Friday, January 10, 2014

Video Menarik Tazkirah Dr Ridhuan Tee Mimbar Pencetus Ummah Akhir 2013

Subhanallah, cukup menyentuh hati tazkirah yang disampaikan oleh Dr. Ridhuan Tee, sama2 kita hayati dan ambil kebaikan yang ada dalam tazkirah ini. Kredit buat Cikgu Ruby.

Wednesday, August 17, 2011

Hakikat Sebuah Cinta Dalam Diam

Saban hari kita sering dimomokkan dengan kisah cinta antara teruna dan dara. Tapi kita sering lupa akan hakikat sebuah cinta dalam diam. Kita sering lupa bagaimana kita dilahirkan, kita dibesarkan oleh sebuah perasaan cinta dalam diam tanpa kita sedari.

Kalau kita imbau kembali, dari sejak hari pertama kita dilahirkan, bersekolah, memasuki universiti, bekerja dan sehinggalah ke hari ini, telah banyak nilai cinta dan kasih sayang yang kita terlepas pandang. Kita lebihkan cinta yang kadang-kadang datang dan pergi tanpa ambil tahu cinta ibu dan bapa kita kepada kita.

Cinta mereka mungkin tidak diluahkan, tidak dizahirkan secara terang-terangan, namun jika cinta itu dirasakan dengan hati yg suci, maka takkan tertanding dengan cinta antara teruna dan dara. 

Sekadar sebuah perkongsian, video ini cukup menarik untuk satu rumusan kisah cinta seorang penjaga samada ibu, bapa terhadap anak.




Ingatlah, Kasih Ibu Membawa ke Syurga, Kasih Ayah Sepanjang Masa. Hargailah selagi mereka masih ada. Jika sudah tiada, kirimkanlah doa dan pahala berterusan, kerana pahala dan amalan yg baik dari anak2 akan membantu mereka di kubur.

Kalau kita derhaka, bukan bermakna kita akan derhaka selama-lamanya, kalau kita jahat, bukan bermakna kita akan jahat selama-lamanya, persoalannya kalau kita nak berubah kenapa bukan sekarang? Renung-renungkan dan selamat beramal.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...