Thursday, June 16, 2011

PENJELASAN Isu Kartun UTUSAN Kekeliruan Kes Rogol dan Hudud




Mereka melihat hudud itu sekadar hudud semata-mata dan terpisah dari hukum perundangan Islam yang lain. Perundangan Islam bukanlah hanya berkisar pada Hudud semata-mata. Masih ada Takzir, qazaf  dan macam2 lagi.

Mereka hanya faham, apabila berlakunya rogol, perogol hanya akan didakwa apabila wujudnya 4 orang saksi sahja. Mereka lupa dan mungkin tidak tahu dan tidak mahu ambil tahu bahawa kes berkaitan rogol perlu dirujuk kepada keseluruhan peruntukan undang-undang jenayah syariah secara lengkap (Hudud, Qisas, Takzir, Undang-undang keterangan, siasah syari'ah) dan tidak boleh dinilai dari perspektif hukum Hudud secara terhad dan terpisah.

Jadi, dalam kes rogol, sekiranya mangsa rogol gagal membawa 4 orang saksi yang melihat kejadian itu maka perogol masih boleh didakwa melalui undang-undang Takzir di mana beban pembuktian adalah lebih ringan berbanding hudud.

Melalui Undang-undang Takzir, pemeriksaan doctor dan keterangan serta bukti-bukti yang dikumpulkan oleh polis termasuklah rakaman video rogol,  DNA, laporan doktor dan sebagainya dinamakan sebagai Qarinah. Qarinah ini boleh digunakan sebagai bahan bukti untuk mensabitkan perogol dengan Undang-undang Takzir. Qarinah juga boleh mengelakkan mangsa daripada kesalahan Qazaf kerana tuduhan ke atas perogol kerana melalui qarinah ia boleh menimbulkan keraguan ke atas kes Hudud dan boleh digugurkan.

Hukuman Hudud boleh dilakukan ke atas seseorang hanya apabila tiada sebarang keraguan langsung (beyond any shadow of doubt).  Manakala untuk kesalahan yang boleh dibuktikan secara jelas oleh Qarinah, tetapi tidak mencapai tahap kesaksian yang diperlukan oleh Hudud, hukum Takzir boleh dikenakan terhadap penjenayah tersebut.

Jadi, jangan kerana kurangnya pemahaman kita kepada sesuatu, kita terus menghukum dan mengatakan ia zalim dan kejam. Tak kurang lagi yang menghina agama sendiri dek kerana pintu hidayah masih belum dibukakan dan tidak ada usaha mencari hidayah.

Mudah-mudahan dengan penerangan tidak seberapa ini dapatlah memberikan gambaran yang lebih kepada  perundangan Islam yang lebih kepada mencegah daripada menghukum. Islam itu indah dan tidak pernah lapuk ditelan zaman.

35 comments:

Suzie said...

Kat Malaysia pun nak wujudkan Islamophobia jugak ke? Memang menghina agama Islam. Seolah-olah Islam tu satu oppression dan agama yg tidak adil untuk wanita. huh!

Penyu said...

selalu berdebat pasal ni kan? ikut je hukum agama, lagi senang.

Amuraria said...

AKHBAR PANDI KUTTY !

Jue Nara said...

alhamdulillah, penerangan yg sgt bagus, semoga dpt membersihkan kembali nama Islam. Terkilan sgt dgn kartun tersebut, bole mengelirukan umat Islam, malah yg bukan Islam pulak akan pandang serong pd Islam.

Anonymous said...

bila orang jahil berlagak tahu ;-)

buaya said...

salam ziarah

jom ke blog buaya dan jadi follower sekali k

kaizen said...

ni la jadinyer bler pemimpin x belajar agama...

saif said...

kartunis ini menemplak kenyataan haji hadi yang mengatakan hukum ZINA x jatuh dengan pembuktian melalui Qarinah..tu salah HAJI HADI,,bukan salah kartunis ni,,,apala..apabila politik diutamakan..

Mashe said...

rasa lawak pon ada... bodoh gila.. rogol dengan zina pon tak reti beza... hahaha

saif bodoh said...

to saif: kenapa nak letakkan beban pada dia, UMNO tu bukan Islam ke? ni bukan tanggungjawab haji hadi sorang tp tanggungjawab semua muslim la bongok. ni fardhu ain, kalo hang x gheti, fardhu ain ni sume WAJIB TAHU dan AMALKAN. bukan tugas PAS je. pandang jauh la ckit melampaui sentimen kepartian.

