Wednesday, February 23, 2011

Jangan Diperbodohkan Oleh Media Massa


Anda tengok gambar di atas dan anda nilailah hakikat berita sekarang ini. Jadi sebagai pembaca yang bijak, cubalah untuk tidak amik berita sekerat-kerat dan cube rujuk lebih banyak sumber.

Kalau gambar itu dilihat hanya sekerat, maka nampaklah askar itu kejam kerana mengacukan senapang..Tapi kalau dilihat keseluruhan, sebenarnya askar itu membantu rakannya yang memberikan tahanan itu minuman. Itulah hebatnya kuasa media massa, boleh manipulasi berita untuk kebaikan dan keburukan.

Begitulah juga dalam agama, kalau kita amik sekerat-kerat je, amik sebahagian je dan sebahagian lagi kita tinggalkan, maka samalah kita dengan manipulasi yang dilakukan oleh media di atas, malah boleh jadi lebih kejam lagi kerana menipu diri sendiri.

Cara-cara nak elakkan dimanipulasi oleh media:
1. Rujuk lebih banyak sumber yang rasmi.
2. Rujuk sumber asal cerita
3. Kalau berita dari kerajaan, cuba juga baca berita dari pembangkang. Boleh nampak lebih banyak view.
4. Jangan statik dan fanatik pada satu media
5. Jangan terpengaruh dengan gambar muka depan akhbar terutamanya, tapi belilah akhbar yang memberikan input yang berguna.
6. Renungkan diri kita dahulu dan fikirkan di mana sebenarnya kita berdiri supaya kita dapat berfikir dahulu sebelum terima bulat-bulat berita. Adakah ia betul selari dengan agama? adakah ia hanya propaganda? atau pun sekadar politik? anda yang menentukannya....

Jadi, jangan biarkan diri anda terus ditipu dan dimanipulasi. Kongsilah ilmu dan cara untuk elakkan dimanipulasi oleh media.

Monday, December 13, 2010

Wajarkah kita menghukum dengan tangan sendiri?

Patutkah kita menghukum ataupun biarkan undang2 sahaja yang menghukum? Berikut ada sebuah berita dari Harian Metro, Isnin, 13 Disember 2010

 


PASIR MAS: Gara-gara cuba mencuri motosikal, seorang lelaki maut dibelasah orang ramai di Kampung Slow Machang di sini, semalam.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata lelaki berumur 25 tahun itu mati di Hospital Lati di sini pada pukul 6.40 petang selepas cedera parah dibelasah.

"Lelaki itu dilaporkan cuba mencuri motosikal di bandar ini tetapi dikejar oleh orang awam sehingga ke kampung itu dan kemudiannya dibelasah oleh orang awam.
"Kejadian pada jam 2 petang itu disedari oleh anggota polis yang membuat rondaan apabila melihat orang ramai mengerumuni mangsa yang terbaring di tepi jalan," katanya kepada pemberita di sini.

Abdul Rahim berkata anggota polis terbabit membawa lelaki itu yang cedera parah di kepala ke hospital.


Beliau berkata polis menyiasat kes itu mengikut Seksyen 379A iaitu mencuri dan Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sehubungan itu polis menahan tiga individu yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian itu dan menasihati agar orang awam tidak bertindak melampaui batas undang-undang.

"Polis sememangnya memerlukan kerjasama orang ramai tetapi mereka diingatkan supaya menyerahkan sahaja suspek kepada polis dan tidak bertindak melangkaui undang-undang berhubung kes jenayah," katanya.
Beliau berkata siasatan awal polis juga mendapati lelaki terbabit mempunyai rekod jenayah dan kes dadah.- Bernama





Wah2, kes kecurian motosikal sejak dulu x habis berlaku. Dulu pun pernah tengok sendiri pencuri motosikal kene pukul oleh orang ramai, nasib baik la dia tak mati. Walau geram macam mana pun pada pendapat peribadi saya, serahkanlah pada undang2 untuk menentukan nasib mereka. Silap haribulan punya pukul, kita pulak masuk ke dalam lokap sekali, dapat makan free dan tempat tinggal free.. 


Apa2 pun... fikir2 dlu sebelum bertindak..


** Gambar sekadar hiasan. Tiada kene mengena yang hidup mahupun yang meninggal dunia mahupun yang mencuri motor di atas.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...