Wednesday, January 5, 2011

Karam Singh Walia Beri Penjelasan Isu Hina Melayu

 

Maka tidak adilllah kalau tenangsudey tidak menyiarkan penjelasan Karam Singh Walia, berikutan isu yang dikatakan Karam Singh Walia Menghina Melayu. Tenangsudey ada postkan video dan ulasan mengenai isu itu dan boleh rujuk di sini. Berikut penjelasan Karam Singh Walia dalam Akhbar Kosmo 

Entry Berkaitan dengan isu ini, boleh click :

1. Karam Singh Walia Hina Melayu Atau Melayu Hina Melayu?

2. Asal-usul Melayu

 

Karam Singh buat penjelasan


Menceritakan semula insiden itu, Karam berkata, dia pada mulanya menegur sikap sekumpulan remaja yang meletakkan motosikal dengan sesuka hati di hadapan sebuah restoran India Muslim.

"Saya marah mereka dan mengatakan 'letak motosikal tidak pakai otak, bodoh punya orang'. Saya ulangi perkataan yang sama selepas duduk di dalam restoran sambil memesan makanan," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Karam berkata, tidak lama kemudian salah seorang penunggang motosikal terbabit telah menuduhnya menghina orang Melayu menyebabkan kira-kira 20 orang lelaki lain mengepungnya.

Apabila merasakan keselamatannya terancam, dia lantas meminta maaf kerana tidak mahu meneruskan perbalahan dan cuba meredakan keadaan.

"Ketika itu saya malu dan tertekan kerana bersama saya ialah anak saudara yang baru pulang dari England dan saya bimbang dia dicederakan. Sebab itu saya memohon maaf kepada kumpulan itu," jelasnya.


Ulasan Tenangsudey
Orang da minta maaf elok2, janganlah melampau-lampau. Tunjukkan ketinggiah budi pekerti sebagai seorang melayu. Ketahuilah sendiri daripada mana kite berasal dan asal usul Melayu supaya kita lebih menghargai setiap apa yang ada pada kita. Melayu it bukan puak pelampau. Renung-renungkan dan selamat beramal.


Akhir kata,
Jangan meludah ke langit, kelak terkene muka sendiri.

Monday, January 3, 2011

Karam Singh Hina Melayu Atau Melayu Hina Melayu?

Menurut sebuah video di Youtube, Karam Singh Walia dikatakan telah menghina bangsa Melayu kerana mengatakan mereka tidak berasal dari Malaysia dan tidak berasal daripada Indonesia. Di dalam pemikiran kita semestinya rata-rata akan memikirkan masyarakat Melayu berasal daripada keturunan Melayu Parameswara. Namun hakikatnya masyarakat Melayu di Malaysia ini cukup besar. Boleh rujuk Asal-usul Bangsa Melayu





Sememangnya, Karam Singh Walia bersalah dalam video di atas kerana menafikan kewujudan dan kehadiran Bangsa Melayu di Malaysia. Namun sikap dan layanan yang diberikan oleh golongan pemuda atau pun belia terhadap beliau langsung tidak mencerminkan ketinggian budi pekerti seorang Bangsa Melayu.

Ada ke patut, mamat Melayu tu suruh Karam Singh Walia belanja satu kedai untuk selesaikan isu tu. Murahnya maruah melayu? sekadar teh tarik dan roti canai or nasi kandar je ke? Itu semua tak lebih daripada budaya pelampau.


Sepatutnya, sebagai seorang Melayu yang kononnya mengetahui asal-usul bangsa sendiri, kita harus membuktikan yang Bangsa Melayu itu wujud. Namun, dalam video ini, kite tidak nampak nilai-nilai baik dalam Bangsa Melayu ditunjukkan oleh kita, nilai-nilai yang ada dalam video ini lebih kepada nilai Gangster dan Mengugut.


Kalau berbicara pasal nilai Islam pula, Islam mengajak untuk kita berbincang dan bersederhana, ketahui dahulu kenapa Karam Singh kata macam tuh dan kalau beliau salah perbetulkan melalui perbincangan ilmiah. Walaupun beliau hebat dalam isu-isu alam sekitar, tak mustahil beliau sedikit lemah dalam isu-isu sejarah kerana beliau juga manusia yang akan melakukan kesilapan juga.


Jangan nak marah-marah sangatlah, kita ini tahu ke sebenar-benarnya asal-usul kita? Kalau cari kat Google, taip perkataan Melayu. Korang boleh tengok apa cariaan yang berkaitan dengan Melayu


 Inikah Melayu yang nak dibanggakan? Sekurang-kurangnya tunjukkanlah nilai-nilai pekerti orang Melayu dan lebih-lebih lagi yang beragama Islam. Nabi tak pernah ajar melampau macam tu. Itu semua budaya pelampau yang akan merosakkan bangsa dan agama.


Terbakar Kampung Nampak Asap,
Terbakar Hati Siapa Yang Tahu.


