Wednesday, December 29, 2010

Selekoh Kambing, Pasar Kemboja

Hari ini ada baca berita pasal Selekoh Kambing, ingatkan selekoh tu ada kemalangan melibatkan kambing ke. Tapi rupanya ada Pasar Kemboja kat sini. Berikut berita penuh daripada Metro





SUNGAI BULOH: Murah dan berbaloi. Itu rata-rata komen warga Sungai Buloh yang kini tidak perlu membayar tambang ke Kemboja apabila semua produk tersedia kepada pengunjung di Pasar Kemboja atau dikenali sebagai ‘Selekoh Kambing’ di Kampung Kubu Gajah, dekat sini, sejak 20 tahun lalu.
Lebih menarik, semua produk makanan dan pakaian seperti ikan salai, daging salai, tudung, seluar serta perkakasan dari Kemboja dijual di situ.


Bukan itu saja, produk pakaian wanita dan lelaki kegilaan ramai seperti yang terdapat di pusat beli-belah Nilai 3, Negeri Sembilan, juga boleh didapati di pasar berkenaan pada ‘harga runtuh’.

Misalnya, tudung gaya terkini, boleh dimiliki pada harga semurah RM4 sepasang berbanding RM15 hingga RM20 di pasar raya atau kedai tudung berjenama lain, manakala baju pasang berkualiti RM10 sepasang.

Pengunjung, Mohd Adwin Ramli, 29, berkata beliau menggunakan bahasa Kemboja walaupun kurang fasih apabila berkunjung ke pasar berkenaan.


“Kebanyakan warga Kemboja yang berniaga di sini sudah tinggal di kawasan ini sejak puluhan tahun lalu dan memudahkan saya belajar bahasa Kemboja dengan mereka.

“Lagipun, mereka peramah dan akan bagi harga istimewa apabila kita membuat tawaran,” katanya.
Mohd Adwin berkata, ketika berada di Pasar Kemboja berkenaan, beliau seolah-olah berada di Kemboja dan ia menjadi pengalaman manis baginya.


Penduduk, Mohd Harun Hazwan, 56, berpendapat kewujudan warga Kemboja di situ membuatkan suasana Kampung Kubu Gajah lebih ceria.
“Masyarakat di sini lebih ramai dan berbilang bangsa. Saya gembira melihat pembangunan di sini terutama berikutan kewujudan Pasar Kemboja yang terkenal,” katanya.

Beliau berkata, penduduk di situ tidak perlu pergi hingga ke Nilai 3 atau Segamat, Johor, bagi mendapatkan barangan seperti kain pasang atau tudung dengan harga murah kerana semua jenis fabrik yang diinginkan mengikut gaya masa kini sudah tersedia kepada pengunjung.


Peniaga, Jaafar Alias, 27, berketurunan Kemboja berkata, sebagai peniaga pakaian yang mewarisi perniagaan bapanya, beliau berterima kasih kepada penduduk tempatan yang tidak menyisihkan warga Kemboja di situ.


“Saya meneruskan perniagaan bapa di sini kerana terpikat layanan penduduk tempatan yang baik dan berharap dapat terus berniaga dan menjual produk berkualiti kepada pengunjung pada harga rendah.


“Lagipun saya sudah mempunyai pelanggan tetap yang akan datang setiap minggu.

Beliau memberitahu, pelanggannya bukan saja datang daripada kawasan sekitar, malah ada yang datang dari Seremban, Melaka dan Perak bagi mendapatkan produk jualannya untuk kegunaan sendiri mahupun berniaga.


Ulasan Tenangsudey

Itulah dia Orang Kemboja, memang terkenal sebagai peniaga barang2 pakaian. Masa dulu pun ada juga jiran Kemboja tinggal area2 kawasan rumah saya, memang hebat gile dia berniaga pakaian. Tapi kehebatan dia ni jelas pada kerajinan dia mencari peluang2 untuk berniaga. Di mana ada pasar malam, di situlah akan ada dia. Kenapala orang2 melayu yang xde pekerjaan x rajin macam diorang ek? Maybe rase selesa duduk kat negara sendiri....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...