Sunday, April 10, 2011

PETRONAS Primax 95 Xtra Ganti RON 95



KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Petronas Dagangan Bhd (PDB) melancarkan Primax 95 Xtra, bahan api berinspirasikan teknologi F1, yang akan menggantikan RON 95.

Menurut syaikat itu, bahan api baharu itu akan dijual pada harga terkawal bahan api RON 95 meskipun ia pada prestasi dan kualiti superior.

Primax 95 Xtra dilancarkan bersempena pelancaran tagline jenama baru PDB, "All The Way" oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di sini sabtu malam.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Amir Hamzah Azizan berkata pelancaran Primax 95 Xtra itu menunjukkan kepentingan penambahbaikan dan penyelidikan berterusan kepada barisan produk Primax.

"Kami juga percaya pertumbuhan bukan hanya dari segi angka stesen servis Petronas tetapi juga dalam usaha berterusan menambah baik kualiti bahan api kami," katanya dalam satu kenyataan.

Bahan api baru itu boleh didapati di lebih 950 stesen Petronas di seluruh negara, menggantikan Primax 95.

-- BERNAMA

Ulasan Tenangsudey

Menurut sedikit pembacaan tenangsudey, kelebihan minyak ini ialah dapat meningkatkan pecutan dan lebih menjimatkan.

Harap2 dengan pengenalan formula minyak yang baru ini dapatlah kita merasai teknologi dalam bahan bakar ini dengan kadar yang lebih murah atas kapasiti rakyat Malaysia yang mempunyai syarikat minyak sendiri.

p/s : Dengar cita RON 95 pun nak naik juga.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...