Anonymous said...

siti mashitah: soalan, kenapa haji hadi tak sebut tentang qarinah? yg hanya laungkan 4 org saksi,qarinah tak heboh plak, kata ulamak. haji hadi keluarkan hukum separuh2 sebab ade kepentingan politik??? tu la akibatnya keluarkan hukum separuh2 untuk kepentingan individu, negara pun dah mcm jd hura hara,tp boleh plak tunding jari salahkan org lain,harapkan janggut je.

Anonymous said...

to saif:
zina pakai hudud..nk 4 persaksian atau pengakuan dari tertuduh..bagi kes rogol,pakai hukum takzir..boleh pakai qarinah..ade paham? so betul la ape yg dicakapkan haji hadi tu..itu salah satu beza rogol dan zina..belajar lagi ye..

Anonymous said...

sesungguhnya zina dan rogol amat besar jurangnya..bagi yg kurang faham tentang hukum Allah swt lebih elok jika memahaminya terlebih dahulu sebelum memulakan bicara atau membidas sesetengah pihak..Firman Allah swt bermaksud , “ Ketika kamu bertemu dengan isu ini dengan perbualan- perbualan kamu , dan kamu bercakap- cakap dengan isu yang kamu tidak mempunyai maklumat ( sepatutnya ) mengenainya . Kamu ingat membicarakannya ( seperti itu ) suatu perkara yang kecil sedang perbuatan itu besar di sisi Allah !!” ( An- Nur : ayat 15 ) .

kembali kpdNYA said...

hukum hudud 2 Allah yg cipta...Dia lbh mengetahui drp kita..dan hukum hudud jgk mmg sesuai setiap peredaran zaman...kpd pihak2 bkenaan.jika xnk amalkan hukum hudud jgnla hina pulak..jika anda editor seorg muslim kmbali kpd Allah selagi ade waktu dan jika anda seorg NON-MUSLIM "Katakanlah: “1.Hai orang-orang kafir!” (QS. 109:1)

2. aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah (QS. 109:2)

3. Dan kamu bukan penyembah Ilah yang aku sembah (QS. 109:3)

4. Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah (QS. 109:4)

5. dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Ilah yang aku sembah (QS. 109:5)

6. Untukmulah agamamu, dan untukkulah agamaku (QS. 109:6)"

Anonymous said...

apa la ko saif..zina dgn rogol pun tak tau beza. Zina tu perlakuan 2 org secara sukarela, jika mereka ditangkap, tiada 4 saksi, mereka akan terlepas dlm dunia shj la..tp..akhirat Allah akan balas perbuatan mereka selagi tk insaf dn bertaubat semasa di dunia. Kes Rogol pula mesti ada org yg teraniaya samada mangsa (pengadu) ataupun perogol (jika difitnah. sebab itu pembuktian melalui Qarinah adalah perlu walaupun tiada 4 saksi, supaya kes dpt disiasat secara adil dn saksama..sungguh indah hukum ciptaan Allah SWT brbanding hukum ciptaan manusia..Subhanallah..

Anonymous said...

kata la nk kata ape pn..yg pasti, bile tibe hari kebangkitan semula, ketika itu ramai la yg akan terpinga2, menangis dan menyesal.. dan tiada lah taubatmu diterima lg, berpisahlah kamu drp pemimpinmu yg munafiq dan kuffar, tiada lg keluarga, anak2 dan pekerja2 yg boleh kamu guna sbg penebus kamu, dan masuklah kamu ke dalam api neraka yg menjulang2..nauzubillah....

yob soib said...

Anonymous a.k.a tiada nama : @10.37 : adakah ayat tersebut daripada petikan hadis?dan mana yg lebih baik bersama dengan yg munafik?@bersama dgn org kafir yg terang2 menentang syiar islam?

Unknown said...

apabila zina dan rogol di sama-ratakan...itulah akibatnya...

yob soib bodoh said...

aku nak tanya kau. bersama ka bekerjasama? siapa kata menentang syiar islam? kau kata? Utusan kata? sekali ja mamat karpal tu kata "over my dead body". tp baru2 ni dia lembut hati kata boleh bincang.

tapi munafik tu? berulang kali hina, persenda, buat kelakar tentang hukum kali. ce compare. ada dia kata boleh bincang? hagham. yg dia kata, kita "kekalkan yg ada". takde cita-cita. dah la lama bersama orang kafir (MCA/MIC) yg terang2 hina islam, lagi babi drp DAP. tak kene dakwa pulak tu. ce hang buat table, compare sape hina islam lg byk antara DAP n MCA. silap2 UMNO hina lg byk drp DAP la ngok. sedarlah wei, buka mata tu.

kurang2 PAS ada cita2 walaupun x berdaya nk buat. UMNO dah la suke cah keting.. dari zaman british lg. sokong judi, sokong natrah murtad. buka mata la wei. aku bosan la jumpa org bodoh cam ko

Anonymous said...

