Thursday, June 16, 2011

PENJELASAN Isu Kartun UTUSAN Kekeliruan Kes Rogol dan Hudud




Mereka melihat hudud itu sekadar hudud semata-mata dan terpisah dari hukum perundangan Islam yang lain. Perundangan Islam bukanlah hanya berkisar pada Hudud semata-mata. Masih ada Takzir, qazaf  dan macam2 lagi.

Mereka hanya faham, apabila berlakunya rogol, perogol hanya akan didakwa apabila wujudnya 4 orang saksi sahja. Mereka lupa dan mungkin tidak tahu dan tidak mahu ambil tahu bahawa kes berkaitan rogol perlu dirujuk kepada keseluruhan peruntukan undang-undang jenayah syariah secara lengkap (Hudud, Qisas, Takzir, Undang-undang keterangan, siasah syari'ah) dan tidak boleh dinilai dari perspektif hukum Hudud secara terhad dan terpisah.

Jadi, dalam kes rogol, sekiranya mangsa rogol gagal membawa 4 orang saksi yang melihat kejadian itu maka perogol masih boleh didakwa melalui undang-undang Takzir di mana beban pembuktian adalah lebih ringan berbanding hudud.

Melalui Undang-undang Takzir, pemeriksaan doctor dan keterangan serta bukti-bukti yang dikumpulkan oleh polis termasuklah rakaman video rogol,  DNA, laporan doktor dan sebagainya dinamakan sebagai Qarinah. Qarinah ini boleh digunakan sebagai bahan bukti untuk mensabitkan perogol dengan Undang-undang Takzir. Qarinah juga boleh mengelakkan mangsa daripada kesalahan Qazaf kerana tuduhan ke atas perogol kerana melalui qarinah ia boleh menimbulkan keraguan ke atas kes Hudud dan boleh digugurkan.

Hukuman Hudud boleh dilakukan ke atas seseorang hanya apabila tiada sebarang keraguan langsung (beyond any shadow of doubt).  Manakala untuk kesalahan yang boleh dibuktikan secara jelas oleh Qarinah, tetapi tidak mencapai tahap kesaksian yang diperlukan oleh Hudud, hukum Takzir boleh dikenakan terhadap penjenayah tersebut.

Jadi, jangan kerana kurangnya pemahaman kita kepada sesuatu, kita terus menghukum dan mengatakan ia zalim dan kejam. Tak kurang lagi yang menghina agama sendiri dek kerana pintu hidayah masih belum dibukakan dan tidak ada usaha mencari hidayah.

Mudah-mudahan dengan penerangan tidak seberapa ini dapatlah memberikan gambaran yang lebih kepada  perundangan Islam yang lebih kepada mencegah daripada menghukum. Islam itu indah dan tidak pernah lapuk ditelan zaman.

Wednesday, March 23, 2011

Fesyen Baru Tudung Selendang Yuna, Buka Aurat Tak?








credit gambar : mforum.cari.com.my

Apa komen anda? ada yang kata cantik dan ada yang kata buruk. Cantik dan buruk bukanlah persoalan utama. Persoalannya, menutup auratkah kita dengan fesyen2 kita?

Isu ini sudah lama, saya sangat teruja melihatkan gadis2 memakai shawl, sungguh cantik dan lebih menawan. Tapi pemahaman pemakaian shawl itu bukan sekadar untuk tampak lebih cantik dan anggun. Tapi objektif asal pemakaian shawl atau tudung itu harus kita capai terlebih dahulu iaitu menutup aurat. Soal cantik dan lebih menawan itu isu bonus.

Begitulah dalam hidup kita, ada yang hanya memakai nama Islam pada nama, tapi objektif dan maksud Islam langsung tidak difahami dengan betul.  Islam itu bukan sekadar untuk dipakai pada diri kita, tapi untuk kita hayati. 

Begitulah juga wanita, mereka bukan untuk kita milki, tapi untuk kita sayangi sebagai seorang isteri dan bukannya pengisi dikala sepi sahaja.

Berbalik kepada isu tudung yuna ini, walaupun Yuna ade membuka sedikit ruang yang harus ditutup terutamanya bahagian dada dan leher(sesetengah daripada fesyen Yuna) ada juga yang ok Yuna cover balik dengan selendang, janganlah kita terus menghentam. Sebaliknya, kite cuba untuk berikan teguran dan kesedaran kepada Yuna dengan cara lebih berhikmah.

