Saturday, March 5, 2011

Perigi Cari Timba dan Jodoh, Bagus Sangat ke Lelaki?


Sekarang  BroFramestone ada ketengahkan isu pasal perigi cari timba hasil cetusan Ery Farieha. Maka TenangSudey pun rasa nak join skali.




Apa maksud perigi cari timba?
Perigi tu berkaki dan jalan2 cari timba ke? ke perigi tu berhantu sampai boleh cari timba?
Owh bukan itu yang dimaksudkan perigi cari timba. Maksud kat sini ialah perempuan mencari lelaki untuk disatukan ataupun dijodohkan. Jadi terbalik la kan, biasanya lelaki yang cari wanita. Tapi sebenarnya tak pelik pon sebab zaman Rasululullah dahulu pun Siti Khadijah pun melamar baginda untuk disatukan. 









Namun yang berbezanya hari ini, perigi cari timba dengan cara yang salah sehingga kadang2 diambil kesempatan oleh timba(apa punyer timba la kan). Hal ini kenapa? sebab nisbah lelaki dan wanita cukup besar. Sampai kadang-kadang ada lelaki yang belum kahwin lagi dah pasang 4 orang.. dah kahwin macam mano tuh?

Tak salah perigi nak cari timba, namun timba kena fahamlah kan, hakikat kebahagian itu bukanlah dengan memiliki, namun dengan menyayangi dengan keikhlasan. Sikap tidak jujur akan membinasakan hubungan yang dibina.

Maka lebih baiklah perigi yang cari timba daripada perigi yang membiarkan airnya diambil oleh sapa-sapa sahaja sehinggakan tercemar air dalam perigi tu. Tak kurang juga perigi yang terlampau memilih timba, akhirnya menjadi anak dara tua(andartu).



Kadang-kadang bagus juga perigi cari timba, sebab adat melayu sekarang dah jadi macam nak jual anak perempuan, hantaran macam nak buat bisnes pulak anak mereka. Akibatnya lepas kahwin, SESETENGAHnya bercerai berai sebab tak dapat nak maintain kehidupan rumah tangga yang dipenuhi hutang sana, hutang sini.

Adalah lebih baik, jika hantarannya sederhana, namun suami memberikan wang simpanan buat isteri dalam bank ataupun ASB dan juga membelikan insuran yang terbaik buat keluarga setelah makin berkemampuan dan stable. Jadi kalau jadi apa-apa kat suami, adalah benda yang menjamin anak-anak dan isteri. Ini kalau duit sudah banyak dihabiskan untuk nampakkan persandingan grand n jadi wedding of the year, tapi lepas kahwin makan maggi je no point gak.

Tidak dinafikan kahwin sekali je seumur hidup(kalau yang kahwin sorang je la kan), jadi nak la buat meriah-meriah kan, betul tuh, tapi kene la juga fikirkan plan untuk jangka masa panjang, supaya orang tersayang terjamin. Usah difikirkan megah dunia sampaikan megah di akhirat diabaikan..Anak-anak merana ntah ke mana-mana sahaja.



Memang betul, kadang-kadang dengan buat meriah-meriah tu tanda kita menghargai pasangan kita. Namun, wang atau kemegahan bukanlah hanya satu-satuya cara untuk menunjukkan penghargaan dan cinta.. Hakikat kasih sayang adalah ultimate kepada penghargaan.. ape guna kahwin hantaran berbilion bilon.. tapi jiwa sepi dan kosong lepas kahwin.. masing2 buat hal masing2... anak2 dibiarkan ke tepi.... rumah besar tapi jiwa kosong dan sepi mencari2 identiti yang belum pasti.


Saya tinggalkan pembaca sekalian dengan dua kata-kata hikmah

When God knows you are ready for the responsibility of commitment, He'll reveal the right person under the right circumstances. Wait patiently. Don't waste your time searching and wishing. Grow and be ready, you'll see God will give you a love story far better than you could ever dream of.

Dalam seseebuah hubungan, apa yang penting? menyayangi atau disayangi? Jawapannya mudah, menyayangi itu ialah sayap kanan, dan disayangi itu ialah sayap belah kiri, maka kalau sebelah sayap sahaja, bolehkah kita terbang?

Jadi, fikir-fikirkan dan apa pendapat anda? Kalau rasa berguna, kongsilah, sama-sama meraih manfaat.



