PASIR MAS: Gara-gara cuba mencuri motosikal, seorang lelaki maut dibelasah orang ramai di Kampung Slow Machang di sini, semalam.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata lelaki berumur 25 tahun itu mati di Hospital Lati di sini pada pukul 6.40 petang selepas cedera parah dibelasah.
"Lelaki itu dilaporkan cuba mencuri motosikal di bandar ini tetapi dikejar oleh orang awam sehingga ke kampung itu dan kemudiannya dibelasah oleh orang awam.
"Kejadian pada jam 2 petang itu disedari oleh anggota polis yang membuat rondaan apabila melihat orang ramai mengerumuni mangsa yang terbaring di tepi jalan," katanya kepada pemberita di sini.
Abdul Rahim berkata anggota polis terbabit membawa lelaki itu yang cedera parah di kepala ke hospital.
Sehubungan itu polis menahan tiga individu yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian itu dan menasihati agar orang awam tidak bertindak melampaui batas undang-undang.
"Polis sememangnya memerlukan kerjasama orang ramai tetapi mereka diingatkan supaya menyerahkan sahaja suspek kepada polis dan tidak bertindak melangkaui undang-undang berhubung kes jenayah," katanya.
Beliau berkata siasatan awal polis juga mendapati lelaki terbabit mempunyai rekod jenayah dan kes dadah.- Bernama
Wah2, kes kecurian motosikal sejak dulu x habis berlaku. Dulu pun pernah tengok sendiri pencuri motosikal kene pukul oleh orang ramai, nasib baik la dia tak mati. Walau geram macam mana pun pada pendapat peribadi saya, serahkanlah pada undang2 untuk menentukan nasib mereka. Silap haribulan punya pukul, kita pulak masuk ke dalam lokap sekali, dapat makan free dan tempat tinggal free..
Apa2 pun... fikir2 dlu sebelum bertindak..
** Gambar sekadar hiasan. Tiada kene mengena yang hidup mahupun yang meninggal dunia mahupun yang mencuri motor di atas.
No comments:
Post a Comment