Sunday, December 12, 2010

Trend Kahwin dengan Wanita Maghribi

Selama ni kita duk dengar macam susah je orang Melayu nak kawin... macam2 adat ade.... hari ni Harian Metro gemparkan jejaka2 Malaya dengan kos perkahwinan + flight pegi balik maghribi + honeymoon dengan wanita Maghribi hanya 14 000++ sahaja....  berikut berita dari Harian Metro, Ahad, 12 Disember 2010








KUALA LUMPUR: Mereka bukan saja memiliki pakej lengkap sebagai isteri termasuk wajah persis artis, malah boleh dijadikan teman hidup pada harga semurah RM14,000.
Itu bukan omong kosong, malah segelintir jejaka Malaysia beragama Islam menikmati saat manis melayari rumah tangga dengan wanita Maghribi yang dikatakan memiliki pelbagai kelebihan berbanding wanita tempatan dan negara jiran seperti Indonesia, Thailand dan Filipina.

Selain sama agama dan berwajah jelita, wanita dari benua Afrika Utara itu dikatakan berkulit gebu, subur, belum ‘tercemar’ dan akan mengabadikan sepenuhnya jiwa dan raga terhadap lelaki yang menjadi suaminya.

‘Trend’ yang semakin hangat diperkatakan itu didedahkan seorang lelaki yang berpengalaman empat tahun hidup bahagia beristerikan gadis Maghribi lepasan kolej, malah sudah mempunyai seorang anak.


Mohd Fairudz Mohd Yusoff, 34, berkata sehingga hari ini sekurang-kurangnya lapan lelaki di negara ini mengikut jejak langkahnya dan ia menjadi kenyataan di atas khidmat secara percuma diberikannya.

“Segala-galanya bermula apabila saya meletakkan paparan tawaran e-books mengenai bagaimana untuk melancong ke Maghribi dengan kos rendah di beberapa laman web forum dan pada masa sama saya turut memberitahu bahawa saya mempunyai isteri warga negara itu.

“Daripada paparan itu, ramai bertanya bagaimana saya bertemu jodoh dengan gadis Maghribi. Lalu, saya menceritakan pengalaman saya dan berkongsi maklumat pelbagai keistimewaan gadis Maghribi dari kawasan pinggir bandar.

“Malah berdasarkan pengalaman, kos untuk mengahwini mereka tidak semahal mana kerana mata wang kita lebih besar daripada mata wang mereka, Moroccan Dirham,” katanya.

Mohd Fairudz yang mempunyai pengalaman menetap di Maghribi kira-kira dua tahun mendedahkan, gadis dari kawasan dikenali dengan nama Agadiran Saf itu sangat menitikberatkan penjagaan diri dan kecantikan.

“Mereka mengamalkan mandi hammam iaitu mandi di bilik berwap dan menggunakan minyak argan yang membantu melambatkan kedutan pada kulit.

“Mereka juga pembersih dan menjaga makan, sebab itu mereka cantik,” katanya.

Menurut Mohd Fairudz, gadis berkenaan juga belum ‘tercemar’ kerana tidak dipengaruhi budaya luar seperti budaya Barat.

“Tiada budaya mempunyai kekasih atau keluar ‘berdating’ kerana mereka dikawal sepenuhnya ibu bapa dan taat kepada perintah. Jika mahu menyunting mereka sebagai isteri, jumpa ibu bapa mereka.

“Tak perlu ‘dating’ kerana jika ibu bapa setuju, mereka akur. Mereka perlukan seorang lelaki sebagai suami kerana mereka bukan wanita berkarier dan dijamin memberi layanan sempurna kepada suami,” katanya.

Golongan gadis terbabit juga biasanya suka menari hanya di kalangan wanita dan mereka tiada masalah untuk menari di depan suami untuk ‘menghangatkan’ suasana.

Memandangkan mereka hidup dalam keadaan sederhana, mereka tidak akan meminta yang bukan-bukan daripada suami seperti wang yang banyak, emas atau permata.

Mohd Fairudz berkata, pengalaman dicurahkannya mendapat reaksi luar biasa dengan ramai memberi reaksi mengadu berdepan pelbagai kesukaran untuk mengahwini wanita tempatan kerana pelbagai sebab, antaranya perbelanjaan kahwin semakin mahal, sukar mencari cinta sejati dan berdepan pelbagai halangan serta kerenah sebelum berkahwin.

“Memikirkan apa salahnya berbuat perkara baik dan pada masa sama isteri saya mahu mendapatkan ramai teman sebangsa di negara ini, saya beri panduan dan menolong memperkenalkan gadis Maghribi yang membabitkan saudara mara dan rakan isteri saya.

“Ada yang ‘sangkut’ sehingga bergelar suami isteri,” katanya.

