Sunday, June 12, 2011

[Video] Gol Kelantan dan Terengganu Juara Piala FA

 
KUALA LUMPUR: Terengganu menjuarai Piala FA selepas menewaskan Kelantan 2-1 pada final di Stadium Nasional, Bukit Jalil sebentar tadi.

Gol kemenangan Terengganu dijaringkan Ahmad Nordin Alias pada minit ke-109 selepas permainan berlarutan dalam masa tambahan. 

Perlawanan sebelum itu terikat 1-1 dengan Kelantan mendahului menerusi gol Mohd Nurul Azwan Roya pada minit ke-79 sebelum gol sendiri oleh Mohd Daudsu Jamaluddin pada masa kecederaan membolehkan Terengganu menyamakan kedudukan. 


Gol Pertama Kelantan 1 0 Terengganu





Gol Pertama Terengganu 1 1 Kelantan

VErsi loading cepat sikit


Goal Kedua Terengganu 2 1 Kelantan



Apa yang menariknya di sini, satu tamparan yang hebat buat penyokong Kelantan yang bermain mercun yang mengakibatkan perlawanan tertangguh selama 4 minit. Akibat dari penangguhan masa ini, Terengganu mendapat peluang keemasan pada minit ke 98 bagi menjaringkan gol penyamaan.

Walaupun masa kecederaan sudah ditambah dan telah berakhir, tapi tanpa tiupan wisel penamat oleh pengadil, perlawanan masih boleh diteruskan. Itulah nilainya 2 saat, iaitu masa bagi membezakan tiupan akhir wisel penamat oleh pengadil dan tandanya pengakhiran sebuah perlawanan. Namun dalam 2 saat terakhir inilah Terengganu mendapat gol penyamaan hasil gol sendiri oleh Daudsu.

Lebih menarik, Tuan Guru Nik Aziz telah memberikan cuti sehari buat Kelantan dan ini sangatlah berguna buat penyokong kelantan yang datang dari segenap pelusuk kelantan dan Malaysia bagi menyokong pasukan kelantan. 

Walaupun berlakunya insiden mercun tu, namun penyokong kelantan tampak bergaya dan makin matang kerana dapat menerima kekalahan sebagai adat dalam perlawanan. Syabas dan tahniah buat kalian.
Tahniah dan ucapan penghargaan tak terhingga buat Pasukan Terengganu, Peteh Terengganu Peteh

Tuesday, January 4, 2011

Suka Duka Piala AFF Suzuki 2010

Tahniah buat Malaysia kerana berjaya menjulang Piala AFF Suzuki 2010. Kesinambungan daripada post Harimau Muda Naik Kereta Kebal ke Stadium. Encik Tenangsudey rumuskan beberapa info yang perlu kita ketahui.

Tahukah anda Malaysia memenangi Piala AFF Suzuki 2010 dengan aggregat 4 2 kepada Indonesia.
Tahukah anda pasukan Harimau Malaya di bawa ke Stadium Gelora Bung Karno dengan menaiki kereta perisai atau kereta kebal Baracuda. Tahukah anda pertama kali di dunia pemain bola sepak pergi ke stadium dengan menaiki kereta perisai atau kereta kebal.
Bersiap sedia menaiki perisai menuju ke Stadium Gelora Bung Karno
Keadaan dalam kereta perisai

Tahukah anda laser menjadi bahan bualan hangat sepanjang perlawanan bola sepak final AFF suzuki 2010, samada di Bukit Jalil mahupun di Gelora Bung Karno.


Sharbinee Allawee dilaser ketika Indonesia menang 5 1 kepada Malaysia
 Markus dilaser ketika di Bukit Jalil
Tahukah anda Khairul Fahmi menggunakan mata yang dilaser ini untuk menyelamatkan sepakan penalti daripada Firman Utina
Jadi selesai isu laser, dua2 main laser. Malah kalau nak diperbesarkan kita menang kot 2 1 dalam isu laser ni. Sharbinee dan Khairul Fahmi kene laser. Indonesia 1 je kene laser Markus je. Jangan bangkitkan lagi, jangan jadikan bahan perbalahan negara pula. Main laser tu tetap salah walau macam manapun. Matlamat tak menghalalkan cara.