Sekurang-kurangnya beliau masih cuba untuk bertudung dan cara bertudung yuna setidak-tidaknya telah menggalakkan ramai lagi untuk bertudung. Mula-mula mungkin salah pemakainya, jika terus dipakai, lama-lama akan diperbaiki. Pentingnya untuk adakan anjakan paradigma untuk bertudung. Hukum menutup aurat wajib tetap wajib.

Akhir kalam, renung-renungkan dan selamat beramal.
 

Saturday, March 5, 2011

Perigi Cari Timba dan Jodoh, Bagus Sangat ke Lelaki?


Sekarang  BroFramestone ada ketengahkan isu pasal perigi cari timba hasil cetusan Ery Farieha. Maka TenangSudey pun rasa nak join skali.




Apa maksud perigi cari timba?
Perigi tu berkaki dan jalan2 cari timba ke? ke perigi tu berhantu sampai boleh cari timba?
Owh bukan itu yang dimaksudkan perigi cari timba. Maksud kat sini ialah perempuan mencari lelaki untuk disatukan ataupun dijodohkan. Jadi terbalik la kan, biasanya lelaki yang cari wanita. Tapi sebenarnya tak pelik pon sebab zaman Rasululullah dahulu pun Siti Khadijah pun melamar baginda untuk disatukan. 









Namun yang berbezanya hari ini, perigi cari timba dengan cara yang salah sehingga kadang2 diambil kesempatan oleh timba(apa punyer timba la kan). Hal ini kenapa? sebab nisbah lelaki dan wanita cukup besar. Sampai kadang-kadang ada lelaki yang belum kahwin lagi dah pasang 4 orang.. dah kahwin macam mano tuh?

Tak salah perigi nak cari timba, namun timba kena fahamlah kan, hakikat kebahagian itu bukanlah dengan memiliki, namun dengan menyayangi dengan keikhlasan. Sikap tidak jujur akan membinasakan hubungan yang dibina.

Maka lebih baiklah perigi yang cari timba daripada perigi yang membiarkan airnya diambil oleh sapa-sapa sahaja sehinggakan tercemar air dalam perigi tu. Tak kurang juga perigi yang terlampau memilih timba, akhirnya menjadi anak dara tua(andartu).



Kadang-kadang bagus juga perigi cari timba, sebab adat melayu sekarang dah jadi macam nak jual anak perempuan, hantaran macam nak buat bisnes pulak anak mereka. Akibatnya lepas kahwin, SESETENGAHnya bercerai berai sebab tak dapat nak maintain kehidupan rumah tangga yang dipenuhi hutang sana, hutang sini.

Adalah lebih baik, jika hantarannya sederhana, namun suami memberikan wang simpanan buat isteri dalam bank ataupun ASB dan juga membelikan insuran yang terbaik buat keluarga setelah makin berkemampuan dan stable. Jadi kalau jadi apa-apa kat suami, adalah benda yang menjamin anak-anak dan isteri. Ini kalau duit sudah banyak dihabiskan untuk nampakkan persandingan grand n jadi wedding of the year, tapi lepas kahwin makan maggi je no point gak.

Tidak dinafikan kahwin sekali je seumur hidup(kalau yang kahwin sorang je la kan), jadi nak la buat meriah-meriah kan, betul tuh, tapi kene la juga fikirkan plan untuk jangka masa panjang, supaya orang tersayang terjamin. Usah difikirkan megah dunia sampaikan megah di akhirat diabaikan..Anak-anak merana ntah ke mana-mana sahaja.



Memang betul, kadang-kadang dengan buat meriah-meriah tu tanda kita menghargai pasangan kita. Namun, wang atau kemegahan bukanlah hanya satu-satuya cara untuk menunjukkan penghargaan dan cinta.. Hakikat kasih sayang adalah ultimate kepada penghargaan.. ape guna kahwin hantaran berbilion bilon.. tapi jiwa sepi dan kosong lepas kahwin.. masing2 buat hal masing2... anak2 dibiarkan ke tepi.... rumah besar tapi jiwa kosong dan sepi mencari2 identiti yang belum pasti.


Saya tinggalkan pembaca sekalian dengan dua kata-kata hikmah

When God knows you are ready for the responsibility of commitment, He'll reveal the right person under the right circumstances. Wait patiently. Don't waste your time searching and wishing. Grow and be ready, you'll see God will give you a love story far better than you could ever dream of.

Dalam seseebuah hubungan, apa yang penting? menyayangi atau disayangi? Jawapannya mudah, menyayangi itu ialah sayap kanan, dan disayangi itu ialah sayap belah kiri, maka kalau sebelah sayap sahaja, bolehkah kita terbang?

Jadi, fikir-fikirkan dan apa pendapat anda? Kalau rasa berguna, kongsilah, sama-sama meraih manfaat.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...