Saturday, May 21, 2011

Tanah Runtuh Hulu Langat Mangsanya Anak Yatim



Hari ini Sabtu, 21 Mei, Satu kejadian tanah runtuh baru sahaja menimpa ke atas Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Jalan Sungai Semungkis, Kampung Gahal di Hulu Langat.

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, seramai 49 orang berada di kawasan Rumah Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis ketika kejadian tanah runtuh itu berlaku.

Katanya, seramai 24 orang terperangkap akibat kejadian berkenaan iaitu 20 pelajar dan empat warden."Difahamkan berlaku dua tanah runtuh serentak pada masa kejadian," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Beliau juga berkata, dua mangsa yang maut masing-masing berumur 11 dan 14 tahun. 

Jadi sama-samalah kita berdoa agar mereka yang masih tertimbus dan cedera selamat. Moga Allah pelihara mereka. Amiin
 


7 comments:

Rozuan Ismail said...

Semoga yang belum dijumpai semuanya selamat.Al-Fatihah buat yang sudah pergi =(

TenangSudey said...

@Rozuan : Al fatihah...

Lela said...

Ni gambar hiasan atau gambar sebenar kejadian?

Nur Ayuni said...

al fatihah. harap meraka yang lain akan ditemui.

tka anas said...

sekarang dah 5 org meninggal =( Al-fatihah

Anonymous said...

salah seorg mangsa adalah rakan sekerja kami di TM.Berkemungkinan kaki kanannya tak dpt diselamatkan.Tertimbus selama lapan jam didalam tanah

TenangSudey said...

@Lela : gambar sebenar dari Bharian

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...