Tahukah anda Norshahrul Idlan Talaha melangsungkan perkahwinannya dengan Siti Aisya Adam di Kota Bharu, Kelantan, 25 Dis 2010. Perlawanan akhir AFF Suzuki 2010 26 Dis 2010. 
 Norshahrul Idlan Talaha bersanding dengan Siti Aisya Adam


Tahukah apa terjadi pada Mahali?
Special Effect kat mata kanan Mahali sumbangan Oktovianus Maniani



Tahukah anda makanan yang mempunyai nama yang menarik di sekitar Stadium Gelora Bung Karno?
Nasi Gila
 Tahukah anda, Kerajaan Kelantan menghadiahkan Khairul Fahmi Che Mat, sebuah rumah sebagai hadiah dan tanda penghargaan? Namun bentuk rumah belum dijelaskan bagaimana.
Khairul Fahmi Che Mat bersalaman dengan Tok Guru Nik Aziz
Tahukah anda, kerajaan Terengganu, akan menghadiahkan tanah lot dan wang RM5000 kepada 6 orang pemain negeri itu yang telah mengharumkan nama negara. Pemain-pemain yang berasal dari Terengganu adalah Mohamad Ashaari Shamsuddin, Sharbinee Allawee, Nor Shahrul Idlan Thalaha, Muslim Ahmad, Izzaq Faris Ramlan dan Mohd Faizal Muhammad. 6 orang kesemuanya.

Tahukah anda website FAM telah 'dideface' oleh golongan yang tidak dapat menerima kekalahan dan adat perlawanan menang kalah?



Tahukah anda yang wujudnya muka belakang akhbar seperti di bawah. Ia bukan berita benar, tapi tak mustahil akan terjadi satu hari nanti. Tenangsudey... hehe

Sumber-sumber gambar : Harimau muda, Facebook Page 1,000,000 People Agree Ben Williams is Referee from hell (AUSTRALIAN), Utusan/ROSNI MASRI



Harimau Muda Naik Kereta Kebal Ke Stadium

 Encik Tenangsudey berasa sangat tertarik dengan berita yang disiarkan oleh Berita Harian mengenai perjalanan Harimau Muda di Indonesia sebelum mereka menjulang kejuaraan Piala AFF Suzuki 2010. Jadi sama-samalah kita kongsi sebuah perjalanan yang cukup bermotivasi lagi bervisi.

 'Kami diludah'
Oleh Mohd Azis Ngah
azis@bharian.com.my
2011/01/02

PENGURUS pasukan bola sepak Malaysia,  Datuk Subahan Kamal (kiri) dan jurulatih pasukan bola sepak Malaysia, K Rajagobal.
PENGURUS pasukan bola sepak Malaysia, Datuk Subahan Kamal (kiri) dan jurulatih pasukan bola sepak Malaysia, K Rajagobal.

Layanan buruk terhadap skuad Harimau Malaya bakar semangat

KUALA LUMPUR: "Kami diludah, dimaki hamun, digelar anjing, dipukul dan dibaling objek keras dan dilayan buruk tetapi itu sebenarnya yang membakar semangat pemain negara untuk menang dan mencipta sejarah negara," kata Datuk Subahan Kamal.

Pengurus pasukan bola sepak Malaysia itu berkata, pemain negara terpaksa diberikan motivasi berterusan setiap hari untuk menangani tekanan itu dan sentiasa diingatkan supaya berpegang pada prinsip 'biar muntah darah, kita akan bawa pulang piala ini'. 

