Sunday, April 13, 2014

Cara Mudah Daftar Haji Dengan Penyata KWSP | Ayuh Tunaikan Haji

Tertarik dengan perkongsian sahabat di Facebook mengenai cara daftar haji yang dipermudahkan.




Ramai yang agak keberatan untuk buat. Sebabnya nilai RM1300, yang perlu ada dalam akaun Tabung Haji, bagi membolehkan seseorang itu mendaftar untuk menunaikan haji, agak tinggi bagi sesetengah orang. Kerana apabila wang RM1300 ini didepositkan, ia perlu sentiasa kekal di dalam akaun dan tidak boleh dikeluarkan sehinggalah tibanya giliran untuk menunaikan haji. Dan jjkalau ingin mengeluarkannya juga, pendaftaran untuk menunaikan haji perlu dibatalkan dan perlu mendaftar semula. Dengan kata lain, akan diberi giliran baru, yang tentunya memakan masa yang lebih lama. Apabila niat untuk mendaftar haji sentiasa tertangguh, kesan besarnya adalah tahun yang diperuntukkan untuk giliran menunaikan haji semakin lama, sehingga mencecah seratus tahun. Tapi, ada cara yang lebih mudah tanpa perlu mendepositkan wang RM1300. Anda tidak perlu mendepositkan sesen pun ke dalam akaun Tabung Haji. Caranya adalah menggunakan penyata KWSP. Dengan syarat akaun 1 KWSP anda perlu mempunyai simpanan minima sebanyak RM1300. Bawa penyata tersebut ke Tabung Haji dan anda akan didaftarkan terus untuk menunaikan haji. Tanpa perlu mendepositkan sesen pun. Menariknya, ramai yang tidak tahu kaedah ini. 

Sumber : Hj Mohd Lutfi TH Sumber dari KWSP : 
http://www.kwsp.gov.my/portal/epf-members-hajj-registration

Ayuh kongsikan mudah-mudahan lebih ramai berusaha untuk tunaikan haji. Insya Allah. Moga diberkati.

1 comment:

sindy tanoto said...

Selamat datang di RUBYQQ, Agen poker judi online terbesar dan terpercaya.
Kini hadir dengan 7 Games Terpopuler
Murni player vs player 100%
Bonus Turnover 0.5% *dibagikan setiap hari pada jam 12 siang
Bonus referral 20% *berlaku seumur hidup
Bonus jackpot jutaan rupiah setiap hari nya

UNTUK MENDAFTAR SILAHKAN KLIK LINK BERIKUT : https://goo.gl/71WTFu

Hubungi kami di layanan servis 24jam nonstop,
- Livechat 24 jam : Official site rubyqq
- Pin BBM : 2B8938F7

#bandarq #bandarpoker #cimbniaga #pokercimb #dominoqq #agenpoker #pokeronlineterpercaya #bandarsakongonlineterpercaya #judionline #indonesia #jakarta #agenpokerindonesia #judionlinecasino #agenbandarq #agenbandarpoker #deposit #cashback

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...