Saturday, January 22, 2011

Koleksi Baru Soalan Lawak #tanyanajib

Baru-baru ini, YAB Dato' Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak ada memberi peluang kepada rakyat Malaysia bertanyakan soalan di twitter kepada beliau. Dengan menggunakan hash tag #tanyanajib, berikut adalah soalan-soalan yang agak lawak.

Mengejutkan lagi, ada soalan-soalan lawak ini dijawab oleh YAB Dato' Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, memang TenangSudey habis. Boleh tengok kat sini . Soalan-soalan di bawah ini adalah soalan-soalan yang masih ditanyakan oleh rakyat Malaysia walaupun selepas tamat waktu bertanyakan soalan. Jom layan..


Saturday, January 8, 2011

[Lawak]Kereta Toyota Mampu Dimiliki Semua

Kalau cerita pasal kereta Toyota ni, memang kereta dia nice ah. Tapi x semua orang mampu miliki kan. Tapi lain plak halnya dengan kereta kat bawah nih. Gabungan Motosikal dan sedikit ubah suai dah jadi macam kereta. Jom layan.. tenangsudey...

Tak caye? haaa tengok tu ada lambang toyota kot.. hehe
 Kete ni x pakai stereng.. pakai handle je.. hehe untuk senang handling.. kah4

 Hehe.. gear pakai tekan kat kaki je(memang la.. name pon motor) haha
Tapi ni mahal skali.. plat 2222 tu.. hehe

Oklah.. sekadar bahan untuk ceriakan hari-hari kita, tenangsudey. Jadi kalau nak kereta best2 tuh.. Mulakan impian dan azam daripada sekarang dan teruskan berusaha. Satu hari nanti, dapatlah, yang penting usaha dahulu.

Friday, December 17, 2010

Kenapa Saya Makan Dengan Tangan?

Duduk di rumah waktu2 cuti semester nih memang la kijenya makan n makan.. haha... cerita pasal makan plak ni.. ada orang makan pakai tangan, sudu garfu dan ada juga makan pakai chopstick. ikut style masing2.




Tapi apa yang saya nak share arini ialah bende yang aku bace dan aku rase agak menarik.. Kenapa saya makan pakai tangan?


PERTAMA
Saya yakin tangan saya lebih bersih daripada sudu dan garfu. Memang la kan.. sebab saya sendiri yang membasuh tangan saya. Tapi kalau sudu dar garfu tatau lagi kan orang bersih sudu or garfu tu basuh cuci2 ke tak.. ntah2 sabun pencuci pon belum dibilas dengan betul.. haha kene2 pulak anak sedara umur 5 tahun yang terbasuh sudu or garfu tuh.. mahu x cuci sudu dan garfu tuh.. haaha


KEDUA
Saya yakin tangan saya lebih bersih kerana hanya saya sorang je pakai tangan saya untuk makan. haha ke korang ada share tangan korang dengan org lain makan(makan silang tangan ngan awek/isteri tu lain cite ah). Tapi kalau sudu dan garfu dah berapa orang ntah da pakai sudu dan garfu tuh. haha ntah2 ada yang pakai tu dia x gosok gigi... waaaaaaaa bahayanya...


KETIGA
Tangan saya tak pernah jatuh dalam longkang atau pun singki yang penuh dengan sisa makanan, tong sampah ke. Jadi saya yakin tangan saya lebih bersih daripada sudu yang mungkin juga pernah jatuh dalam longkang tapi kita je tatau kan...


Begitulah antara 3 sebab yang pernag Tengku Kudin gunakan semasa makan dengan orang putih. Dipetik dari buku "The Chersonese with the Gilding Off, Volume 2"






Lain orang, lain cara pemakanannya.  Moral daripada pembacaan hari ni, walau apa pun cara kita makan, kita tak perlu jadikan perbezaan tu sebagai satu penghinaan. Tapi jadikan perbezaan tu sebagai satu keunikan yang perlu kita kaji dan kita fahami.


