Sunday, May 29, 2011

Umat Islam Diingatkan Jangan Minum Bir Yang Didakwa Halal

Gambar sekadar hiasan

Umat Islam di negara ini diingatkan supaya tidak meminum sejenis bir yang didakwa halal oleh syarikat pengedarnya kerana didapati mengandungi alkohol melebihi had yang dibenarkan syarak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata dakwaan syarikat itu bahawa kandungan alkohol cuma 0.01 peratus adalah tidak benar selepas ujian makmal mendapati kandungannya sebanyak 0.5 peratus.

Katanya Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) bersama Majlis-Majlis Agama Islam Negeri akan bertindak menyekat penjualan minuman itu kepada umat Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata dakwaan syarikat itu bahawa kandungan alkohol cuma 0.01 peratus adalah tidak benar selepas ujian makmal mendapati kandungannya sebanyak 0.5 peratus.

Katanya Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) bersama Majlis-Majlis Agama Islam Negeri akan bertindak menyekat penjualan minuman itu kepada umat Islam.Akhbar semalam melaporkan mengenai penjualan 'bir halal' di pasaran yang semakin popular di kalangan umat Islam dan dikesan Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) baru-baru ini.Akhbar berbahasa Melayu yang memetik satu sumber berkata, JAIJ mengambil contoh minuman itu untuk diuji di makmal dan hasilnya mendapati bir tersebut dihasilkan dari pelbagai perisa buah-buahan mengandungi 0.5 peratus alkohol.

Akhbar itu turut memetik Mufti Johor Datuk Mohd Tahrir Samsuddin sebagai berkata bahawa Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan kandungan alkohol dalam makanan serta minuman yang dibenarkan syariat Islam ialah tidak melebihi 0.01 peratus.

Katanya ulama bersepakat menetapkan jumlah alkohol dengan kuantiti itu kerana ia boleh terhasil dalam makanan dan minuman secara semulajadi.
Minuman yang diimport dari sebuah negara Islam di Timur Tengah itu banyak terdapat di kafe-kafe di negara ini yang dijual antara RM3 hingga RM5 sebotol.

"Dalam keadaan tidak pasti, saya ingin menasihatkan umat Islam berhenti meminum minuman itu supaya tidak terperangkap dalam situasi yang mengelirukan," kata Jamil Khir.Sebelum itu, dalam ucapannya, beliau melahirkan rasa kesal kerana ada pihak-pihak yang ghairah mempermainkan institusi Mufti dan melabelkan mufti ke taraf terendah dan menyifatkan perbuatan itu sebagai biadap dan menghina agama.

Justeru, sebagai langkah yang terbaik, JAUHILAH BENDA-BENDA YANG SYUBHAH DAN SUDAH TENTU BENDA HARAM LAGILAH PERLU DIJAUHI. Benda-benda macam inilah boleh menjejaskan iman dalam diri dan mampu menggelapkan hati kita. Bila hati gelap, gelaplah dunia akhirat.

Berhati-hatilah dengan makanan dan minuman kita. Carilah yang benar jelas dan jauhilah yang syubhah. Yang lepas tu lepas la. Yang di hadapan kita jaga dan yang lalu kita jadikan sempadan demi kebaikan dunia akhirat
 Sumber:Bernama dan Berita Harian

Tuesday, January 11, 2011

Jasa Ibu Bapa Dilupakan, Jasa Orang Lain Disanjung



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Hari ini, dalam zaman Facebook dan Twitter, ramai remaja sudah menjadikan kawan sebagai sumber rujukan dan ikutan. Ibu bapa dibiarkan sekadar diberitahu apabila dalam kesusahan yang sudah tiada jalan keluar. Bila senang, mereka dilupakan. Hal ini kadang-kadang menjadikan ibu bapa kesepian dan ketagihan kasih sayang daripada anak-anak.

