Pelik juga cuaca sekarang ni agak panas. Berikut sedikit informasi dari Berita Harian mengenai fenomena cuaca yang agak panas sekarang.
KUALA LUMPUR: Suhu panas yang melanda Semenanjung Malaysia ketika ini hanya bersifat sementara dan dijangka berakhir dalam masa seminggu lagi, kata Pengarah Pusat Ramalan Cuaca Jabatan Meteorologi Malaysia, Saw Bun Liong.
Beliau berkata, keadaan panas ketika ini sehingga menjangkau suhu 36.2 darjah Celcius adalah disebabkan Ribut Tropika Aere yang dikesan di utara Filipina, meniup angin dari arah Barat Daya ke negara ini.
"Ini menyebabkan kelembapan udara di rantau kita berkurangan dan keadaan ini membawa kepada kurangnya jumlah taburan hujan serta cuaca kering," katanya. Beliau berkata, keadaan panas ketika ini sehingga menjangkau suhu 36.2 darjah Celcius adalah disebabkan Ribut Tropika Aere yang dikesan di utara Filipina, meniup angin dari arah Barat Daya ke negara ini.
Namun, beliau berkata keadaan cuaca yang panas seperti itu adalah normal pada Mei dan ia lebih rendah berbanding suhu yang dicatat pada Mei 1998.
"(Pada 1998) di Chuping (suhunya 38.9°C), Alor Setar (37.5°C), Lubuk Merbau (37.0°C), Melaka (38.0°C), Batu dan Kuala Krai (38.0°C)," katanya.
Saw berkata, keadaan panas yang berterusan akan menyebabkan rumput dan tanah menjadi kering dan menjadikan api mudah marak, seterusnya boleh menyumbang kepada jerubu.
Beliau menasihatkan orang ramai mengelak daripada melakukan pembakaran terbuka dan mengurangkan aktiviti luar yang mendedahkan diri mereka secara terus kepada matahari.
"Orang ramai juga dinasihatkan supaya meminum air dalam kuantiti yang banyak," katanya.
Sementara itu, di beberapa kedai elektrik sekitar bandar raya Kuala Lumpur, jualan penghawa dingin meningkat.
Penolong Pengurus Courts Mammoth Cawangan Cheras, Abdul Rahim Mohammad, berkata dua tiga hari kebelakangan ini, banyak pelanggan yang membeli pendingin hawa.
"Saya tidak dapat memberikan jumlahnya tetapi memang kami ada dapat banyak tempahan daripada pelanggan," katanya.
Syarikat Sen Heng Cawangan Kepong juga mencatat peningkatan penjualan produk itu dalam tempoh seminggu lalu.
"Satu minggu saya rasa purata dalam 12 unit. Semalam sahaja empat hingga lima unit dijual. Sebelum ini tidak seperti sekarang, saya rasa ini adalah disebabkan faktor cuaca sekarang," kata jurujual, Mohd Hairani Abdul Wahab. - BERNAMA

Nasihat Tenangsudey
Banyakan minum air dan kurangkan aktiviti di bawah cuaca yang panas.
Kepada perokok pula, lepas hisap rokok buanglah puntung rokok di tempat yang betul. Dulu waktu-waktu macam ni pernah berlaku kebakaran di sawah padi akibat puntung rokok. Jadi mencegah itu lebih baik. Katakan TAK NAK pada rokok.
13 comments:
penghawa dingin laaaa
bukan pendingin hawa.hahahahaha
ooo sebab ni..baru nak buat audit kat utp ni..tlebih lebih solar radiation ke ape hahahaha
oo patut lah panas. duk umah pon panas gak, selalu sejuk je...
hmmm.. really really hot
betul betull panas giler sekarang ni...
pasang aircond pun still tak rasa apa
as salam..
oo..begitu...
eh? belajar kat utp eh? tadi tengok profile fb masa posting kat sb.
malam2 pun terasa bahang lagi
betul la, panas sangat2. adehaiii
UTP makin panas..wuwuwuwu
hahah pendingin hawa.... adoiyai abang ni... ado2 yo lah..
but now really hot..
sume ni dugaan~ tabah la menghadapinye...
Salam Abi, need your kind thoughts to blog about the acid splasher.So far,22 victims(including 10-year old girl; if im not mistaken)have been reported. So worried.
Post a Comment