Berhubung isu haram yang makin hangat sekarang ni, ramai sangat duk sebarkan pasal haram ini haram itu. Baru-baru ini heboh pasal secret recipe ada mengandungi DNA babi. Tadi saya ada terbaca di blog aididleaks pasal penjelasab secret recipe.
Saya tidak mahu menuding jari kepada siapa-siapa yang menjadi dalang dalam penyebaran isu ini. Tapi apa yang saya nak highlightkan, dalam kita menerima sesuatu berita. Wajiblah kita semak kesahihan berita itu agar ia tidak membawa kepada dosa berantai.
Kalau rasa tidak yakin dengan sesuatu, eloklah tidak dimakan terus. Kalau tidak pasti tentang sesuatu, eloklah tidak disebarkan dengan melulu. Allah kurniakan kita akal untuk berfikir dan menilai. Jadi gunakanlah sebaiknya.
Jikalau isu pemakanan halal dan haram dititikberatkan, harapannya isu hukum halal haram lain juga tidak diabaikan. Jangan hanya kerana bila tiba kena kat tempat kita je, kita pandai je nak halalkan benda yang haram seperti gambar di bawah.
Akhir kalam, kita sudah di akhir zaman. Sudah ramai artis berubah. Kita bile lagi? tepuk dada tanya iman. Wassalam