Tuesday, February 1, 2011

Krisis Darurat Di Mesir - Mengapa dan Bagaimana?

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Saya tidak mampu untuk membantu mereka di sana, tapi apa yang saya mampu buat di sini ialah berkongsi untuk kita semua tahu tentang apa yang sebenarnya terjadi di sana. Moga dengan pengetahuan ini kita akan dapat bersama-sama mendoakan kesejahteraan mereka di sana.


Mengapa Berlakunya Krisis Darurat di Mesir?
Bermulanya Revolusi di Tunisia yang menggulingkan Presiden Zine el-Abidine Ben Ali kerana masalah korupsi yang melampau. Kejayaan Rakyat Tunisia ini telah menyuntik semangat kepada Rakyat Mesir untuk menggulingkan Kerajaan Hosni Mubarak yang juga sangat korup. Kita juga sedia maklum yang Kerajaan Mesir lebih pro kepada zionis dan sering menghalang bantuan ke Palestin walaupun sesama Islam.

Bertitik tolak daripada kejadian Mohammed Bouazizi, seorang rakyat Tunisia yang membakar diri akibat tidak tahan dengan korupsi dalam kerajaan Presiden Zine el-Abidine Ben Ali, walaupun beliau melaporkan masalah beliau kekejaman terhadap beliau  kepada kerajaan, namun ia langsung tidak diendahkan dan kekejaman makin berleluasa dan yang miskin terus ditindas dan yang kaya terus dipuja. Akhirnya, beliau pada 17 Disember 2010, telah membakar dirinya sendiri tanda protes kepada kezaliman dan kekejaman Kerajaan sedia ada. Kematian beliau telah menyebabkan kemarahan dan membangkitkan semangat golongan bawahan untuk membela nasib mereka sehingga kerajaan Presiden Zine el-Abidine Ben Ali lumpuh dan beliau terpaksa melarikan diri daripada Tunisia.

Di mesir pula, 2 orang membakar diri di depan bangunan parlimen Mesir di sebabkan tekanan kehidupan di mesir dengan kadar pengangguran dan pendapatan rakyat miskin yg sangat rendah. Berbeza dgn golongan2 kaya yg makin meningkat pendapatan mereka.
Akibatnya, rusuhan dan demonstrasi untuk meminta Kerajaan pimpinan Hosni Mubarak berundur dilakukan. Namun Hosni Mubarak tetap berdiam sehinggalah keadaan menjadi makin parah selepas 3 hari dan telah mengakibatkan 35 orang terbunuh

Selasa, 25 Jan 2011 - Rakyat Mesir mulai bangun untuk memprotes kerajaan. Bermulanya "Hari Kebangkitan Kemarahan" (Day of rage).

Rabu, 26 Jan 2011 - Protes berterusan masuk hari kedua.

Khamis, 27 Jan 2011
- Mesir menutup rangkaian sosial (twitter, facebook) melalui penutupan internet dan sistem telekomunikasi. Semua telefon, internet, mesin ATM langsung tidak boleh digunakan.

Jumaat, 28 Jan 2011
- Ketua Menteri Mesir, Mubarak mengumumkan akan menubuhkan kerajaan yang baru. Berlakulah "power of void". Negara yang tiada pemimpin.

Sabtu, 29 Jan 2011
- Penggunaan radio (morse code) membantu Mesir berhubung dengan dunia luar

Ahad, 30 Jan 2011
- Stesen TV, Al Jazeera ditutup.
- Kedutaan US di Cairo meminta warga amerika untuk tinggalkan Mesir
- Hillary Clinton meminta Mesir menghala ke arah demokrasi.






 
 Akibatnya?
1. Huru-hara dan rusuhan hampir di seluruh Mesir menyebabkan keadaan tidak selamat dan hampir melumpuhkan segala aktiviti di Mesir.

2. Kemudahan internet, telefon dan komunikasi terputus dan diblok. Pelajar-pelajar dan rakyat Malaysia tidak dapat dihubungi dan berita serta perkembangan terbaru keadaan di Mesir agak terbatas.

3. 6000 banduan melepaskan diri daripada penjara dan ada di antara mereka menyamar dengan berpakaian polis dan siap bersenjata. Satu ancaman yang cukup membahayakan orang awam.

4. Apabila berlakunya darurat, maka sudah tentu akan berlakunya krisis makanan. Ada di antara pelajar Malaysia di sana yang dikatakan bekalan makanan mereka hanya mencukupi untuk 3 hari. Seterusnya bagaimana mereka akan terus hidup jika dibiarkan sahaja di sana berkurung di rumah hanya menghitung masa dan waktu.

5. Tambang untuk pulang ke Malaysia sudah naik 7x ganda dan belum tentu pun boleh terbang pulang. Jalan-jalan ke airport penuh dengan samseng jalanan dalam usaha mereka untuk merompak dan memeras ugut orang awam.

