Sunday, February 6, 2011

Harta Hosni Mubarak Mengalahkan Harta Bill Gates



Menurut sumber daripada akhbar Kosmo, kekayaan Hosni Mubarak melebihi kekayaan Bill Gates. Malah manusia terkaya di dunia, Carlos Slim Helu pun tidak setanding dengannya.

Ketika Mesir terus dilanda konflik politik, Presiden negara itu, Hosni Mubarak dan keluarganya dilapor memiliki anggaran kekayaan mencecah AS$70 bilion (RM213 bilion) sepanjang tiga dekad era pemerintahannya.

Jumlah harta Presiden Mesir itu melebihi kekayaan Gates dari Amerika Syarikat (AS) dan Slim Helu dari Mexico, yang masing-masing memiliki aset AS$53 bilion (RM161 bilion) dan AS$54 bilion (RM163 bilion) pada tahun 2010, menurut senarai majalah Forbes.

Anggaran kekayaan Hosni juga hampir setanding dengan Keluaran Dalam Negara Kasar Guatemala, negara rantau Amerika Tengah yang bersempadan dengan Mexico.
Mengulas mengenai perkara tersebut, beberapa pakar kewangan Asia Barat berkata, sebahagian besar kekayaan Hosni, 82, disimpan di bank-bank Britain dan Switzerland.
Sebahagian lagi kata mereka, telah dilaburkan dalam sektor hartanah di London, New York, Los Angeles serta kawasan peranginan pesisir Laut Merah termasuk hotel-hotel di Sharm El Sheikh.

KEDIAMAN mewah enam tingkat berharga AS$13.6 juta (RM41.6 juta) milik anak Hosni, Gamal Mubarak di barat London.
 
Rangkaian berita ABC menyatakan, kebanyakan harta Hosni diperoleh menerusi kontrak usaha sama ketenteraan, yang bermula semasa beliau berkhidmat sebagai seorang pegawai Tentera Udara Mesir.

Semasa beliau memerintah Mesir, Hosni terus memperoleh pendapatan besar dipercayai melalui amalan rasuah dan penyelewengan wang rakyat di samping keuntungan pelaburan yang mencecah ratusan juta dolar. 

Namun, kebanyakan harta itu didepositkan ke dalam beberapa akaun bank asing termasuk bank UBS dan Bank of Scotland atau dilabur dalam dalam sektor pembinaan seperti hotel.

Menurut laporan sebuah akhbar berbahasa Arab, Al Khabar pada tahun lalu, Hosni memiliki hartanah di Manhattan, New York dan di Beverly Hills, Los Angeles, AS.

ANAK kedua Hosni, Gamal Mubarak dan isterinya, Khadija El-Gamal.

Dua anak presiden berkenaan, Gamal dan Alaa, bertaraf bilionair dengan anggaran kekayaan kedua-duanya melebihi AS$25 juta (RM76 bilion).
Gamal turut memiliki dua kapal pesiaran mewah berharga sekitar AS$81 juta (RM248 juta).

Seorang profesor sains politik Universiti Princeton, AS, Amaney Jamal berkata, anggaran kekayaan Hosni adalah munasabah kerana rata-rata pemimpin rantau Teluk memiliki kekayaan mencecah AS$40 (RM122 bilion) atau lebih besar.
"Usaha sama perniagaan semasa beliau (Hosni) berkhidmat dalam tentera dan pentadbiran negara melonjakkan kekayaan peribadinya," kata profesor berkenaan.

Seorang lagi pakar politik Asia Barat, Christopher Davidson dari Universiti Durham, Britain, memberitahu, Hosni dan isterinya, Suzanne mengumpul harta menerusi usaha sama dengan para pelabur dan firma asing sejak beliau memegang jawatan tinggi dalam tentera Mesir.

Menurutnya, kebanyakan negara Teluk mewajibkan warga tempatan memiliki sehingga 51 peratus kepentingan dalam sesuatu projek usaha sama. Jadi tidak hairanlah, setelah hampir 30 tahun memerintah Mesir, kekayaan Hosni Mubarak mengalahkan kekayaan BIll Gates. 

Apa yang kita boleh buat?
1. Doakan kejayaan Rakyat Mesir dalam perjuangan mereka menuntut keadilan dan tertegaknya pemerintahan Islam di bawah pimpinan Ikhwanul Muslimin
2. Doakan keselamatan Rakyat Malaysia untuk pulang ke Malaysia, setakat ini, hampir 4300 orang telah selamat dipindahkan ke Jeddah.
3. Sebarkan berita-berita yang baik kepada keluarga Pelajar Malaysia, tenangkan mereka. Kurangkan Provokasi, Tingkatkan Prestasi.



22 comments:

Phantom said...

Waaaaaaaaa,kayanya

SheNn said...

: Tak sangka la..hmm..

Tasha said...

bila ada rasa cemburu dengan kejayaan orang lain, ada kalanya buatkan kita makin berusaha bersungguh2 untuk nak lebih berjaya dari orang yang kita cemburu tu.
so, cemburu ni kadang2 ada baiknya juga. so..... I nak cembru dengan kekayaan manusia ni. jeles!!!!
bapak kaya giler!

Raden said...

aku nk ngorat la husni mubarak nie...nk suh die belikan aku kapal selam sejibik

TenangSudey said...

Amira : hahah tak takot ke? lepas ni sume cari.. habis kene buru.. x sempat naik kapal da kene kejar.. hahaha

cascd said...

hampir sama dengan aku punya 'roobing' hood KM..hahahaa

Matjoe said...

benci tgk muka dia ni. diktator

Wan Gerrard said...

owh giler la..dasar kuku besi tol

wanacesh said...

Qarun akhir zmn la nh,,fuh,,cmner la rkyat mesir blh thn smpai 30 taun,,aku pon x tau,,hm,,

Anonymous said...

nice info.. baru tau..

PutraRocker said...

oi

Anonymous said...

beginilah pemerintah akhir zaman........

aida94 said...

beginilah pemerintah akhir zaman!!! ketua yg adil ditaati n ketua yg salah disanggah

De Mois said...

Tgk la jadi presiden berapa lama. Mengalahkan Dr M tau..lama gile..

Terbaru di SuaraSendiri
Utama : Opps..baru ku tahu

Roslan Alan said...

http://laksamanabukitbintang.blogspot.com/2011/01/5-fakta-penting-presiden-hosni-mubarak.html

Mohamadazhan.com said...

kaya dalam ketakutan :) ruginya tak kaya hati

farhanieza said...

kalaula harta dia tu dia bg tuk pembangunan rakyat... haihhhhh.,.....dok mkn duit rakyat je keje pemerintah sekarang nih

Alal said...

gile la..

EmanTheHalia said...

hahah hoih banyak tu kene soal dengan mungkar ngan nangkir. amik die!!!!!!!!!!!!

S.3.V.3.N said...

harta haram sbb tu dia x dedahkan jumlah harta dia.

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

kt mesir, yg miskin terus miskin wpun hosni jd pemerintah 30thn..sedangkan pelancung dh ramai dtg..sepatutnya negara dh kaya..tp bantuan utk org2 yg tak de rumah hanya diharapkan dr org perseorangan yg dermawan..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...