Wednesday, November 14, 2012

Doa Awal dan Akhir Tahun Hijrah Serta Kisah Muharam



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua,

video

Esok (15/11/2012) bersamaan 1 Muharam. Maka bermulalah tahun baru Hijrah 1434. Sebab tu la esok Malaysia Cuti. Tapi kalau ikutkan dalam Islam, lepas maghrib tu da bermula dah 1 Muharam. Sebab tu Doa akhir tahun kita baca lepas Asar dan doa awal tahun kita baca lepas maghrib.


Maksud Muharam
 Maksudnya 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91)

Erti Ayat Al Baqarah 91
Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Berimanlah kamu kepada apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepada Nabi Muhammad)", mereka menjawab: "Kami hanya beriman kepada apa yang telah diturunkan kepada kami (Taurat)". Dan mereka ingkarkan (Kitab) yang lain yang diturunkan kemudian daripadanya, padahal Al-Quran itu benar lagi mengesahkan Kitab Taurat yang ada pada mereka. Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika demikian mengapa kamu membunuh Nabi-nabi Allah pada masa yang lalu kalaulah kamu benar-benar orang-orang yang beriman?".

Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.


Kenapa penting sgt awal muharam nih?
 - Bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah).
-  1 Muharam bermulanya ditetapkan perkiraan Tahun Hijrah oleh Khalifah Umar al Khattab
- 10 Muharam dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:
  • Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
  • Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
  • Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
  • Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
  • Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
  • Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
  • Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
  • Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
  • Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  • Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
  • Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
  • Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  • Hari pertama Allah menciptakan alam.
  • Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
  • Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  • Allah menjadikan 'Arasy.
  • Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  • Allah menjadikan alam.
  • Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  • Nabi Isa diangkat ke langit.

DOA AKHIR TAHUN HIJRAH





DOA AWAL TAHUN





Jadi eloklah jika kita sama2 bersedia untuk menyambut awal muharam ni, kita bersihkan diri daripada bende2 yang x elok. Jadi niatkanlah dan berazam untuk jadikan tahun baru ni lebih baik daripada tahun sebelumnya.

Ingatlah kalau dahulu kita jahil tak bermakna kita akan selamanya kita akan jahil jika kita ingin berubah.
Ingatlah kalau dahulu kita jahat, x bermakna kita tidak boleh berubah menjadi orang yang baik.
Ingatlah kalau semalam kita tak tahu mengenai agama, tak mustahil kita akan tahu ilmu agama jika kita cari

Persoalannya di sini, apa yang telah kita buat untuk kita berubah jadi lebih baik? brapa banyak perbuatan jahat yang kita buat untuk jadikan kita lebih jahat dan berapa banyak perbuatan baik yang kita buat or ingin buat untuk jadikan kita sekurang kurangnya lebih baik dari semalam?

Bukan soal doa awal dan akhir tahun sahaja, tapi itulah manifestasi cinta kita terhadap diri kita dengan meletakkan pengharapan dan misi serta visi buat tahun yang mendatang. Jika tidak boleh dalam bahasa arab doanya, maka cukuplah dalam terjemahan.

Salam Maal Hijrah 1434H. Moga Allah berkati kalian dan permudahkan hidup kalian. amiin


Renung2kan dan selamat beramal.... Selamat Maal Hijrah


Source : http://citramadani.blogspot.com/2009/12/awal-muharram-doa-akhir-tahun-dan-awal.html
              http://www.mymasjid.net.my/al-quran/surah/2/Al-%20Baqarah/10

Monday, December 6, 2010

Awal Muharam Satu Permulaan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua,

Esok (7/12/2010) bersamaan 1 Muharam. Maka bermulalah tahun baru Hijrah 1432. Sebab tu la esok Malaysia Cuti. Tapi kalau ikutkan dalam Islam, lepas maghrib tu da bermula dah 1 Muharam. Sebab tu Doa akhir tahun kita baca lepas Asar dan doa awal tahun kita baca lepas maghrib.

Maksud Muharam
 Maksudnya 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91)

Erti Ayat Al Baqarah 91
Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Berimanlah kamu kepada apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepada Nabi Muhammad)", mereka menjawab: "Kami hanya beriman kepada apa yang telah diturunkan kepada kami (Taurat)". Dan mereka ingkarkan (Kitab) yang lain yang diturunkan kemudian daripadanya, padahal Al-Quran itu benar lagi mengesahkan Kitab Taurat yang ada pada mereka. Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika demikian mengapa kamu membunuh Nabi-nabi Allah pada masa yang lalu kalaulah kamu benar-benar orang-orang yang beriman?".

Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

Kenapa penting sgt awal muharam nih?
 - Bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah).
-  1 Muharam bermulanya ditetapkan perkiraan Tahun Hijrah oleh Khalifah Umar al Khattab
- 10 Muharam dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:
  • Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
  • Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
  • Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
  • Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
  • Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
  • Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
  • Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
  • Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
  • Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  • Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
  • Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
  • Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  • Hari pertama Allah menciptakan alam.
  • Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
  • Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  • Allah menjadikan 'Arasy.
  • Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  • Allah menjadikan alam.
  • Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  • Nabi Isa diangkat ke langit.

DOA AKHIR TAHUN HIJRAH

Doa akhir tahun ni kita bace 3x lepas asar pada hari  terakhir bulan Zulhijah iaitu bulan terakhir dalam dalam Tahun Hijrah

Kalau sape2 baca doa ni nescaya syaitan akan berkata:
"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan
aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"




DOA AWAL TAHUN

Doa Awal Tahun kita bace 3x lepas maghrib lepas solat maghrib 1 Muharam.

Bila kita baca doa nih, Insya Allah Syaitan akan berkata :
"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan
dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".



Jadi eloklah jika kita sama2 bersedia untuk menyambut awal muharam ni, kita bersihkan diri daripada bende2 yang x elok. Jadi niatkanlah dan berazam untuk jadikan tahun baru ni lebih baik daripada tahun sebelumnya.

Ingatlah kalau dahulu kita jahil tak bermakna kita akan selamanya kita akan jahil jika kita ingin berubah.
Ingatlah kalau dahulu kita jahat, x bermakna kita tidak boleh berubah menjadi orang yang baik.
Ingatlah kalau semalam kita tak tahu mengenai agama, tak mustahil kita akan tahu ilmu agama jika kita cari

Persoalannya di sini, apa yang telah kita buat untuk kita berubah jadi lebih baik? brapa banyak perbuatan jahat yang kita buat untuk jadikan kita lebih jahat dan berapa banyak perbuatan baik yang kita buat or ingin buat untuk jadikan kita sekurang kurangnya lebih baik dari semalam?

Renung2kan dan selamat beramal.... Selamat Maal Hijrah


Source : http://citramadani.blogspot.com/2009/12/awal-muharram-doa-akhir-tahun-dan-awal.html
              http://www.mymasjid.net.my/al-quran/surah/2/Al-%20Baqarah/10
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...