Tuesday, January 18, 2011

Pemilik Bugatti Isi Minyak RM932




Wah! menurut kosmo hari ini.

Seorang pemandu kenderaan mewah jenama Bugatti Veyron mengisi minyak sebanyak £192 (RM932) di sebuah stesen minyak termahal di Britain, Texaco.

Stesen itu mengenakan bayaran 192 pence (RM7.74) untuk setiap satu liter minyak.

Kereta itu memerlukan sebanyak satu liter minyak untuknya bergerak sejauh 3.2 kilometer.

 Haaa,, tak perlu amik kalkulator, meh saya tolong kirakan. Kalau dikirakan isi minyak RM932 dengan harga RM 7.74 seliter. Kereta ini dapat diisi dengan 120.4 Liter minyak.

Pastu kalau kereta ini bergerak sejauh 3.2 kilometer dengan memerlukan satu liter minyak. Bermakna kereta ni lepas diisi dengan minyak sebanyak RM932 boleh bergerak sejauh 385.32 kilometer.


Kereta ini kalau dari Kuala Lumpur nak balik ke Terengganu pun tak cukup ni kalau hanya diisi dengan RM932 sahaja. Sebab jarak daripda Kuala Lumpur ke Terengganu ialah 414 kilometer. Jadi kene isi pulak lagi RM70 minyak barulah sampai ke Kuala Terengganu. Jadi duit minyak sekali balik ke Terengganu dari Kuala Lumpur ialah RM1002. Tu tak campur tol lagi. huhu

Tapi memang best ah kereta ini, laju dan terbaik design dia.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...