Monday, January 3, 2011

Karam Singh Hina Melayu Atau Melayu Hina Melayu?

Menurut sebuah video di Youtube, Karam Singh Walia dikatakan telah menghina bangsa Melayu kerana mengatakan mereka tidak berasal dari Malaysia dan tidak berasal daripada Indonesia. Di dalam pemikiran kita semestinya rata-rata akan memikirkan masyarakat Melayu berasal daripada keturunan Melayu Parameswara. Namun hakikatnya masyarakat Melayu di Malaysia ini cukup besar. Boleh rujuk Asal-usul Bangsa Melayu





Sememangnya, Karam Singh Walia bersalah dalam video di atas kerana menafikan kewujudan dan kehadiran Bangsa Melayu di Malaysia. Namun sikap dan layanan yang diberikan oleh golongan pemuda atau pun belia terhadap beliau langsung tidak mencerminkan ketinggian budi pekerti seorang Bangsa Melayu.

Ada ke patut, mamat Melayu tu suruh Karam Singh Walia belanja satu kedai untuk selesaikan isu tu. Murahnya maruah melayu? sekadar teh tarik dan roti canai or nasi kandar je ke? Itu semua tak lebih daripada budaya pelampau.


Sepatutnya, sebagai seorang Melayu yang kononnya mengetahui asal-usul bangsa sendiri, kita harus membuktikan yang Bangsa Melayu itu wujud. Namun, dalam video ini, kite tidak nampak nilai-nilai baik dalam Bangsa Melayu ditunjukkan oleh kita, nilai-nilai yang ada dalam video ini lebih kepada nilai Gangster dan Mengugut.


Kalau berbicara pasal nilai Islam pula, Islam mengajak untuk kita berbincang dan bersederhana, ketahui dahulu kenapa Karam Singh kata macam tuh dan kalau beliau salah perbetulkan melalui perbincangan ilmiah. Walaupun beliau hebat dalam isu-isu alam sekitar, tak mustahil beliau sedikit lemah dalam isu-isu sejarah kerana beliau juga manusia yang akan melakukan kesilapan juga.


Jangan nak marah-marah sangatlah, kita ini tahu ke sebenar-benarnya asal-usul kita? Kalau cari kat Google, taip perkataan Melayu. Korang boleh tengok apa cariaan yang berkaitan dengan Melayu


 Inikah Melayu yang nak dibanggakan? Sekurang-kurangnya tunjukkanlah nilai-nilai pekerti orang Melayu dan lebih-lebih lagi yang beragama Islam. Nabi tak pernah ajar melampau macam tu. Itu semua budaya pelampau yang akan merosakkan bangsa dan agama.


Terbakar Kampung Nampak Asap,
Terbakar Hati Siapa Yang Tahu.


Malah, Karam Singh sendiri lebih banyak menggunakan Peribahasa dan pantun Melayu. Kita yang Melayu, peribahasa dan pantun pun lemah duk nak marah2 bile orang salah kata macam tuh. Kita kene cermin diri kita, sejauh manakah kita menghayati nilai bangsa kita dan pegangan bangsa kita sebelum kita pandai-pandai nak jadi pejuang.


Walau apa pun, Karam Singh sendiri dalam video itu telah mengaku kesilapan beliau dan meminta maaf kepada semua bangsa melayu atas kesilapan beliau. Justeru, isu ini tidak wajar untuk dipolitikkan mahu pun diperhangatkan untuk dijadikan bahan perbalahan kaum.


Akhir kalam, Takkan Melayu Hilang Dunia.

Updated : Karam Singh Walia Beri Penjelasan Isu Hina Melayu

32 comments:

Belalang hijau Perisik said...

tak tahu pun akan kewujudan hal ini...
ketinggalan ke hape?

heee

TenangSudey said...

Belalang Hijau :baru lagi bende ni 29 december arituh post kat youtube

farah said...