41 comments:

akuribena said...

memang tak salah.. tpi malu lah..... ish malu2..

niena witwit said...

utk kekal lmemenyyngi dn d syagi mmg perlu dlm sbuah prhbungan . .

TenangSudey said...

@akuribena : yerps.. tapi skang da jadi trend dah

@tulips : betul tuh.. kene ade give and take

F_H said...

jgn wat hantaran pelik2..
cukup la dgn nikah n majlis makan2 biase..
adat boleh ikut..
tapi jgn menyusahkan..


erkk.. pasai timba cari perigi
or perigi cari timba..
cari la pasangan y baik2 ye..
jgn kerana syg.. ilang semua..
bukak hati n otak..
boleh fikir mane buruk..
tuhan dah bagi akal sempurna

penaberkala said...

tu dia, AABA berbicara soal perigi cari timba
rasanya memang tak salah
paling penting, kena saling menerima dan sayang-menyayangi

Biey said...

apa yang penting...... kesetiaan dan kasih sayang.. [ versi wonderpets ] hihi..

TenangSudey said...

@Line : betul tuh..kene bijak memilih

@penaberkala : kene ade give and take

@biey : ehhehe comel sgt versi wonderpet

Cikgu Dahlia said...

segan nak cari timba sebab masih rasakan diri ini tak cacat serba serbi :D


Alhamdulillah xputus2 berdoa padaNya..
InsyaALLAH, bila sampai masanya, Allah pasti menemukan dengan jodoh kita

Mr Daha said...

Waa.. ayat last skali tu sungguh menarik bro. Sayap kini dan kanan~ masing2 penting. Jangan nak harap sayap kiri or sayap kanan sahaja. Kena la saling bergerak. Saling sayang dan menyanyangi.. :)

azieazah said...

Lumrahnya memang lelaki kena meminang wanita. Teapi secara halus (belakang tabir) boleh jer wanita itu yang meminang lelaki. Asal ada persetujuan dan mengikut landas yang betul.

Jodoh ni harus diusahakan juga, wpun ditentukan oleh NYA.

Perkahwinan bukan utk try atau gamble sebarangan. Kena ada give and take. Moga berkat...

Berkongsi Blog dengan Orang Sebelah: Sebuah Pendapat...

farah said...

another great post abi!
bila baca ur content,yg financial tu, baru terpikir nk wat wedding yg simple je...peh!

melor said...

nak pinang aaba lah :P

TenangSudey said...

@Dahlia : betul tu.. tapi skang macam da jadi trend dan x salah pon.. yg penting kene cara yang penting kene cara yang betul

@Aziezah : betul tu kak azie.. perkahwinan sgtlah penting dan bukan sesuatu yang boleh diambil remeh

@MrDaha : betul tu.. kene ade give and take

@Farah : betul tu.. kene plan untuk jangka masa panjang gak.. takle simply main taram je..


@lolita : hahahaha jom2...

Anonymous said...

Bgs la bro, penuh dgn advice. Tapi apa yg penting kalau nak cari pasangan tu, carilah yg boleh membimbing kita. Bukan sekadar untuk hidup di dunia yg sementara ni je kan, utk hidup di akhirat kelak juga. Insya Allah :) Semoga Allah kurniakan AABA insan yg solehah sebagai isteri. Amin.

Anonymous said...

lelaki penyayang..


aku setuju perempuan melamar lelaki..
tak perlu secara terus.. tapi leh tersirat.. faham2 sendiri jer..

TenangSudey said...

Anonnymous : amiiin...Insya Allah..

faiz said...

btol tu...yg penting beranikan diri...buangkan sifat malu

farhanieza said...

saye suke entry ni~ suke sgt... heee... btul tu.. ape yg pntg sebenarnye keikhlasan..tak kisah la perigi cr timbe.. timbe tergolek dlm perigi ke, thats not it...

btw, visit me back k?

http://holylightfarhaniza.blogspot.com/

mapieceofart said...

skrg medium teknologi bersepah2... boleh je kepada perigi2 nak mencari timba dalam fb ke, twitter ke, blog ke...kalau tak jadi jodoh, berkawan pun xde salahnya, betul tak AaBa? hehe...

masalahnya perempuan ni susah sgt nak make the first move. nak tunggu lelaki mulakan, memang bertahun berkurun lah. eh? oopsie! haha... =D

TenangSudey said...

@Faiz : betul tuh.. malu kene bertempat.. yang penting kene ikut cara yang betul

@farhaniza : terima kasih suke entry ni... will visit u soon...

