Saturday, January 1, 2011

Bekas Isteri Akhil Hayy Masih Hidup

Terkejut giler encik tenangsudey apabila mendapat berita tentang kematian bekas isteri Akhil Hayy, Maizawati Zainal pada jam 9 malam tadi sebelum countdown new year. Encik tenangsudey buat kajian sedikit untuk mengsahkan kesahihah berita ini. Berikut adalah hasil google


 Jikalau dilihat sumber2 berita daripada hasil carian di atas kurang diyakini. Jadi encik tenangsudey memeriksa facebook Maizawati Zainal

Jelas membuktikan yang berita yang disebarkan tadi adalah palsu. Siapalah punyer angkara bawak berita palsu tuh. Marah betul suami Maizawati Zainal ni kepada pembawa berita dan penyebar berita yang tak pasti tuh. Berikut komen suami Maizawati Zainal

 Jadi setelah buat kajian, sumber daripada berita harian mengatakan seperti berikut:

Bekas isteri Akhil Hayy terbabit kemalangan, kandungan selamat

2010/12/31

IPOH: "Saya bersyukur kandungan selamat walaupun doktor mengesahkan uri mengalami pendarahan kecil," kata Maizawati Zainal, 35, bekas isteri penceramah bebas, Akhil Hayy, yang dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) selepas kereta dinaiki keluarganya terbabit dalam kemalangan di Jalan Sultan Azlan Shah, di sini, Selasa lalu.

Beliau yang mengandung hampir lima bulan berkata, kemalangan berlaku kira-kira jam 5.15 pagi selepas kereta dipandunya merempuh sebuah kereta lain yang tiba-tiba membuat pusingan U dan memasuki laluannya.


Katanya, rempuhan itu menyebabkan dirinya pengsan selain beberapa anggota badan cedera termasuk di dahi dan patah tangan kiri hingga terpaksa dirawat di hospital itu.
Katanya, tiga anaknya iaitu Muhamad Syafrin Hidayahtullah, 3; Muhamad Shariff Hidayahtullah, 12; dan Siti Nur Maisarah, 13, bernasib baik kerana hanya cedera ringan manakala suaminya, Mohd Yasin Ben@Abdul Rahim, 23, tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Sejurus sebelum kejadian, saya bersama keluarga dalam perjalanan pulang ke rumah di Taman Utama, Bercham selepas menghantar rakan kami ke Stesen Bas Medan Gopeng untuk ke Singapura," katanya.



Ulasan Encik Tenangsudey
Alhamdulillah semuanya selamat. Jelas kat sini, kita ni mudah sangat menyebarkan berita yang kadang2 kita pun x pasti tapi terlampau melampau 'baik hati' nak sebarkan juga. Kalau dulu kita sebarkan pasal email berantai pasal Syeikh bermimpi jupe nabi dan kite kene forward kepada beberapa orang, kalau tak akan ditimpa musibah. 

Memang bagus kita berpesan, tapi lihatlah apa yang kita nak pesan dan selidikilah sedikit. Jangan biarkan kejahilan kita menjadikan kita berterusan dalam keadaan yang kurang pandai. 


Selamat Tahun Baru dan moga tahun ini lebih baik daripada tahun sebelum-sebelum ini.

3 comments:

Mohd Hazwan said...

dah masuk kan blog ni dalam list VIP hazwan.com
jangan lupa masukkan hazwan.com dalam bloglist ni jugak..terima kasih..selamat tahun baru

Mrs Nurul said...

WOW, BLOG AKU PON ADE GAK..HUHU..MMG KURANG YAKIN SEBAB TU BUAT CREDIT KAT BLOG LAIN..PENTING TUU CREDIT.


CHECK ENTRY MANTAP ! #
AWEK KHAIRUL FAHMI KENA SERANG #
MANUSIA BERMATA TIGA ! #
CARA BUAT BUTTON FLASH#

Tyreese N said...

Grreat post thanks

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...