"Sepatutnya kita dapat peluang untuk latihan akhir di Stadium Gelora Bung Karno, tetapi dibatalkan atas alasan keselamatan"
K Rajagobal
Jurulatih pasukan bola sepak Malaysia
 
Ketika mendedahkan tekanan dan formula kejayaan negara merangkul Piala Suzuki AFF buat julung kalinya, Subahan berkata, semua tindakan provokasi itu sebenarnya ‘terkena ke muka sendiri’ pasukan lawan.

“Banyak sejarah berlaku. Kita bawa pulang piala selepas 14 tahun, kita catat sejarah naik kereta perisai Baracuda ke stadium, umpama ke medan perang. Belum pernah dalam sejarah bola sepak dunia pasukan bola sepak naik kereta perisai.

“Bayangkan betapa panasnya berada di dalam Baracuda selama setengah jam sebab kenderaan perang tidak ada penghawa dingin. Itu semua dugaan yang menguatkan lagi semangat pemain untuk buktikan bahawa kita boleh menjadi juara walaupun menghadapi pelbagai tekanan,” katanya.

Tidak cukup dengan layanan teruk, Ketua Jurulatih, K Rajagobal sendiri diludah peminat Indonesia ketika keluar dari hotel penginapan bahkan, Subahan turut dipukul di kepalanya manakala pegawai perubatan dibaling objek keras ketika sesi latihan.
Rajagobal sendiri mengakui terkejut apabila dimaklumkan pasukan negara akan menaiki Baracuda kerana cuma dimaklumkan beberapa minit sebelum berlepas ke stadium.

“Saya langsung tidak menyangka sehingga ke tahap itu dan cuma dimaklumkan apabila turun ke lobi hotel dan berkumpul di sana. Kita anggap Baracuda itu macam burung Garuda. Saya sendiri tak pernah naik kereta perisai, ini pengalaman baru.

“Mungkin masa kecil dulu ibu saya pernah belikan kereta perisai mainan, tetapi sekarang sudah ada peluang dan pengalaman sendiri bagaimana rasanya duduk di dalam Baracuda,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai tekanan ke atas pasukan negara, Subahan berkata, semua masalah itu bermula sebaik saja pasukan negara tiba di Jakarta apabila bas pasukan langsung tidak diiringi polis pengiring sepanjang perjalanan ke hotel.

Situasi itu jauh berbeza ketika pasukan Garuda itu tiba di Malaysia di mana mereka diiringi polis dan menginap di hotel lima bintang di Seri Kembangan pada perlawanan akhir pertama di Bukit Jalil.

“Sepatutnya kita dapat peluang untuk latihan akhir di stadium Gelora Bung Karno, tetapi dibatalkan atas alasan keselamatan. Mereka bawa ke tempat lain dan ketika dalam perjalanan, saya dimaklumkan tempat itu jauhnya dua jam perjalanan.

“Saya terus batalkan latihan di sana dan arah bas berpatah balik ke hotel dan kami buat latihan ringan di tepi kolam renang.

“Itupun masih berisiko kerana kawalan keselamatan sangat teruk. Mereka biarkan penyokong Indonesia bebas keluar masuk hotel dan menghampiri tempat latihan,” katanya.

Apa yang paling menyentuh hatinya ialah kesungguhan, keikhlasan pemain untuk menaikkan nama negara melalui beberapa sesi dialog yang diadakan bertujuan memberi peluang kepada pemain meluahkan perasaan dan tekanan.

Setiap kali sesi dialog, pemain akan diberikan motivasi berterusan supaya melupakan segala ancaman dan provokasi yang bertujuan melemahkan semangat pemain.

“Ada pemain yang menangis kerana kecewa kita kalah 1-5 dalam perlawanan pertama menentang Indonesia. Rasa kecewa itulah yang membakar semangat mereka, apatah lagi Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah juga hadir dalam sesi dialog bersama pemain.