Kena rogol dengan kena liwat tu 1 kategori la. Tapi kenapa bila saiful cakap dia kena liwat puak2 ni nak dia didakwa bawah qazaf? nak kena ada 4 saksi?Sedangkan terdapat bukti-bukti lain yang boleh diterima pakai untuk mengsabitkan kesalahan ke atas penjubur tersebut??

Anonymous said...

jangan taksub politik sgt smpai AGAMA ISLAM nk dipermainkan... kat kubur malaikat x tanye pun ko parti apa..

Kartun tu pun bodoh gak..bila plak mangsa rogol rakam video seks sndri,guna HP sndiri.tu rela..bukan mangsa

Kama Irahsa said...

sebagai umat islam, kena sebarkan penerangan berkaitan isu rogol dan zina ni. link kt bwh ni adlh penerangan yg baik dr ustaz kazim elias ->

Penjelasan tuduhan zina tanpa 4 orang saksi

Anonymous said...

yang paling penting jika berlaku kes macam ni , siasat dulu . Kemudian baru tentukan benar atau tidak dan hukum mana yang patut disabitkan . Perlakuan salah tetap salah . Macam video seks anwar tu jugak kita siasat dulu betul betul samaada video tu adalah fitnah atau memang orang yang dituduh tu benar benar melakukannya .

iPai said...

uish .. ni kena diselesaikan ni .. parah kalau dibiarkan ..

TenangSudey said...

Maaf yea sahabat2... tujuan kat sini untuk kita fahami hukum hudud takzir melalui kejadian kisah kartun ini... moga ia tidaklah dipolitikkan..

usahla bergaduh sebab hukum itu tetap hukum....Hukum Allah adalh sebaiknya.. yang penting pahamkan betul2...

Walaupun sahabat kita tersalah ke ape. masih ada ruang untuk berbincang.... bermuzakarah... kita yang lebih tahu perlu la bantu mereka dengan baik2.. bukannya maki2.. sebab itu bukan cara Islam. PERNAH NABI MAKI2 orang? takkan? malah nabi siap berdoa lagi.. papepon Tenangsudey..

Anonymous said...

hadi awang tak sebut pun pasal qarinah sebab boleh jatuhkan sekutu dia ... puak2 PAS penjual agama akan ambil keuntungan islam yg boleh pastikan meraka dapat kuasa je ...hakikatnya ..mana ada org nak buat maksiat kat tempat yg x selamat ..sebab tu dalam islam ada qarinah ...betul kata ustaz kazim , puak PAS ni assobiyah , membela kebatilan puak mereka je ..

Anonymous said...

JADIKAN KISAH NABI IBRAHIM UTK ISU INI. DIA TELAH DITUDUH OLEH IBU ANGKATNYA SENDIRI
TIADA 4 SAKSI DALAM KES ITU TAPI SEKADAR BAJU NABI IBRAHIM YANG KOYAK DARI BELAKANG DIJADIKAN BUKTI.

PASAL KARTUN TU, SEBENARNYA TIADA PENGHINAAN KE ATAS AGAMA ISLAM. DIOLAG YANG DIBUAT ADALAH DIOLAG SEBENAR DARI PARTI PEMBANGKANG SENDIRI YG DIKARTUNKAN.

Anonymous said...

KESILAPAN DI ATAS: NABI YUSOF

Panji said...

