Thursday, June 16, 2011

Jom Solat Gerhana. Khamis 16 Jun jam 130 Pagi.

Daripada ‘Aisyah Radiallahu ‘anhu: Telah berlaku gerhana matahari ketika hayat nabi Sallallahu ‘alaihi wasalam. Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam pun keluar ke masjid, baginda bangun mendirikan solat, mengangkat takbir dan orang ramai mendirikan saf di belakang baginda Sallallahu ‘alaihi wasallam. Baginda saw membaca surah yang panjang, kemudian bertakbir, lalu ruku’ dengan ruku’ yang panjang. Kemudian baginda saw mengangkat kepalannya dan menyebut: Samiallahu Liman Hamidah Rabbana Wa Lakal Hamd. Kemudian baginda saw membaca surah yang panjang tetapi pendek sedikit daripada bacaan yang pertama. Kemudian baginda saw bertakbir dan ruku’ dengan ruku’ yang panjang tetapi ia pendek sedikit daripada ruku’ yang pertama. Kemudian baginda saw menyebut ‘Samiallahu liman hamidah. Rabbana Lakal Hamd. Kemudian baginda saw sujud. Seterusnya baginda saw melakukan hal yang serupa pada rakaat yang akhir. Sehinggalah baginda menyempurnakannya menjadi empat ruku’ dan empat sujud. Gerhana tamat sebelum baginda saw selesai solat. Kemudian baginda saw bangun dan berkhutbah kepada jemaah. Baginda saw memuji Allah. Kemudian baginda saw bersabda: Sesungguhnya bulan dan bintang merupakan dua ayat daripada ayat-ayat Allah. Ia tidak gerhana kerana kematian atau kehidupan seseorang. Seandainya kalian melihat ia (gerhana berlaku), dirikanlah solat. [Sahih Muslim: 901]

Dalam Sahih al-Bukhari ( 3202) disebutkan:
 ثم سجد سجودا طويلا 
Kemudian baginda saw sujud dengan sujud yang panjang

Ringkasan Cara Mendirikan Solat Gerhana
1)    Ia dua rakaat
2)    Membaca surah al-Fatihah dan surah yang panjang seperti al-Baqarah. Jika tidak, bacalah surah paling panjang yang kita hafal.
3)    Melakukan ruku’ yang panjang
4)    Bangun dari ruku dan membaca al-Fatihah serta surah yang pendek sedikit daripada surah sebelumnya
5)    Melakukan ruku’ yang panjang tetapi pendek sedikit daripada ruku’ sebelumnya
6)    Melakukan sujud yang panjang
7)    Duduk antara dua sujud
8)    Sujud dengan sujud yang panjang
9)    Melakukan rakaat kedua seperti rakaat pertama
10)  Solat ini boleh dilakukan secara bersendirian mahupun berjemaah
11)  Selepas solat, sunat untuk imam memberi nasihat dan amaran, serta menyeru makmum membanyakkan doa, istighfar dan amal soleh yang lain.

Note:
1) Insya-allah Masjid UIA Gombak akan melakukan solat gerhana, sahabat-sahabat digalakkan tidur di masjid UIA agar tidak terlepas peluang ini.

2)On the 16th of June 2011, we will be able to observe a total lunar eclipse starting from 1:25 a.m. to 7:01 a.m. In conjuction with Total Lunar Eclipse, National Space Agency (ANGKASA) and National Mosque will be organizing a Total Lunar Eclipse Observation Program at the Main Entrance of National Mosque (nearby the expo site) on 16 June 2011 from 1:00 a.m. to 7:00 a.m..
Public are invited to observe the phenomena through a few of telescopes that will be setup during the event.  You also can bring your own telescope in this program.
The first 1000 visitors attending the program will be given a tin of Eclipse Mints, contribution by The Wrigley Company (M) Sdn. Bhd..
The tentative program is shown below:
1:00 a.m. – 7:00 a.m.    Total Lunar Eclipse Observation
                                       Jupiter, Mars and Venus Observation
 Eclipse Talk
 Quiz    
3:00 a.m. – 4:00 a.m.    Solat Sunat Gerhana Berjemaah          
7:00 a.m.                        Dismiss
source: www.angkasa.gov.my
Original source of info : note from facebook
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...