Saturday, November 17, 2012

Ringkasan Kisah Gaza Palestin dan Israel Laknatullah

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua,

Pertamanya, saya bukanlah ahli/ arif untuk bercerita mengenai hal ini. Namun, saya harap dengan sedikit usaha saya ini mampu untuk memberikan kesedaran kepada kita mengenai PALESTIN dan ISRAEL LAKNATULLAH. Saya akan ringkaskan dalam konteks general kita sebagai Umat Manusia

Palestin = Kawasan Rumah anda
Israel = Musuh 
US, PBB = 'TUAN RUMAH'

KENAPA PERLU BANTU PALESTIN?


















Bayangkan dahulunya kawasan rumah anda ialah yang berwarna HIJAU, tapi sekarang, MUSUH anda yang menguasai hampir keseluruhan rumah anda. Bukan secara aman, tapi secara bermati-matian tanpa dihalang oleh kuasa besar dunia yang kononnya mengaku sebagai TUAN RUMAH.

BAGAIMANA KAWASAN RUMAH ANDA INI DICEROBOH?

Tanggal 15 Mei 1948 merupakan peristiwa hitam bagi rakyat Palestin dan umat manusia amnya kerana pada tarikh ini, dengan rasminya tertubuh Negara Haram Israel. Peristiwa ini dikenali sebagai Nakhbah Palestin yang merujuk kepada penubuhan negara haram Israel. Nakhbah sendiri bermaksud “malapetaka atau bencana besar”.

Peristiwa ini bermula dengan terlaksanaya kependudukan dan penjajahan haram oleh rejim Zionis ke atas tanah dan penduduk asal negara Palestin secara sistematik dengan bantuan PBB dan British.



Israel dibenarkan memiliki senjata berteknologi tinggi dan Palestin terus dikenakan sekatan sehinggakan bantuan yang ingin diberikan oleh dunia luar gagal disampaikan dengan mudah kepada Palestin, TAPI HAK INI DINAFIKAN UNTUK UMAT ISLAM PALESTIN. Bayangkan jika anda terkurung dalam rumah dan musuh2 anda mengelilingi kawasan rumah anda menghalang segala bantuan, adakah anda akan terus HIDUP? SEBELUM SEMPAT ANDA HABIS BERFIKIR, RUMAH ANDA PULA DIBOM. TAPI MEREKA DI PALESTIN CUKUP KUAT SEHINGGAKAN MAMPU KELUAR RUMAH MELIHATKAN ROKET2 YANG INGIN MENGEBOM RUMAH MEREKA. SUBHANALLAH.




APA KESANNYA DAN MENGAPA KITA PERLU AMBIL TAHU?
Baru 3 tahun sahaja, tapi telah menjadi mangsa kerana kekejaman Israel. Adakah anda sanggup melihat adik anda sebegitu? atau jika tidak adik, sanggupkah melihat anak anda seperti itu??
         Adakah kita ingin biarkan bayi kecil yang langsung tidak berdosa terbakar seperti di atas? Sanggupkah anda melihat anak anda terbakar sebegitu?















APA YANG KITA BOLEH BUAT?

1. DOAKAN ALLAH PELIHARAKAN DAN BERIKAN BANTUAN KEPADA MEREKA DI PALESTIN
2. JAGA AKHLAK, AQIDAH, MAKAN MINUM KITA, SUPAYA DOA KITA DITERIMA


3. Aqsa Syarif(AGEN BANTUAN RASMI DAN DIAKUI) menyeru semua rakyat Malaysia bersedia membuat sumbangan mereka melalui akaun-akaun AQSA SYARIF BERHAD seperti berikut:

• Maybank Islamic: 5515 7500 4299
• Bank Islam: 12 092 01 003490 4


Antara bantuan segera yang diperlukan adalah:

a) Makanan asas
b) Ubat
c) Pakaian sejuk dan selimut
d) Pembiayaan rawatan di hospital Mesir bagi yang cedera parah
e) Pembiayaan kos baik pulih rumah-rumah yang musnah



Usah biarkan wajah ini berterusan


Pejamkan mata seketika, bayangkan bayi dan kanak2 di atas adalah adik atau anak kita. Apa yang akan kita buat?? Rumah kita terus dibakar dan kita terus diancam........... Kongsikanlah, mudah-mudahan kita sama-sama dapat membantu dalam memberikan derma, serta mendapat kesedaran mengenai isu Palestin dan Israel, jika tidak details pun setidak-tidaknya tahulah sedikit sebanyak kerana inilah bukti cinta dan kasih kita. Jika dapat tahu lebih lagi lepas ini, itulah sebaik-baiknya.

Ayuh perbaiki diri dan insafi diri serta terus menderma dan mendoakan rakyat Palestin. 


Boleh jadi kita ini insan yang cukup hina pada pandangan kita, namun boleh jadi juga dengan keikhlasan doa kita mendoakan saudara kita di Palestin, doa kita yang hina ini diterima oleh Allah. Maka walau siapa pun kita, usahlah berputus asa mendoakan mereka di Palestin. Jikalau tak mampu doakan diri sendiri, cukuplah kita mendoakan mereka di Palestin.

Terima kasih. Ayuh kongsi.


Sumber rujukan dan gambar:
1. Aqsa Syarif Malaysia
2. Facebook
3. Google Image

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...