Saturday, December 4, 2010

Minyak Naik, Gula Naik, Darah Naik?

Berkuat kuasa hari ni 4/12/2010 (yea arini la), ada sesuatu yang perlu kita fikir2kan dan renung2kan..... Kenaikan ini adalah sebagai langkah kedua Program Rasionalisasi Subsidi. Tapi sewajarnya sebelum tindakan ini dilakukan, pihak kerajaan perlu lihat macam mana mekanisme kenaikan ini dan kesannya terhadap golongan yang berpendapatan rendah dan khususnya penduduk di luar bandar.

Betulah kan.. kalau tak tarik subsidi nih, negara akan makin parah, tapi betul ke duit ni betul2 digunakan untuk bantu rakyat or makin bebankan rakyat dan yang kaya makin kaya dan yang miskin makin parah menantikan pembelaan.



Harga Petrol RON95 naik 0.05 sen kepada RM1.90/liter
Harga diesel dari RM1.75 kepada RM1.80/liter 
Harga gas asli cecair (LPG) dinaikkan 0.05 sen kepada RM1.90 
Harga gula dinaikkan sebanyak 0.20 sen menjadikan harga gula adalah RM2.10 sekilo.

Oklah fine... pasal gula tu aku tanak komen sgt la... sebab pak abu n pak ali duk slalu je ngeteh n buang masa banyak sgt kat kedai kopi, nanti gula naik.. air ngeteh kat kedai kopi pon naik.. baru la skit kurang diorang ngeteh.. haha. 


Tapi papepon, kene consider gak kenaikan gula ni since kenaikan 0.20 adalah sgt tinggi. Fikirkan... gula ni bukan org wat air je... dalam masakan pon ada juga... tak mustahil harga makanan akan juga naik...




OK.. kite tinggalkan gula dan kenaikannya... Skang ni kite nak cite pasal kenaikan harga minyak...

Harga Petrol RON95 naik 0.05 sen kepada RM1.90/liter

Harga diesel dari RM1.75 kepada RM1.80 seliter 


Apa yang korang faham pasal kenaikan nih? SUME bende akan naik.... sebab apa? ape korang blajar masa skolah dlu... Harga kos barang ditentukan dengan apa? salah satunya ialah kos pengangkutan.. pengangkutan tu pakai ape? pakai lori, keta n macam2 lagi... jadi bile diorang tak isi air untuk bergerak.. isi minyak.. maka sudah tentulah harga barang juga akan naik...

Cube fikirkan di kampung, bayangkan macam mane di hulu sarawak, hulu terengganu, hulu kelantan, hulu perak dan segala hulu la..... macam mane diorang jual minyak? ada pam minyak di merata tempat ke? yang ada minyak yang dijual dalam tong besar dan dipam secara manual, dibotolkan dan dijual.

Fikirkan lagi, kalau dari hulu segala hulu tu, mcm mane diorang nak dptkan bekalan stok minyak, gula dan segalanya. Sudah tentu dengan kenaikan harga minyak ini akan memberikan lagi impak yang besar terhadap bekalan ini.


Sebagai contoh... harga minyak mungkin RM1.90. Tapi Pak Samad yang tinggal di hulu terengganu terpaksa menaiki sampan dayung punyer dayung sampai la ke muara nak dptkan bekalan minyak. Takpon Pak Abu yang naik lori lamanya yang asap itam kuar steady je, tapi tabah je pegi ke bandar nak dptkan bekalan minyak. 


Setelah mereka pulang, sudah tentulah harga minyak ini akan menjadi lebih tinggi dari harga asalnya, kerana kos untuk mereka dptkan cukup sukar dan kos pembelian juga makin bertambah... Mungkin yang kat bandar dah terbeban.. tapi yang di hulu... bertambah-tambah terbeban.

Papehal pon aku tak kata kerajaan salah nak kurangkan subsidi, cume kene fikirkan juga macam mane nak membantu golongan yang paling terjejas n terkena kesan bende alah nih..Sebab mekanisme sebelum ni nampakknya kurang berjaya mencapai golongan sasarnya.... moga Pelan Pembangunan tak mengabaikan rakyat2 di luar bandar yang juga memerlukan kebajikan...





Oleh itu renung2kan.. dan selamat beramal...






   



Kenapa Kerajaan naikkan harga Gula dan bahan bakar tu?


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala, berkata penyelarasan semula harga barangan itu membolehkan kerajaan mengurangkan perbelanjaannya mencecah RM1.18 bilion di samping mengimbangi defisit kewangan negara.

Katanya langkah itu selaras dengan Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang mahu meningkatkan pendapatan negara kasar perkapita kepada RM46,500 (AS$15,000) menjelang 2020.

Beliau berkata, pengurangan perbelanjaan subsidi itu akan digunakan untuk melaksanakan inisiatif dan program dalam Pelan Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang dapat meningkatkan kualiti hidup rakyat. 

Sumber : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/HargaRON95_LPG_gulapasirdiselarashariini/Article

Harap2.. kerajaan dapatlah buat mekanisme yang betul2 dapat membantu golongan yang terjejas tuh....amiin


** name yang digunakan tiada kena mengena yang hidup mahupun yang sudah meninggal dunia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...