Details Buku Asal
The Chersonese with the Gilding Off, Volume 2
~ Emily Innes (Author)
Paperback: 258 pages
Publisher: Nabu Press (January 10, 2010)
Language: English
ISBN-10: 1141711435
ISBN-13: 978-1141711437
Product Dimensions: 9.7 x 7.4 x 0.5 inches
Estimate Price in RM: 107.00

Thursday, December 16, 2010

Berpolitik biarlah bertempat

Assalamualaikum dan salam sejahtera....


Post kali ni aku rase macam agak tak tahan nak gelak sebab benda ni berlaku di Pasar Kedai Payang, Kuala Terengganu pagi tadi. Tak dinafikan la politik ni penting, tapi kan biarlah bertempat dan secara bijaksana.


Alkisahnya... pagi tadi kat tempat orang jual ikan tu, ada la seorang pembeli ikan nih, lepas beli ikan nih beg plastik berwarna hijau yang diberikan agak kecil berbanding muatan ikan yang ingin diisi. Lalu pembeli ini bertanyakan, boleh x bagi plastik biru yang besar sikit nampaknya dari plastik ijau nih....


Tup2 tup2... penjual tu terdiam n berkata.... saya kan dengar warna biru pun da nak naik benci.... rasenya kali ni BN x menang dah la... benci betul saya... habistu mak cik nak jugak ke plastik biru nih? hahahaha dalam hati aku, mestilah mak cik tu nak, dah dia nak isi ikan tuh.. bukan dia nak buat plastik berpolitik kat umah dia... adoyai.... hahaah



Tapi.. kalau dikaji balik... dah kalau la bebenor tak suke biru.. nape la pergi beli jugak plastik warna biru.. beli la sume plastik kaler ijau je.. dan tu ko pegi beli plastik biru then nak kecoh2 plak.. ape la punye pemikiran.. tenang sudey... x salah nak berpolitik.. tapi biarlah bijak sikit.. jangan la sampai bende2 kecil pon nak politikkan sampai dunia jadi bosan giler.....




Bawah ni plak lain plak halnya.... kisah hanya logo Barisan Nasional ada kat payung kes bunuh... Langsung Utusan pegi padam logo barisan nasional tuh... adoyai.... takkan la bende camtuh pon nak politikkan? Janganla tunjuk sangat sikap ekstremis dan bias kita... nanti kalau org kata... kita plak meronta tak tentu hala.... papehal.... tenang sudey...  


GAMBAR BAWAH DARI UTUSAN MALAYSIA


Sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1110&pub=utusan_malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm&arc=hive


GAMBAR BAWAH DARI BERITA HARIAN


Sumber : http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/BeritaUtama/20091109233752/Article/

GAMBAR BAWAH DARI THE STAR



Sumber : http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/11/10/nation/5079542&sec=nation
  
By the way, walau apa pun kita buat... biarlah berpada pada... too much on something pon x elok jugak... kene bersederhana.... tak ke gitu Islam ajar kita? renung2kan dan selamat beramal....

Saturday, November 1, 2008

Oh Saalim...

SALIM YG KEBUDAK-BUDAKAN

Jam sudahpun menunjukkan pukul tujuh
pagi. Salim masih lagi berdengkur.
Ibunya pun segera mengejutkannya untuk
ke sekolah.

Ibu: Salim...Salim...bangun nak, pergi
sekolah, nanti kamu terlambat.

Salim: Alah mak... Salim tidak mahu
pergi ke sekolah!

Ibu: Apa, tidak mahu pergi sekolah?!
Baik... Salim berikan emak dua sebab
mengapa Salim tidak mahu ke sekolah.

Salim: Semua murid-murid tidak suka
Salim. Guru-guru di sekolah pun tidak
suka pada Salim!

Ibu: Itu bukan alasan bagi Salim untuk
tidak ke sekolah. Cepat, bangun sekarang!

Salim: Baiklah, sekarang emak pula
berikan Salim dua sebab mengapa Salim
mesti pergi ke sekolah.

Ibu: Eh...eh...bertuah punya anak! Salim
dengar baik-baik, pertama Salim sudah
berusia empat puluh tahun. Kedua Salim
PENGETUA SEKOLAH!!!

-Hampeh punye salim. da tua2 pon pemalas =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...