Berhubung isu haram yang makin hangat sekarang ni, ramai sangat duk sebarkan pasal haram ini haram itu. Baru-baru ini heboh pasal secret recipe ada mengandungi DNA babi. Tadi saya ada terbaca di blog aididleaks pasal penjelasab secret recipe.
Saya tidak mahu menuding jari kepada siapa-siapa yang menjadi dalang dalam penyebaran isu ini. Tapi apa yang saya nak highlightkan, dalam kita menerima sesuatu berita. Wajiblah kita semak kesahihan berita itu agar ia tidak membawa kepada dosa berantai.
Kalau rasa tidak yakin dengan sesuatu, eloklah tidak dimakan terus. Kalau tidak pasti tentang sesuatu, eloklah tidak disebarkan dengan melulu. Allah kurniakan kita akal untuk berfikir dan menilai. Jadi gunakanlah sebaiknya.
Jikalau isu pemakanan halal dan haram dititikberatkan, harapannya isu hukum halal haram lain juga tidak diabaikan. Jangan hanya kerana bila tiba kena kat tempat kita je, kita pandai je nak halalkan benda yang haram seperti gambar di bawah.
Akhir kalam, kita sudah di akhir zaman. Sudah ramai artis berubah. Kita bile lagi? tepuk dada tanya iman. Wassalam
6 comments:
PUAK yg jnis nk menjatuhkan memang ramai..
dpt je satu berita,terus sebar..
asalkan DIA puas dpt tgk kejatuhan org lain..
lepas tu bangga kononnye DIA berjihad demi islam..
tah dikaji tah tidak info yg dia dpt..
itulah manusia sekarang..
Anamizu : nak mudah je.... kononnya concern dengan isu semasa...padahal buat isu lagi teruk adalah... nauzubillah
huhu. dulu saya penah kerja secret recipe...
rasa macam xkene juga dgn hebahan blog, sbb ape2 hal pon. every restaurant mesti letak sijil halal.
n lg satu, pihak dbkl/yg wajib sure check punyalah..
bukan setakat restaurant, pekerja pon sama.
huhu. nasib baik lah mende ni dah clear...
Jaybon : yap.. derang ade department khas untuk maintain benda camni...
dah agak da....suke sgt menyebar..pastu wat org percaya..yg percaya pun 1....tros2 amek pkai n g sebar pulak kt org len..len kali kaji la dulu...jgn maen percaya je...
ada ke teknology yg boleh detect DNA babi dlm makanan kt msia? nk check DNA orang pon susah, kena tunggu lama baru kluar result
Post a Comment