Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, perbelanjaan yang besar diperlukan bagi menampung kos dan perkhidmatan bagi setiap pilihan raya kecil seperti pengangkutan, tempat tinggal, makanan dan minuman.
"Anggaran kos yang digunakan bagi menjalankan pilihan raya kecil ialah antara RM318,000 dan RM1,290,000 bergantung kepada kawasan pilihan raya yang terlibat dalam pilihan raya itu,” katanya.
Permatang Pauh (RM409,000)
Kuala Terengganu (RM325,416)
Bukit Gantang (RM460,971)
Bukit Selambau (RM318,000)
Batang Ai (RM391,700)
Penanti (RM514,600)
Manik Urai (RM548,003)
Permatang Pasir (RM461,367.93)
Bagan Pinang (RM449,485)
Hulu Selangor (RM1.2 juta)
Sibu (RM1 juta)
Batu Sapi (RM1.290 juta)
Galas (RM1.047 juta)
Tenang (RM1.1 juta)
Merlimau (RM755,000)
Kerdau (RM915,000).
Bayangkan, itu baru sahaja kos untuk PILIHANRAYA KECIl. Kalau pilihanraya umum macam mane?
Ok fine. Korang kata buat ape nak amik tahu benda2 ni, pemimpin korup la.. pemimpin bukan pilihan la dan sebagainya.
Malas nak daftar pengundi la. Tanak ambil tahu la. Tapi bayangkan, satu hari nanti jika calon yang memenuhi kehendak dan ciri-ciri pemimpin wujud dan bertanding. Tapi dia kalah hanya kerana tak cukup satu undi. Kita pula nak mengundi dia, tapi kite tak daftar pengundi awal2. Jadi belum layak untuk undi.
So salah siapa waktu tu? Renung-renungkan dan buatlah keputusan yang bijak. Setiap seorang daripada kita ada hak dan kuasa untuk mengubah kerana semua wang yang digunakan adalah WANG KITA. Jangan hanya pandai menghentam tapi tidak tahu untuk membuat pembaharuan.
Konklusinya, siapa2 yang belum daftar untuk mengundi. Bolehla daftar mengundi. Sediakan payung sebelum hujan. :)=
5 comments:
perhhh...byk tul abis duwet rakyat...
Arien : banyak mane dihabiskan bukan soal utama. sejauh mana rakyat dapat manfaat balik itu yang dimusykilkan...
dah nak muntah hijau collect data pilihanraya, and now lagi gila sebab banyak fokus on sarawak je. memang SANGAT banyak belanja dikeluarkan.
zara ada baca juga tentang cadangan ke arah mewujudkan pemerintahan two-party system di Malaysia, maknanya tak perlu lagi negara belanjakan duit rakyat untuk adakan pilihanraya tapi salurkan untuk pembangunan dan pendidikan. lagi bagus. tapi itulah, dgn iklim politik skrg, benda tu almost impossible. hurm...
abi, kalau rajin nanti baca blog en.norizan shariff ni --> http://nobisha.blogspot.com/, dia banyak buat analisis dan selalu dgn awani for discussion. buku dia "Tunggu Apa Lagi?" pun best. try cari file pdf kalau ada. interesting.
=)
folow tenangsudey...
http://lightnglory.blogspot.com/2011/03/aku-tolong-korang-korang-tolong-aku.html
perghh sampai RM11 juta abis?? baik guna untuk pendidikan lagi bagus sebab membangunkan minda anak muda pemimpin masa depan...
Post a Comment