Terbakar Kampung Nampak Asap,
Terbakar Hati Siapa Yang Tahu.


tenang sudey...btw, tuh pantun rekaan baru or mmg dh lama? haha...

in fact, maybe KSW ni terlepas cakap..he dont intend nk hina pon..after all,die dh minta maaf kan... ikt kan balik,die salah sorg yg byk enhance vocab2 yg kite xpenah..dgn pantun2 nye...bukan melayu lagi expert pasal peribahasa melayu....aaaa~

*kenapa ayat aku mcm ni....*

Penjejak Mimpi said...

Salam.

Kekadang kite ni terlalu bangge dengan sesuatu padahal kite sendiri tak tahu ape dan untuk ape mende tu dibanggekan. Betul, memang kite bangge dilahirkan sebagai orang Melayu tapi adekah sekadar bangge hanye di mulut saje?

Tepuk dade tanye selera.. :)

Sobri Mansor said...

Kadang2 memang kita terlalu bangga dengan perkataan Melayu sebab kita dilahirkan sebagai bangsa dan orang melayu. Orang melayu kaya dengan budi bahasa dan sopan santun yang tinggi. Tapi dalam video klip ni, ternyata kita dah tunjukkan kelemahan kita sebagai orang melayu. Bukan semua la, ada 2 ke 3 orang sahaja. "Ayat payung satu kedai memang tak boleh diterima".

Sekadar pendapat dan tidak menyentuh mana2 hati.

TenangSudey said...

Farahin : tebakar kampung nampak asap, terbakar hati siapa yang tahu tu Karam Singh Walia guna masa aduan rakyat

Penjejak mimpi : kita lebih bangga mewarisi daripada menghayati

SobriMansor : nak tujjuk melayu.. tapi x cerminkan budaya melayu.. sedih betul tgk mamat dalam video tuh

1 said...

apa yang anon dengar dari video tu dia cakap

"payung satu kedai"
"cuma nak u jaga mulut"

Bukan pe, kita xde kat scene tu kat so kita sendri tak boleh buat assumption. Mungkin dia just cakap camtu, tapi at the end dia just mintak jaga mulut..hehe

TenangSudey said...

SayaAnonymous : lelaki tu kata payung satu kedai.. aku nak ko payung satu kedai.... ramai dah yang view video ni kat youtube dan mereka tak bersetuju dengan payung satu kedai tuh... sememangnya lelaki tu kata macam tuh..... boleh lihat komen2 di youtube

maverick said...

kita takleh lupakan jasa-jasa KSW ni pada bangsa kita dan juga orang ramai...terima kasih jugak pada budak-budak melayu kat situ yang agak sensitif dan prihatin cuma jangan melebih-lebih dan melampau sangat...tu yang kita malu tu

lini hasnan said...

salam. blog yang berinformasi.follow awk~

Anonymous said...

salam
terima kasih ats sharing ni..
malunya dengan sikap org melayu kt video ats..kalu marah pn kt karam singh, biar beradap dan jgn melampau...dh la nme melayu agama islam, jadi berakhlak sprti org islam.

semoga Allah jauhkan kite drp berakhlak buruk dan semoga video d atas jadi pgajaran.

Anonymous said...

semua orang ada melakukan kesilapan jangan di perbesarkan isu. comment dari lini/sobrimansor/hurfarahin betul, jgn cepat nak marah.org d kedai tu dah over. to KSW well a mistake is a mistake 4 me I take it as tersalah cakap. it happen.I hope u don't mean it. tak semua melayu macam tu. case close. hope u are seeing this.keep doing your good work for the people.

masmurni said...

1.sedih tengok sikap orang melayu...kurang ajar bukan la budaya kita.
2.Sedangkan Nabi SAW ampunkan umat. Inikan pula org yg nak minta ampun sambil bersujud.
3.Melayu 'samseng' di bumi sendiri?
4.Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata kena belanja teh tarik satu kedai...

aienz nawawi said...

singgah dan follow sini yer

Unknown said...

i'm speechless....
BTW, visit my blog...
http://aazzrruull.blogspot.com

++***hana zaty**++ said...

huhu. ape nak jadi lah. huhu. tataw nk ckp ape ;)

Mrs Nurul said...