to Anonymous said-
ko ckp malaikat xtnye parti ape dlm kubur ye?mmg la xtnye..tp islam itu sendri memrlukan parti politik supaya ia kuat..parti itu lah yg memimpin islam supaya lagi kuat..kalau parti itu sendiri tak terima hukum Allah(hukum hudud),mcm mana islam nak maju..pakai selipar pon guna agama jugak..sarung kaki kanan dulu,masuk tandas pun ada agama jugak,semua ada agama,malah bersetubh pun ada agama..jadi parti politik tak kan tak guna agama?ko ckp pas hanya gunakan islam untuk dpt kuasa,guna nama islam,kire pergunakan islam..dah mmg kita org islam,mmg gunakan nama islam..tak kan nak gunakan nama kristian..gunakan islam bererti gunakan Allah..mmg kite guna Allah mintak kuasa..kita umat islam haram bergantung kepada selain Allah..kalau kite berterima kasih kpda doktor kerana mnyelamatkn nyawa kita pun haram..kerana Allah yg mnyelamatkn nyawa..jadi jwapanye "terima kasih atas usaha doktor"..dlm hati Allah lah segalnya..jadi kite mermerlukan Allah dri segenap aspek..ustaz kazim ckp PAS assobiyah..itu manusia..kita tak boleh lari dari kesilapan..sama jugak puak syiah..yg di sanjung saidina Ali..saidina Ali tak salah apa2 pun..puaknya sahja yg salah..sama juga kes ni..segelintir puak PAS je yg begitu..tp akar umbinye benar..menegakkan islam..tp UMNO akar umbinya dah slah..kat padang msyar nanti kita akan berdiri belakang pemimpin kita..kalau pemimpin kita menentang hukum Allah,kita pun dikira menentang..okei,korg pon ckp pemimpin aku nnti kat pdg msyar nabi muhmammad...tak pun imam syafie..kalau pemimpin korg tu,kenapa tak laksanakn hukum hudud mcm pemimpin nabi muhammad dan imam syafie?maknanya tu bukan pemimpin korg la..pemimpin korg sbanr british sebab guna undang2 british..british masuk neraka x?jd ko kat belakng dia..fikir2kan lah sendiri..macam haji hadi ckp hukum separuh2..abis ko pun faham separuh2 la kn?ko tau yg haji hadi maksudkan qarinah kn?knape ko nak pertikaikn ckp dye ade niat politik?yg mslahnye org xphm lebih mendalam hukum2 agama yg suka persendakan..skrg ape mslah ko skg?ko skong mane?Allah dah bagitau..sbgai contoh..puak benar,puak berkecuali,puak salah..sapa ikit puak salah masuk neraka..sapa ikut puak berkecuali,(tak skong mane2) pun masuk neraka..yg skong puak benar sahaja ada harpan masuk syurga..kaw pnah dgr kn?..lagi satu..pasal kartun tu..org serban diperlakukan jahil..ini menjadikan org bukan islam dan org jahil TAK YAKIN DENGAN ISLAM..kerana org serban mewakili islam..kenapa utusan buat lawak haram mcm tu?UMNO sendiri tak sensitif tentang islam..

Anonymous said...

penjelasan yang bagus...

Anonymous said...

muhamad faizal bin mohamad rosli,

ko tak payah nak merepek panjang2, banyak lagi ilmu ko perlu belajar. ko pergi baca dulu apa beza guna dengan perguna. baca bab tu je dulu...

Anonymous said...

Awesome website you have here but I was
wanting to know if you knew of any discussion boards that cover the
same topics talked about here? I'd really love to
be a part of online community where I can get
responses from other knowledgeable individuals that share the same interest. If you have any
suggestions, please let me know. Kudos!

Feel free to visit my website; View my web page

Anonymous said...

I am really enjoying the theme/design of your
weblog. Do you ever run into any web browser compatibility issues?
A small
number of my blog audience have complained about
my blog not working correctly in Explorer but looks great in
Chrome. Do you have any solutions to help fix this issue?



My web site: Please visit my site

Anonymous said...

Hey! I'm at work surfing
around your blog from my new iphone 3gs! Just wanted
to say I love reading through your blog and look forward to all your posts!
Keep up the great work!

Feel free to surf to my website - My Site

Anonymous said...

Klu baca penerangan diatas, macam Kes rogol didakwa dibawah undang-undang takzir. Nak tanya, nak dakwa guna enakmen mana seksyen mana ? Apa peruntukan hukuman(seksaan) terhadap perogol yang terbukti tanpa keraguan munasabah melakukan perbuatan rogol?

Klu refer Enakmen Jenayah Syariah Hudud dan Qisas Kelantan dan terengganu, tak dok peruntukan bagi kesalahan merogol.
klu refer Akta 574 Kanun keseksaan pendakwaan dibawah Seksyen 375 manakala seksyen 376 memperuntukkan hukuman ke atas perogol, tapi hukuman (seksaan) tak cukup keras nak menyeksa perogol . Lagipun, akta 574 undang-undang kafir dan penjajah sebagaimana didakwa oleh pemimipn PAS. Boleh pakai ke ?

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...