Menurut Mohd Fairudz, masalah bahasa dan makanan mungkin menjadi sedikit masalah, tetapi gadis Maghribi cepat menyesuaikan diri dan belajar.

“Sebagai contoh, isteri saya menggunakan bahasa Arab, namun selepas beberapa bulan di Malaysia dia semakin lancar berbahasa Inggeris dan semakin memahami bahasa Melayu.

“Begitu juga soal makanan, kalau dah jadi suami isteri, pandailah masing-masing menyesuaikan diri,” katanya.

Mohd Fairudz turut memberitahu, risiko isteri menimbulkan masalah selepas berkahwin juga rendah kerana mereka berada jauh daripada keluarga.

“Sebelum ini mungkin kita biasa mendengar, orang kita kahwin dengan wanita Indonesia atau Thailand.

“Kerana Malaysia dengan negara berkenaan tidak berapa jauh, timbul masalah seperti keluarga selalu datang.

“Itu belum lagi ahli keluarganya yang minta pinjam duit atau menumpang di rumah kita sebab tiada kerja sehingga menimbulkan masalah.

“Untuk gadis Maghribi, ia sukar berlaku kerana mereka tidak ada komuniti di sini dan keluarga berada jauh beribu kilometer. Susah untuk mereka buat hal, melainkan kita yang buat hal,” katanya.


Walau apa pun... bukan soal wang ringgit sahaja harus dititik beratkan.... namun yang paling penting ialah kejujuran dan keikhlasan dalam perkahwinan. Sebagai Jejaka Malaya, kita tidak seharusnya mengambil peluang ini hanya untuk mengambil kesempatan tapi sebaliknya boleh fikirkan untuk melengkapkan diri sebagai insan dan agama....


Apa-apa pun, lengkapkanlah diri kita dengan ilmu agama dan persiapkanlah diri kita ke arah gerbang perkahwinan samada sebagai suami mahupun sebagai isteri. Moga perkahwinan yang dibina bukan sekadar hingga ke anak cucu tapi hingga ke syurga berkekalan.... amiin..



Renung2kan dan selamat beramal.....

14 comments:

melor said...

haha abes la pompuan melayu

TenangSudey said...

lolita : hahaha x habis lagi.. tapi persaingan makin mekingkat... persaingan yang sihat.. hihi

fairus said...

Wah.. Boleh buat second wife.. Hahaha..Bini aku nampak mesej ni, mati aku..

TenangSudey said...

Fairus : hahahah amboi2....

penaberkala said...

haha, abis la pakat cari awek maghribi lepas ni
kesian gak kat perempuan tu klu duk jauh dari famili
bab agama dan kecantikan tu, mmg berbaloi la walaupun jauh

TenangSudey said...

Penaberkala : tu la pasal... tp kene consider macam2 dlu b4 pikir nak kawin tuh.. haha

KNS said...

omaigod..bf ta bole tau ne
grrrrrr =D

Anonymous said...

Memangla senang kawin dgn perempuan maghribi. Tapi , jgn lupa, jika anda berkahwin dgn perempuan maghribi, anda akan register juga di maghribi.Jika anda bercerai dan pergi ke maghribi, dan anda tidak membayar nafkah, anda boleh ditangkap dan di penjara.Jika anda membuat maksiat di sana, si isteri ada hak untuk memasukkan anda di penjara.Jika bercerai, dia juga ada hak dgn anak tersebut dan ada hak tidak memberi anda bertemu dgn anak anda kerana mereka mengamalkan woman's law yang beberapa tahun dahulu di iktiraf oleh kerajaan mereka.Sebab itulah, banyak lelaki maghribi tidak mahu berkahwin dgn mereka.
Btw, perempuan maghribi ni, mak kau, mcm aljazeera , mulut mashayallah tak tahu nak ckp.majoriti.lainlah anda tak faham apa dia cakap.renung2 la.

Anonymous said...

hehehe...rase nak 'like' komen di atas ni.

TenangSudey said...

Anon : hahaha like je. :P

Anonymous said...

kalau dah jodoh...

Anonymous said...

arab girl.. wow!! hahaha.. pa pun jdoh d tgn tuhan.. andai jodohku dgn org maghribi pun redha ja...
p/s..dlm ati ska nie.. hahahaha

ezaty said...

gadis melayu pula?
hmm, fikir 2, 3 kali la macam ni kalau nak kahwin. kena kahwin dgn lelaki maghribi la pula, hehe. :p
syukur juga Mohd Fairudz dapat bertemu jodoh disana, kalau yang bukan jodoh disana, Allahu 'alam :)

Anonymous said...

woaaa... nak share kat wall facebook ex girfriend la hahaha

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...