MELAYU..BANGKITLAH ! KITA YANG AKAN MENCORAKKAN MELAYU NI..HIDUP MELAYU..JANGAN MALUKAN AGAMA BANGSA SENDIRI..

☺NurulZulkifli☺ said...

mcm org melayu hina org melayu je.. marah tu mgkn la...tp tnjuk la budi org melayu.. ini ke nk dibanggakan?? gangster. no manners.. ayoyoyo

Herbalife Coach Fatin Syahirah said...

bila melayu sendiri yang merosakkan melayu, tak de pulak nak marah2 jugak.. hmmm..

Unknown said...

setuju 100% !!!

shazmonaz said...

sekarang satu Malaysia dengar dia minta maaf malah bersedia kena pukul.. tapi saya malu dengan bangsa saya dimana satu malaysia dgr perkataan lucah dari mereka ketika memarahi "bayi bodoh" itu..

kalau maaf dah dipinta, kenapa kena mencarut pula.. itu bukan Melayu..

Melayu patut:- menegur, memberi amaran dan tuntut kemaafan.. jika tidak, buat aduan di balai polis kerana menghina bersifat perkauman..

bukan mencarut sambil memaki

Roket Kertaz said...

hmm.. mungkin dorang x penah belajar sejarah bangsa melayu.. so. dorang xtaw bangsa melayu itu asal dari mana .. tp.. malu r... iskk.!

Unknown said...

Well said, i couldn't agree more!

Anonymous said...

aku nak paste highest rated komen kat video youtube ni

"cb byg kn klu kita marah kaum lain mcm karam singh ckp mcm tu di bricfields @ petaling street...rasa2nya kita dpt kluar dr brickfield @ petaling street dgn selamat x,walaupn kita dh mntk maaf...? tp karam singh selamat kn...ertinya melayu ni xde la jahat sngt smpi bertindak keterlaluan...klu rs melayu ni jahat,cb pergi brickfield n maki @ marah org india d sana...atau pergi petaling street n marah @ maki cina kat sana...tgk apa layanan mereka thadap kita..? kalau x mati ,nazak...."

-mancapitalist 5 hours ago 5

well, aku tak kata ape yg orang2 melayu pergi sound karam singh tu satu benda yang betul, memang kata2 yg kuar dari diorang tu agak melampau, tapi ape yg mancapitalist cakap tu, ada btol nye juga kan?

bukan nak kata ape la, tapi banyak sangat benda berkaitan "melayu" ni isu dia famous, benda tak de ape2 pun nak dibesar2kan, sedangkan benda2 berkaitan rakan2 bangsa lain kita yang sometime even worst jadi, tutup sebelah mata, buat2 diam je.

Anonymous said...

Melihat situasi ni rasa-rasa mungkin ada misunderstanding sbb menurut kata KSW, dia menegur remaja yg parking sesuka ati depan kedai mamak tu.. So mat2 motor ni terbakar la kot. Tapi tu kata dia, kita pon xtau ape yg terjadi sebenarnya.

Namun secara logic akal la kan, klu la org melayu duk lepak kat tmpat majoriti org bangsa lain macam cina & india pastu duk mengata huha.. huha tentang bangsa tu, adakah org melayu tu akan selamat balik ke rumah?? Rasa2 malam tu dah tidur longkang xpun tidur hospital..

So itu lumrah semula jadi manusia.. kita yg duk baca & tgk kat video duk mengata apa la melayu tu memalukan la apa la. Senang kata, "cakap pandai.."

So moral of the story, xpayah gatal2 tangan nk record pastu upload kat you tube... hal kecik jd besar.. Dia da mintak maaf & kita pon terima la dgn hati terbuka..