Malah, Karam Singh sendiri lebih banyak menggunakan Peribahasa dan pantun Melayu. Kita yang Melayu, peribahasa dan pantun pun lemah duk nak marah2 bile orang salah kata macam tuh. Kita kene cermin diri kita, sejauh manakah kita menghayati nilai bangsa kita dan pegangan bangsa kita sebelum kita pandai-pandai nak jadi pejuang.


Walau apa pun, Karam Singh sendiri dalam video itu telah mengaku kesilapan beliau dan meminta maaf kepada semua bangsa melayu atas kesilapan beliau. Justeru, isu ini tidak wajar untuk dipolitikkan mahu pun diperhangatkan untuk dijadikan bahan perbalahan kaum.


Akhir kalam, Takkan Melayu Hilang Dunia.

Updated : Karam Singh Walia Beri Penjelasan Isu Hina Melayu

Asal-usul Melayu Dari Mana Kita Datang


Dalam membicarakan pasal Melayu ni, kita kena faham yang Bangsa Melayu dan Kumpulan Etnik Melayu adalah dua benda yang berlainan. Bangsa Melayu merujuk kepada masyarakat Melayu di Malaysia. Manakala Kumpulan Etnik Melayu merujuk kepada masyarakat Melayu secara khusus kepada Semenanjung Malaysia dan Kepulauan Sumatera.


Asal Usul Bangsa Melayu


Menurut beberapa sumber, dikatakan Melayu itu berasal daripada Melayu Proto dan Deutero. Berdasarkan catatan oleh Neil Joseph Ryan (1976). A History of Malaysia and Singapore, yang dikatakan sebagai Melayu Proto ialah Melayu Asli ataupun Melayu Purba yang berhijrah daripada Tanah Besar Asia atau Yunnan ke Semenanjung Malaysia dan Kepulauan Melayu pada sekitar tahun 2500 sebelum masihi. Mereka dikatakan mempunyai kemahiran dalam bidang pertanian.


Manakala Melayu Deutero pula, menurut Alan Collins (2003). Security and Southeast Asia: domestic, regional, and global issues, Singapore: Institute of Southeast Asian Studies, Orang Melayu terdahulu telah kemudian diganti oleh Melayu Deutero dalam gelombang kedua penghijrahan dari tanah besar Asia di sekitar 300 Sebelum Masihi. 

Jikalau kita ingin berkata mengenai asal-usul orang Melayu, ia cukup luas kerana wujudnya pelbagai jenis bangsa Melayu di Malaysia berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Pusat Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia yang dimulakan sejak Januari 2006 bertajuk Menjejak Asal-usul Melayu di Semenanjung Malaysia.

Kajian mereka mendapati wujudnya kepelbagaian corak DNA yang terdapat dalam Masyarakat Melayu moden hari ini yang mungkin berlaku kerana percampuran dengan orang Arab, Cina, India dan Thai. Ini menyokong fakta sejarah yang pernah menyebut Kerajaan Melayu Melaka satu ketika dulu adalah kerajaan yang gemilang dan kedatangan pedagang dari China, India dan Arab menyebabkan berlakunya perkahwinan campur.


Dikatakan terdapat 14 sub etnik Melayu yang mendiami Semenanjung iaitu:
i . Melayu Kelantan (Melayu yang masih asli) di Kelantan
ii. Melayu Yunan di Terengganu
iii. Melayu Minang di Negeri Sembilan
iv. Melayu Aceh di Perak
v. Melayu Mandailing di Perak
vi. Melayu Rawa di Perak
vii. Melayu Riau di Johor
viii. Melayu Bugis di Johor
ix. Melayu Kerinci di Selangor
x. Melayu Champa di Perak, Kedah dan Kelantan
xi. Melayu Jawa di Johor dan Selangor
xii. Melayu Jambi di Johor, Selangor dan Perak
xiii. Melayu Batak di Perak dan Pulau Pinang
xiv. Melayu Banjar di Johor, Selangor dan Perak

Hasil awal yang diperolehi mencadangkan suku Melayu Kelantan adalah suku Melayu yang masih tulen. Ini kerana Melayu Kelantan masih memelihara keturunan mereka tanpa banyak berlaku perkahwinan campur. Selain itu, suku Melayu Kelantan juga dikatakan suku pertama yang membuat petempatan di Semenanjung.



Budaya melayu juga dikatakan ada persamaan dengan suku Naga yang menetap di perbatasan Myanmar/India. Malah melalui ujian DNA, dikatakan ada satu penanda di dalamnya yang hanya biasa ditemukan dalam populasi di India.

Jadi walau daripada mana pun kita datang, sebenarnya kita adalah penghuni kepulauan Melayu sebelum kehadiran bangsa-bangsa lain seperti Cina dan India. Malahan masyarakat asli Sabah dan Sarawak juga penduduk lebih awal daripada Cina dan India dan merupakan masyarakat utama seperti melayu dan termakub dalam perlembagaan. Namun, pengaruh Cina dan India serta agama Budha dan Hindu dalam masyarakat Melayu tidak dinafikan.



Justeru, sebagai Orang Islam, kita perlu pandai membezakan adat melayu dan budaya melayu dengan tuntutan agama, supaya yang menjadi suruhan Allah kita laksanakan dan yang ditegah kita jauhi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...