Thursday, December 16, 2010

Gagal adalah kejayaan yang tertunda

Assalamualaikum semua dan salam sejahtera...



Dalam hidup ni kan, masing2 ada perancangan. Ada yang mahukan seorang isteri yang memenuhi ciri2 wanita idaman, ada yang impikan kereta sport, ade yang impikan rumah besar, keta besar dan x kurang jugak yang impikan bergaji besar.






Walau apa pun perancangan kita, kita harus akui kadang2 perancangan itu lari dari perancangan asal mungkin kerana kelekaan kita, kelemahan kita dan juga ada unsur2 luar yang mengganggu. Namun, apa yang penting kite kaji kelemahan kita untuk memastikan apa yang dirancang akan terus dapat kita usahakan dan tidak berputus asa hanya kerana kegagalan. Kegagalan itu bukan bermakna kita lemah, tapi kegagalan itulah tanda orang sedang berusaha.



Kita lihat, macam mane bayi yang baru dilahirkan. Mula belajar merangkak, bertatih, jatuh dan blajar berjalan perlahan-lahan dan akhirnya dpt berjalan, tu pon jatuh lagi. Inikan pula kita yang dah besar nih, lagi besar la dugaannya.


Apa yang kita perlu buat kalau berhadapan dengan kegagalan iaitu musuh utama dalam berjuang. Kita harus tenang sudey dan jangan kelam kabut. Kenapa? kalau kita duk kelam kabut, kita takkan dapat fikir betul2. Contoh kan, orang gagal bercinta, andai dia x dpt tenangkan diri, dia takkan dapat fikir hakikat sebuah percintaan tuh, dia akan cari pasangan untuk mengelakkan dia sunyi tapi bukan untuk memenuhi tuntutan agama mahupun fitrah insani yang inginkan sebuah sebuah keluarga yang bahagia. Jadi apabila kita tak dapat memikirkan hakikat sebuah kegagalan dan apa yang perlu kita rancang untuk perjuangan seterusnya, kita akan hilang dalam mimpi yang tak sempurna.



Kita lihat pula bagaimana apabila orang tensen dan gagal dalam pekerjaan yang diceburi, minum arak, kononnya nak cari ketenangan, hakikatnya dia menambahkan lagi masalah.. Silap2 haribulan balik minum arak accident.. mati katak macam tuh...


Walau apa pun masalah dan dugaan yang kita hadapi.. kembalilah pada agama.. kerana dalam agama ada segalanya..  Kita merancang, Allah juga merancang, Sesungguhnya perancangan Allah adalah sebaik perancangan..


“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”

Surah Al-Baqarah Ayat 216




Hayatilah 10 kata-kata semangat ni :


1. Ramai orang mencari tempat yang selamat, tetapi akhirnya tersangkut!

2. Impian yang tidak terlaksana adalah impian yang terpenjara oleh musuh nombor satu, iaitu takut GAGAL!!

3. Tiada siapa yang berhak mendakwa anda sebagai orang yang gagal, kecuali diri anda sendiri.

4. Sekiranya anda menemui sebuah laluan tanpa halangan, ia mungkin tidak membawa anda ke mana-mana.

5. Kesilapan-kesilapan memberitahu kita tentang apa yang perlu kita pelajari.

6. Apabila anda telah sampai ke penghujung tali dan tiada lagi simpulan untuk bergantung, lompatlah ke tali yang lain.

7. Kegagalan hanyalah satu peluang untuk anda mencuba lagi untuk berjaya!!

8. Orang yang kurang berani untuk memulakan sesuatu, sebenarnya telah tewas!!

9. Kita tidak mungkin dapat mempelajari sesuatu perkara kecuali kita bersedia untuk gagal terlebih dahulu.

10. Cara yang terbaik untuk belajar untuk menjadi pemenang ialah belajar daripada orang-orang yang pernah kalah atau tewas dalam sesuatu pertandingan, perbuatan atau sebagainya.


Akhir kalam, renung2kan dan selamat beramal....

1 comment:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...