“Sebenarnya kami yakin bergelar juara apabila menang ke atas juara bertahan Vietnam kerana itulah pencabar paling kuat. Indonesia tidak sekuat Vietnam, sebab itu kita yakin boleh menang. Cuma perlu ikut percaturan dan kuatkan mental pemain,” katanya.

Secara peribadi, Subahan menganggap kemenangan 3-0 dalam perlawanan akhir pertama di Bukit Jalil pada 26 Disember lalu yang jatuh pada tarikh hari lahirnya sebagai hadiah paling berharga dan kenangan paling manis.

Katanya, ikatan persaudaraan berlandaskan semangat kekeluargaan Malaysia Boleh adalah antara faktor penentu kejayaan pasukan.

“Pemain datang dari pelbagai latar belakang berbeza, tetapi boleh hidup bersama. Itulah konsep 1Malaysia, mereka mencontohi bagaimana barisan jurulatih dibentuk dan bekerjasama berteraskan konsep satu keluarga.

“Gabungan Rajagobal, Tan Cheng Hoe (penolong jurulatih) dan Mohd Faozi Mukhlas (jurulatih penjaga gol) itu melambangkan 1Malaysia. Ditambah pula sokongan padu Tengku Abdullah (Timbalan Presiden FAM) yang kerap datang ke tempat latihan dan hadir semua perlawanan hingga pada peringkat akhir,” katanya

 
Ulasan Tenangsudey
Tiada kejayaan yang ditempuh, tanpa pengorbanan. Tiada kejayaan tanpa dilalui oleh kesusahan. Setiap kejayaan dicipta oleh insan-insan yang cemerlang dan ingatlah, Orang yang cemerlang memberikan hasil dan orang yang gagal itu memberikan alasan. Renung-renungkan dan selamat beramal.

Friday, December 31, 2010

Kenapa Mesti Rosakkan Hubungan Khairul Fahmi Che Mat

Encik Tenangsudey berasa terkilan dengan sikap segelintir wanita(maaf ye.. tapi segelintir je.. yang lain sume  bagus2.. tip top). Apabila yang dikejar tak dapat, mulalah perasaan benci ditanam untuk jadi pohon-pohon yang membuahkan buah beracun lagi berduri. Lihatlah di sini, hanya disebabkan Khairul Fahmi Che Mat sudah berpunya, ada yang kata meluat la pulak dengan awek dia yang banyak2 bercerita dan bergebang dalam blog beliau. Boleh refer post sebelum ni pasal Khairul Fahmi ada awek dan awek dia ade blog.



Ya Allah sampai buat page kat facebook, perlu ke? Sekarang ni cik adis manis kene fikir dulu, Cik Elia tuh blogging sekadar untuk share pengalaman dia dan juga untuk pendedahan background apek tuh. Ya la, maybe adala juga yang tidak perlu diceritakan terlampau detail untuk tujuan privacy. Namun hakikatnya, tu blog dia, kalau tak suke jangan baca, dah baca tak suka diam2 sudey, takpon komen la or emailkan bagi nasihat or suggestion. Tak perlu kot nak rosakkan hubungan orang dengan wat page kat facebook ni. Bukan memperbaiki keadaan, wat keruh lagi adala. 

Lagipun dengan blog Cik Elia tu, peminat Encik Apek boleh mengenali Encik Apek dengan lebih mendalam dan perkembangan semasa Encik Apek. Cik Elia da berblogging sejak 2009 lagi. Jadi tak timbul dia nak cari publisiti(mungkin adala sikit) tapi pokok asalnya tentunya beliau berbangga dengan memiliki seorang lelaki idaman Malaya. Mana la dia tahu blog dia akan dihujani peminat apek, beliau sekadar menulis untuk sebuah perkongsian je. Bawah ni ada komen2 yang encik tenangsudey baca pun nak meluat dengan peminat apek yang meluat nih. Nora Danish tenangsudey je.. dia plak lebih2.


