(sesetengah daripada fesyen Yuna) ada juga yang ok Yuna cover balik dengan selendang, janganlah kita terus menghentam. Sebaliknya, kite cuba untuk berikan teguran dan kesedaran kepada Yuna dengan cara lebih berhikmah.

Sekurang-kurangnya beliau masih cuba untuk bertudung dan cara bertudung yuna setidak-tidaknya telah menggalakkan ramai lagi untuk bertudung. Mula-mula mungkin salah pemakainya, jika terus dipakai, lama-lama akan diperbaiki. Pentingnya untuk adakan anjakan paradigma untuk bertudung. Hukum menutup aurat wajib tetap wajib.

Akhir kalam, renung-renungkan dan selamat beramal.
 

27 comments:

riben putih said...

tah..mcm buruk je..leher tuh nak tunjuk kat sape?

::AdyVa:: said...

yuna nmpak lebey DEWASA dengan GAYA ini~......

Peja said...

Sabda Rasulullah kepada Asma’ binti Abu Bakar,

“Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” [HR Abu Dawud]


Firman Allah,

“Wahai Nabi! katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang Mukmin, ‘Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya.” [Al-Ahzab (33):59].


Firman Allah,

“Hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dada mereka” [An-Nur (24):31].

Halusinasi said...

erm...sekali tgk macam fesyen orang afrika, tapi rupa2nya yuna...saya suka yuna kembali kepada fesyen lamanya, sgt2 sweet n lovely..

atyasl reza said...

nape yuna pkai cmnih???YUNA...tolom balik semula dgan imej anda yg sebelom ini...xlwa la yg nih...yg dulu ,lawa...nice!cute!cantik lollll1!!!!

TenangSudey said...

Ann : harap2 Yuna ubah la balik kepada cara yang lebih betul...

AdyVa : setuju

Halusinasi : ramai jugak kata macam afrika tuh

Aty : tu la kan... dlu lagi nice

TenangSudey said...

Peja : thanks for the sharing... nice info

Unknown said...

dalam menutup aurat, soal tabarruj tak boleh diketepikan..tp, org skrg kata biarla dia pakai mcm mana pun, asalkan tutup aurat..sbrnya masih salah kalau konsep tabarruj tu masih ada..

dan, Yuna ni artis. ikutan ramai. dia gayakan fesyen pelik2 nnti semua ikut..kalo dia org biasa yg tak berpengaruh. mungkin kita boleh lantakkan je dia..tp kalo ikon remaja. rasanya elok kita kecam supaya fesyen pelik2 camni tak terus merebak..

Taufan Bin Ribut said...

komen ku.....







































no komen...hehehe..

- Nanad - said...

Fesyen sekarang, susah nak cakap. Sigh. Biar lah tak berfesyen, biarlah kolot di mata manusia, asal mulia pada pandangan Allah.

Belakang Garisan Pena said...

Inilah idola remaja kini.. Hampeh, ingat rambut je ke haram...

RABUN said...

hudoh benar

TenangSudey said...

Nadia : lebih baik begitu...

Garisan Pena : akhir zaman

Rabun : begitulah nampaknya...

farah said...

aaaa....tak suka..definitely~

turban style xsswai la unless die pakai turtle neck shirt..cover ngn selendang, oh no~ tkt pasni selandang plak xd...=X

naqiah said...

persoalannya disini.. slama ni pun yuna memang x tutup aurat dgn pakai baju ketat n seluar ketat.. true islam is jubah n complete set.. kalau kita blom mcm 2 kte blom ad hak utk menilai.. :) nice fashion yuna..

kuyam said...

xbrni nk kritik org len sbb dri sndri pn lom sempurna sgt2..huhu

anna said...

nice entry tuk ingatan bersama

Syamil Johan said...

bagi ak nk bergaya+berfesyen x salah..tapi sejauh mana kita menggabungkannya dengan ajaran ISLAM tue yg penting...pakailah pakaian yang x menampakan susuk tubuh...
lagi satu x rimas ke pakai cam tue??

sjaa64 said...

owh fesyen dulu lagi lawaa

Hafism said...

kesian yuna diperkotak katikkan. sigh~

www.hafism.com/blog

Ifti Larina said...

yuna tak patot buat fesyen mcm nie. sudah pastinya peminat dia nak ikot fesyen dia. so akan jadi melarat

Anonymous said...

buat apa nak kritik dia, tak pepasal kita dapat dosa juga sebab ada setengah kritikan tu mengutuk! so, baik nasihat elok2 je sudah. dia pakai style afrika ke bagai, tu diri dia. nampak leher ke, tak tutup aurat ke, tu dosa dia. biar dia sendiri tanggung la. yang nak kutuk2 buat ape kn? buat tambah dosa je. lalalala~ sebelum nak komen pakaian yuna, tengok diri sendiri dulu. nilai diri sendiri sebelum nak menilai org. LOL.

My MiRa said...

huhu.......mira suke fewyen yuna yang dulu2 yang ni tak suke.nampak taksopan..hehe mira suke style hana tajima jugak....sebab die agak sopan ...dan banyak fesyen die yang tutup aurat...hehe....

Anonymous said...

oh ini dah macam fesyen orang Turkmenistan.. macam lebey kurang.. huhu

Unknown said...

hmm..fesyen terbaru ke lama?nmpak mcm xsopan jew..
n pulak tu nmpak tengkuk eh..nk tnjuk kt spa tu..?
fesyen yuna yg dulu lebih sopan drp fesyen yg skrg..bknpe..takut nti rmai pulak yg ikut trend yuna yg skrg...n mcm2 fesyen yg dtg..

SayaSukaFesyen said...

Pakai turban style xsalah.janji tutup leher, xnmpk susuk tubuh.pakaila baju besar2 n tutup aurat.bertudung xsemestinya tutup aurat.dan tutup aurat xsemestinya berjubah etc.nk berfesyen xsalah.asalkan TUTUP AURAT.

Fesyen ni cantik.tp jgnla kita ikot tang2 yg pakai ketat n xtutup leher tu.pandai2 la cover.kita kan da besar =p

Anonymous said...

Bukan yuna je. Kita semua kena tutup aurat dgn sempurna. Dari bising2 pasal yuna, baik kita bising2 pd diri sendiri. Tutup dada ke tudung kita? Ketat atau tidak ke baju yg kita kenakan pada badan kita. Melampau sgt kah kita berhias, dan utk siapa kita bhias. Utk tatapan di FB dan blog ke? Wallahualam. Mari kita ubah diri kiya dulu sblm kita cuba judge dan bising utk org

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...