6. Menurut masyarakat arab di sana, sumber: Suffian Sani (terkandas di Mansurah), dilaporkan oleh: Azizi Al Fahri (baru tiba di KLIA). Jika dalam masa empat hari, iaitu sampai 2/2/2011 ini, jika Hosni Mubarak tidak turun juga, mereka akan melancarkan peperangan civil. Nauzubulillah.

 
7. Paling sedih lagi, seorang pelajar perempuan malaysia di Iskandariah telah dirogol, maklumat diperoleh dari "Ummi Medic Mesir". Bayangkan kalau ahli keluarga anda yang terlibat. Jadi marilah kita mendoakan kesejahteraan dan keselamatan mereka.



Apa yang kita boleh buat?
1. Buat solat hajat dan mendoakan keselamatan rakyat Mesir dan rakyat Malaysia terutamanya pelajar Malaysia di sana. Setakat ini, hampir 4300 orang telah selamat dipindahkan ke Jeddah.
2. Menulis dan menceritakan kepada sahabat kita. Nak copy paste daripada sini pun boleh.
3. Kongsi berita ini bersama rakan-rakan lain, sama ada melalui tweeter, Facebook, email. Biarkan masyarakat kita sedar dan sama-sama berusaha membantu rakyat Malaysia dan Mesir di sana. Jom kongsi

Updated : Operasi Piramid telah dilancarkan oleh pihak kerajaan dalam proses mengeluarkan semua rakyat Malaysia di Mesir. Boleh rujuk di sini

24 comments:

JayBon said...

kawan sy 2 org di mansoura.... hopefully semua selamat,...

AaBa said...

Jaybon : tula.. risau sgt2.. harap2 mereka selamatlah.. mereka harapan bangsa dan keluarga.... mereka juga sedara kita.... amiin

Kumbang Jingga said...

artikel yang sangat lengkap dan berguna...apa nak jadi ngn negara arab ni..

KONCO BLOGGY! said...

doakan yang selamat.. amin

Izwan Ikhmal said...

Sepupu saye di sana....
memang kene berkurung....
Xboleh kuar...
die katee rumah pelajar dikawal oleh kereta kebal....
Tapi~~
Saya xboleh terima akibat yang ke no 7!!
Kenape smpai jdi cmtuu!!
Hmm~~~

Anonymous said...

bingung bacanya..... harus nonton upin ipin terus nih baru bisa ngerti....

MyneTot said...

kiamat makin dekat...doakan keselamat mereka disana...amin...

Anonymous said...

mcmna banduan blh lepas..?? haiz..~

sume rakyat negara lain dibawa blk negara msg2.. negara malaysia?? hmm.. pentingkanlah nyawa berbanding wang wahai kerajaan~

Nur Farahin said...

yg rogol tu.....seriously kesian gilaaa T.T

chiLleD...!! said...

btol ke akibt y number tujuh tu?

HAZWAN17 said...

doakan kesejahteraan rakyat Malaysia di sana..

nasih said...

seorang kawan aku nasib baik dia keluar pergi Spain sebab tengah cuti. yang seorang lagi dah hilang hp, dan kenalan rapat dia kata mungkin hilang sebab dicuri. tak dapat nak elaborate banyak sebab lost contact.

dua orang anak kawan ayah aku langsung tak dapat dihubungi.

moga2 diorang selamat. dan aku masih menanti tindakan lanjut oleh kerajaan. hmm..

Anonymous said...

family akak sy ade kat sane....mtk2 slmt la...

hana said...

mnakutkn...
kawn2 sye ramai d sna...
dgr kabar nye mereka selamat tp x tau la smpai bile...
doakan mereka...

Sham said...

salam kenal...

oh begitu kisahnya...

KAY said...

sama-samalah kita doakan..

Myvitrd said...

semoga sepupu aku disana selamat bersama rakyat mesir dan pelajar malaysia

AinolMursyida said...

mohon share.. semoga kwn2 dan rakyat Malaysia di sana selamat semuanya. amin

Aizad Roslan said...

Semoga umat Islam di sana tidak kira rakyat Malaysia ataupun tidak, selamat dan dilindungi Allah S.W.T...

Anonymous said...

nak tnye ckit... kalau pelajar malaysia bersama2 menentang kerajaan korupsi 2 bukan ke jihad namenyE???

Anonymous said...

semoga melindungi semua umat islam di seluruh dunia.....amin....

AaBa said...

Kalau niat betul.. memang jihad kerana menentang pemerintah yang kejam dan menyokong zionis hingga menekan intifada umat islam di Plaestin. Hosni juga telah membunuh umat Islam di dalam terowong dengan gas beracun.....

Walau apa pun niat mesti betul demi memperjuangkan Islam dan menegakkan keadilan Islam di bumi MEsir.

il ya na said...

akibat no.3 and no.7 tu memang ngeri sangat dengar. nauzubillah min zalik. sama-sama kita doa. tapi if i'm not mistaken semalam tgok berita dah ada yang tudm bawa pulang ke msia. bukan?

Chempaka said...

kes pelajar msia dirogol tuh sahih ke ?? dapat dr sumber mana ek?

cerita terbaru chempaka: ikan terubuk goreng

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...