Mengimbau kembali sebuah hakikat dalam kehidupan insan bernama manusia, kita kadang-kadang lebih berterima kasih kepada orang yang kurang berjasa berbanding orang yang terlampau berjasa dalam kehidupan kita terutamanya ibu dan bapa kita. Tanpa mereka, siapalah kita. Kalau tak kerana pelaburan berjuta-juta dan tak ternilai mereka, tiadalah kita sebesar-besar manusia hari ini.

Tapi alangkah malangnya, pada hari ini, kita sebagai anak yang dikatakan kononnya ingin membalas jasa dan mengenang budi ini sering kali melupakan dan tidak selalu memikirkan pengorbanan dan kesusahan mereka dalam membesarkan kita.

Contoh paling jelas ialah, kalau kawan kita tolong sikit je, terus kita kenang. Dalam hati siap kata terharu la, puji la kawan kita ni bagus. Seterusnya, kalau kawan belanja roti canai dan teh tarik je pun, dah dalam hati kite berbunga puji kawan kita. Siap kata kaulah sahabat yang baik, nak kenang sampai akhir hayat lagi. Padahal ibu bapa kita berbelanja lebih besar lagi untuk memberikan keselesaan kepada kita, langsung kita tak terlintas dan pandang remeh je.
Cube ingat kembali, bagaimana bila mak kita tolong kejutkan kita bangun pagi waktu nak pergi sekolah masa kecil-kecil dahulu, mak kita masakkan makanan untuk kenyangkan perut kita tanpa membiarkan kita berlapar dan dahaga, mak kita bangun malam ketika kita menangis, mak kita mengandungkan kita 9 BULAN, langsung kita lupakan dan ingat pun sekadar ambil syarat sahaja, tak ubah seperti melepaskan batuk di tangga.

Itu tidak termasuk lagi pengorbanan seorang bapa memerah keringat untuk mencari sesuap rezeki bagi membesarkan anak-anak harapan keluarga, kelak menjadi penaung kepada negara.
Jadi dalam keadaan bertenang dan kalau boleh sebelum kita tidur, cuba renung sejenak, apa yang kita dah buat untuk kedua-dua ibu bapa kita. Cukup sayangkah kita kepada mereka? Mampukah kita menjaga mereka di kala mereka berdua sudah tua nanti? Adakah sama dengan cara mereka menjaga kita? lebih baikkah? atau sebaliknya?


Usah kata kita sibuk dan tidak ada masa untuk mereka, kerana semua itu adalah alasan orang yang malas untuk berusaha. Usah kata budak baik boleh la buat baik, aku ni budak jahat, macam mana nak buat baik kat kedua ibu bapa aku tu. Alah cakap senang la, ko ingat senang ke nak buat? Kalau banyak sangat alasan, kita takkan ke mana-mana. Hanya orang yang mahu berubahlah sahaja akan terus menjadi lebih baik daripada semalam dan esok lebih baik daripada hari ini. Bukan sampai kita kene jadi ulama baru kita nak buat baik, biarlah kite berubah sedikit demi sedikit, yang penting berterusan.

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuaanya. Dia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya…” (Al-Baqarah: 286)

Kalau rase susah sangat, ingatlah hakikat kesusahan yang sebenar adalah hakikat perjuangan Rasulullah menyebarkan Islam ini kepada kita untuk dihayati dan dijadikan sebagai JALAN HIDUP serta bukannya sekadar tertulis di atas kad pengenalan kita.

Akhir kalam, moga kita renung-renungkan jasa baik kedua-dua ibu bapa kita. Berubahlah untuk pelaburan yang baik di negara akhirat sana sebelum kedua-duanya pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya. Buat mereka yang sudah kehilangan salah seorang mahupun keduanya, kirimkanlah pahala menerusi 3 cara:
1) Sedekah jariah untuk mereka
2) Berusaha menjadi anak yang soleh dan solehah
3) Amakan ilmu-ilmu yang bermanfaat yang diajarkan oleh mereka mahupun yang pernah digalakkan oleh mereka.

Mudah-mudahan, kita mendapat keberkatan daripada Allah dan sentiasa menjadi hambaNya yang bersyukur dan bertakwa.

Renung-renungkan dan selamat beramal.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...