"Kepada Melayu2 kat sini xpayah r nak mengata Melayu mcm2 sangat.. Awak tu pon Melayu jugak.. Hidup la dengan harmoni, xpayah nak gaduh2. Ni semua sbb org Politik yg sengaja wt kecoh sampai negara huru-hara"

Anonymous said...

Bikin malu punya orang Melayu. Buat malu bangsa dan ibubapa saja. Kalau saya nampak mamat dalam video itu, saya akan tampar sampai bisu. Orang macamlah yang merendahkan lagi martabat Melayu. Benda kecil pun nak besar-besarkan.

Ibubapa budak tu patut dihantar ke pusat pemulihan akhlak sebab tak reti jaga anak!

Anonymous said...

die mintak maaf tu dh bagus dh bg aku. sikap org kite ni nak tunjuk gangster. kalau sorang2 xpe gak, ni bawak geng. gangster ape mcm tu? samala dgn tiga line pun.. nak gaduh ajak geng. padahal nak gaduh dgn sorang je. yela korang kan kuat sebab korang ade geng. lowballers punye orang.

actually, ni sume adalah kesilapan pemimpin2 kite. kite mengasingkan bangsa melayu, india n cina. hak juga dibahagikan xsama rata. akhirnye timbullah masalah mcm ni. gaduh2 antara kaum. menda ni xkan abis. trust me. buatla 1 malaysia ke. wawasan 2020 ke, sama jugak

mengapa kite x wujudkan 1 bangsa iaitu bangsa malaysia? kat ic tulis bangsa malaysia. senang, sumenye sama rata. contohilah indonesia and thai. asimilasi yg berjaya.

ingatlah walaupun Rasulullah diutuskan dari golongan Arab, tapi tiada ape yg perlu dibanggakan dengan bangsa arab. bangsa x penting. kesatuan bangsa adalah benda primitif. kesatuan agama adalah abadi. hidup islam. membangun bersama islam =)

Anonymous said...

Saya Melayu, jadi sy rs malu krn orang2 dlm video ni mengaku Melayu tapi tak serupa Melayu. Mungkin tak tau Melayu ni sbnrnya camne?

Patutnya mrk cermin diri sendiri dulu sebelum nak ajar org.

DatukMelayuNenekIndiaMakCina said...

Elehhh...nak malu, nak maafkan, nak jilat KSW...ini semua cakap org takde maruah dan bacul... satu hari anak2 Melayu dah kena rogol, kena ludah, kena maki depan mak bapak sendiri, masa tu baru nak sedar ? pigidahhhh... nasib baik KSW boleh balik ngan selamat (dan itulah buktinya Melayu masih rational)... cuba ingat Melayu yg kena belasah kat Puchong satu masa dulu (arwah tu tak mabuk pun, malah cuba mintak maaf sebelum dia kena belasah, walaupun bukan salah dia)... Sedih aku bila tgk bangsa sendiri (yg konon2 rational) sanggup menjual bangsa sendiri... you guys are too naive to talk about "HARMONY"... "To secure peace is to prepare for war" bukan "Forgive and forget"

POLARIS said...
This comment has been removed by the author.
POLARIS said...

ita upload mcm2 dgn tujuan nak bagi panaskan suasana...tapi yang untung...youtube la jugak...masalah masih tak selesai...tambah bergaduh sana sini hanya kerana nak tegakkan pendapat...lagilah pada yang muda-muda dan remaja..hakikatnya berapa ramai yang tau sejarah negara dan bagaimana menghargai tanah air sendiri..kalau perang sok...tak kemana peginya...negara lain tak nak terima kita dah...jadi kepada yang lain-lain yang syok sangat nak upload macam2 berita kat youtube...fikir2 dulu...jangan cuma fikir nak cari populariti cara murahan...

Unknown said...

Bak kata pepatah. Korek jubuh bau sendirilah.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...