Tuesday, September 13, 2011

Set Lunch Moven Peak Tak Halal Cuma Bebas Babi

Tentu ramai yang kenal Moven Peak Ipoh kan? Ini sedikit info buat korang untuk Set Lunch yang diorang ada offer ni. Makanan lain status halal tak dapat dipastikan, cume apabila bercampur antara halal dan haram, maka sebaiknya dijauhkan.



Info ini dipetik daripada page Movenpeak Ipoh. Ini rujukan link Moven Peak Ipoh

MOga kita same2 dapat elakkan diri daripada benda2 syubhah dan yang bercampur antara halal dan haram. Kalau dah terlepas makan tu tak dapat buat apa la kan, just berdoa moga daging kite dipelihara oleh Allah. Yang lepas tak dapat kita ubah, namun yang di hadapan mampu kita cegah dan rancang. Sesungguhnya sebaik perancangan adalah perancangan Allah.

Mencari Yang Halal Itu Fardhu Setiap Muslim


Sunday, May 29, 2011

Umat Islam Diingatkan Jangan Minum Bir Yang Didakwa Halal

Gambar sekadar hiasan

Umat Islam di negara ini diingatkan supaya tidak meminum sejenis bir yang didakwa halal oleh syarikat pengedarnya kerana didapati mengandungi alkohol melebihi had yang dibenarkan syarak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata dakwaan syarikat itu bahawa kandungan alkohol cuma 0.01 peratus adalah tidak benar selepas ujian makmal mendapati kandungannya sebanyak 0.5 peratus.

Katanya Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) bersama Majlis-Majlis Agama Islam Negeri akan bertindak menyekat penjualan minuman itu kepada umat Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata dakwaan syarikat itu bahawa kandungan alkohol cuma 0.01 peratus adalah tidak benar selepas ujian makmal mendapati kandungannya sebanyak 0.5 peratus.

Katanya Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) bersama Majlis-Majlis Agama Islam Negeri akan bertindak menyekat penjualan minuman itu kepada umat Islam.Akhbar semalam melaporkan mengenai penjualan 'bir halal' di pasaran yang semakin popular di kalangan umat Islam dan dikesan Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) baru-baru ini.Akhbar berbahasa Melayu yang memetik satu sumber berkata, JAIJ mengambil contoh minuman itu untuk diuji di makmal dan hasilnya mendapati bir tersebut dihasilkan dari pelbagai perisa buah-buahan mengandungi 0.5 peratus alkohol.

Akhbar itu turut memetik Mufti Johor Datuk Mohd Tahrir Samsuddin sebagai berkata bahawa Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan kandungan alkohol dalam makanan serta minuman yang dibenarkan syariat Islam ialah tidak melebihi 0.01 peratus.

Katanya ulama bersepakat menetapkan jumlah alkohol dengan kuantiti itu kerana ia boleh terhasil dalam makanan dan minuman secara semulajadi.
Minuman yang diimport dari sebuah negara Islam di Timur Tengah itu banyak terdapat di kafe-kafe di negara ini yang dijual antara RM3 hingga RM5 sebotol.

"Dalam keadaan tidak pasti, saya ingin menasihatkan umat Islam berhenti meminum minuman itu supaya tidak terperangkap dalam situasi yang mengelirukan," kata Jamil Khir.Sebelum itu, dalam ucapannya, beliau melahirkan rasa kesal kerana ada pihak-pihak yang ghairah mempermainkan institusi Mufti dan melabelkan mufti ke taraf terendah dan menyifatkan perbuatan itu sebagai biadap dan menghina agama.

Justeru, sebagai langkah yang terbaik, JAUHILAH BENDA-BENDA YANG SYUBHAH DAN SUDAH TENTU BENDA HARAM LAGILAH PERLU DIJAUHI. Benda-benda macam inilah boleh menjejaskan iman dalam diri dan mampu menggelapkan hati kita. Bila hati gelap, gelaplah dunia akhirat.

Berhati-hatilah dengan makanan dan minuman kita. Carilah yang benar jelas dan jauhilah yang syubhah. Yang lepas tu lepas la. Yang di hadapan kita jaga dan yang lalu kita jadikan sempadan demi kebaikan dunia akhirat
 Sumber:Bernama dan Berita Harian

Friday, May 27, 2011

Isu Haram Secret Recipe Beri Penjelasan


Berhubung isu haram yang makin hangat sekarang ni, ramai sangat duk sebarkan pasal haram ini haram itu. Baru-baru ini heboh pasal secret recipe ada mengandungi DNA babi. Tadi saya ada terbaca di blog aididleaks pasal penjelasab secret recipe. 

Untuk memastikan lagi kesahihan, saya pun buka fan page secret recipe Malaysia. Jadi ternyata memang mereka ada buat penjelasan seperti berikut :



 Saya tidak mahu menuding jari kepada siapa-siapa yang menjadi dalang dalam penyebaran isu ini. Tapi apa yang saya nak highlightkan, dalam kita menerima sesuatu berita. Wajiblah kita semak kesahihan berita itu agar ia tidak membawa kepada dosa berantai.

Kalau rasa tidak yakin dengan sesuatu, eloklah tidak dimakan terus. Kalau tidak pasti tentang sesuatu, eloklah tidak disebarkan dengan melulu. Allah kurniakan kita akal untuk berfikir dan menilai. Jadi gunakanlah sebaiknya.

Jikalau isu pemakanan halal dan haram dititikberatkan, harapannya isu hukum halal haram lain juga tidak diabaikan. Jangan hanya kerana bila tiba kena kat tempat kita je, kita pandai je nak halalkan benda yang haram seperti gambar di bawah.

Akhir kalam, kita sudah di akhir zaman. Sudah ramai artis berubah. Kita bile lagi? tepuk dada tanya iman. Wassalam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...