Duduk di rumah waktu2 cuti semester nih memang la kijenya makan n makan.. haha... cerita pasal makan plak ni.. ada orang makan pakai tangan, sudu garfu dan ada juga makan pakai chopstick. ikut style masing2.
Tapi apa yang saya nak share arini ialah bende yang aku bace dan aku rase agak menarik.. Kenapa saya makan pakai tangan?
PERTAMA
Saya yakin tangan saya lebih bersih daripada sudu dan garfu. Memang la kan.. sebab saya sendiri yang membasuh tangan saya. Tapi kalau sudu dar garfu tatau lagi kan orang bersih sudu or garfu tu basuh cuci2 ke tak.. ntah2 sabun pencuci pon belum dibilas dengan betul.. haha kene2 pulak anak sedara umur 5 tahun yang terbasuh sudu or garfu tuh.. mahu x cuci sudu dan garfu tuh.. haaha
KEDUA
Saya yakin tangan saya lebih bersih kerana hanya saya sorang je pakai tangan saya untuk makan. haha ke korang ada share tangan korang dengan org lain makan(makan silang tangan ngan awek/isteri tu lain cite ah). Tapi kalau sudu dan garfu dah berapa orang ntah da pakai sudu dan garfu tuh. haha ntah2 ada yang pakai tu dia x gosok gigi... waaaaaaaa bahayanya...
KETIGA
Tangan saya tak pernah jatuh dalam longkang atau pun singki yang penuh dengan sisa makanan, tong sampah ke. Jadi saya yakin tangan saya lebih bersih daripada sudu yang mungkin juga pernah jatuh dalam longkang tapi kita je tatau kan...
Begitulah antara 3 sebab yang pernag Tengku Kudin gunakan semasa makan dengan orang putih. Dipetik dari buku "The Chersonese with the Gilding Off, Volume 2"
Lain orang, lain cara pemakanannya. Moral daripada pembacaan hari ni, walau apa pun cara kita makan, kita tak perlu jadikan perbezaan tu sebagai satu penghinaan. Tapi jadikan perbezaan tu sebagai satu keunikan yang perlu kita kaji dan kita fahami.
Details Buku Asal
The Chersonese with the Gilding Off, Volume 2
~ Emily Innes (Author)
Paperback: 258 pages
Publisher: Nabu Press (January 10, 2010)
Language: English
ISBN-10: 1141711435
ISBN-13: 978-1141711437
Product Dimensions: 9.7 x 7.4 x 0.5 inches
Estimate Price in RM: 107.00