@mapieceofart : betul tuh.. teknologi banyak.. kalau dah berminat.. ikut cara yang betul... x kisah laki ke perempuan.. dan tak salah perempuan nak cari lelaki.. asalkan caranya betul dan bukannya gedik2..

mapieceofart said...

yes. exactly. asalkan tak menggedik dan tak mengundang rasa menyampah. yeah.

husna nabila said...

biase lah zaman sekarang ni... terdesak, tu yg kne cari.. ahahah!!!
pastu yg hantaran myk2 tu, adat melayu...
huhu.. nth laaa.. mcm2.. kalau berpegang pade syariat ok sje!!..

wanluqman said...

setuju dan kemudahan perlu diadakan membantu perigi memiliki timbanya. Tidak wajar perpisahan pada setiap 15 minit berterusan. Jadilah perigi & timba saling memahami berfungsi kekal abadi ...

drsempoi said...

salam..minx share kata2 hikmah 2 ea..menarik=)

TenangSudey said...

@husna : betul tu.. agamlah cara hidup kita..

@wan luqman : betul2.. yang penting berkekalan hingga ke syurga

@drsempoi : silakan.. :)= sharing is caring

Wan Gerrard said...

hmm bukan perkara baru lagi benda ni, ramai perempuan ngorat lelaki sekarng :P

LIVERPOOL vs Man Utd

IftiMonstaa said...

i like it abi. kalau ada jodoh, semoga tak jadi macam situasi sekarang kan, kawin grand2 lpas tu cerai

myLady said...

ala tak salah perempuan mngorat lelaki...
sekarang lelaki byk pemalu woooo
tapi nak mngurat pun ade cara lah...
jangan lah nampak kegediks kan...
laki rimas woooo...Oops !....

pssst : apa yang penting mencari cinta demiNYA
jgnlah cinta touch and GO je....worthless ok...

SyedGraphix Dot Com said...

hikkk3...perigi cari timba ni mcam x relevan je lagi dalam idup sy. haha... <--pandangan seorang budak2.

kuyam said...

boleh saje,ape slhnya
perigi cari timba ok wut, dr perigi cari karipap.
ok xlawak :D

♥c!k Ann♥ said...

sy sanggup demi bahagia sy...
tapi andai dah penat..
n dier masih dengan ego dier...
so im fine...
mgkin mmg xde jodoh

♥c!k Ann♥ said...

tuan tanah...
im ok...
itu cumer luah raser andai jd seorg perigi...
^_^

pESAwah said...

"When God knows you are ready for the responsibility of commitment, He'll reveal the right person under the right circumstances. Wait patiently. Don't waste your time searching and wishing. Grow and be ready, you'll see God will give you a love story far better than you could ever dream of." like :)

Mysara Ab Rahman said...

rasanya skrg org dh xbrape ksah kot...:p

KNS said...

mengurat pon xreti..apetah lagi nk mencari 'perigi'
sob3.. =p hehe

sarah mohamad said...

terpulang, rasanya tak salah puun. yg penting masing2 kena tahu matlamat untuk berkhawin.

hafizmd said...

Perigi cari timba...mmg tak salah...tapi mungkin sedikit janggal..

Jujur salah satu kunci kebahagiaan rumahtangga..kalau hilang kejujuran...mmg boleh runtuh rumahtangga yg dibina..

Bab2 hantaran tu, mmg tak nafi, dah jadi macam trend pula...kalau degree..ini hantrannya, kalau diploma ini, kalau master ini...hadoilah...manusia oh manusia...selalu merumitkan benda yg mudah..

Unknown said...

farieda? farieha lah.

heksss.

wanacesh said...

suka sgt entry nh,,tp skrg nih perigi cari timba bler awek lari ikut kekasih,,adoi,,nk contoh yang x bole pakai nh,,biler pk blek,,kluarga pun jgnlh mrh sgt dgn depa awek2 nh bler tgh bcinta mmg x mkn saman,,kna slow talk kan,,

watak kaku jadi bintang filem

akubiomed said...

Bukan sesuatu yang aneh kalau ada wanita mencari pucuk muda. Cuma ada yang tidak dapat menerima kalau Rozita Che Wan cari pucuk muda (Sha..tuttt). Kenapa yer?

TenangSudey said...

akubiomed : hahahaha tu no komen... shahir senyap je.. :)=

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...