 
Encik Tenangsudey berasa agak seronok membaca blog http://jejariruncing.blogspot.com/ milik awek Khairul fahmi Che Mat. Apa yang paling menarik, Cik Elia ada menceritakan Khairul Fahmi menjadi imam dalam solat mereka sekeluarga setibanya Khairul Fahmi dari mengerjakan umrah. Benda ni bagus untuk menjadi contoh teladan kepada lelaki2 untuk berusaha menjadi Imam dalam solat lebih2 nanti kalau da berkeluarga kerana solat itu tiang agama. Jika elok agamanya, maka eloklah akhlaknya.




Ini la hakikat dalam kehidupan, bila orang glamour dan diminati, macam2 la dugaan dan cabaran datang. Tapi, walau di mana kita berada, jangan lupa untuk bersyukur dengan kurniaan Ilahi. Renung2 kan dan selamat beramal.

Thursday, December 30, 2010

Kepulangan Harimau Malaya, Julia Perez Terkubur

Harimau Malaya Johan Piala AFF Suzuki, Juara di hati rakyat Malaysia
 Pasukan Malaysia bergambar di Lapangan Terbang Indonesia sebelum berangkat pulang

 Beribu-ribu penyokong Malaysia menantikan ketibaan Harimau Malaya di KLIA

 Penyokong Malaysia yang menyaksikan perlawanan secara beramai-ramai, bersatu hati, satu suara.

 Kepulangan Khairul Fahmi Che Mat dan rakan2 Harimau Malaya dinantikan di Kuala Lumpur International Airport (KLIA).
Sumber gambar azizhazmi, wartawan NST dan Bharian

Dengan kepulangan wira2 Malaya, maka berkuburlah cerita Julia Perez yang kononnya nak pakai coli laser semasa Malaysia lawan Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno. Semalam pun dia menadapat kecaman daripada golongan ulama Indonesia. bye bye Julia Perez, Selamat pulang Harimau Muda..

Khairul Fahmi Jadi Rebutan Gadis Malaya, Laser Jadi Bahan Bualan

Isu laser semasa di Stadium Bukit Jalil menjadi bualan hangat di Twitter dan Facebook. Tak kurang hebat juga Isu Julia Perez yang kononnya nak pakai coli laser  nak ganggu pemain Malaysia. Namun Walau apa pun yang terjadi, hakikat hari ini Khairul Fahmi Che Mat menjadi bahan bualan dan rebutan gadis Malaya.

Berikut sedikit gambar sepanjang persiapan sebelum perlawanan Malaysia dan Indonesia di Gelora Bung Karno, Indonesia

RIBUAN penyokong Indonesia di luar Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta menjelang perlawanan akhir kedua Piala Suzuki AFF 2010 antara pasukan tuan rumah dan Malaysia. Malaysia bertandang ke tempat lawan berbekalkan kelebihan tiga gol selepas menang di Stadium Nasional Bukit Jalil, Ahad lalu. - Foto Osman Adnan

KAIN rentang larangan membawa masuk peranti laser digantung di luar Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta sebelum bermulanya perlawanan akhir kedua Piala Suzuki AFF 2010 antara Indonesia menentang Malaysia di Jakarta, malam ini. Malaysia bertandang ke tempat lawan berbekalkan kelebihan tiga gol selepas menang di Stadium Nasional Bukit Jalil, Ahad lalu. - Osman Adnan



Dengan kemunculan hero baru malaya, Khairul Fahmi Che Mat, maka populariti Aidil dan Zaquan adha dilihat semakin menurun. Itulah pasang surutnya kehidupan, TenangSudey. Walau apa pun, Tahniah dan syabas buat pasukan Malaysia kerana mengharumkan nama Malaysia di seantero dunia sehinggakan Rio Ferdinand juga mengucapkan tahniah atas kejayaan Malaysia di twitter peribadi beliau. Tahniah Malaysia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...