Tuesday, January 11, 2011

Jasa Ibu Bapa Dilupakan, Jasa Orang Lain Disanjung



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Hari ini, dalam zaman Facebook dan Twitter, ramai remaja sudah menjadikan kawan sebagai sumber rujukan dan ikutan. Ibu bapa dibiarkan sekadar diberitahu apabila dalam kesusahan yang sudah tiada jalan keluar. Bila senang, mereka dilupakan. Hal ini kadang-kadang menjadikan ibu bapa kesepian dan ketagihan kasih sayang daripada anak-anak.

Mengimbau kembali sebuah hakikat dalam kehidupan insan bernama manusia, kita kadang-kadang lebih berterima kasih kepada orang yang kurang berjasa berbanding orang yang terlampau berjasa dalam kehidupan kita terutamanya ibu dan bapa kita. Tanpa mereka, siapalah kita. Kalau tak kerana pelaburan berjuta-juta dan tak ternilai mereka, tiadalah kita sebesar-besar manusia hari ini.

Tapi alangkah malangnya, pada hari ini, kita sebagai anak yang dikatakan kononnya ingin membalas jasa dan mengenang budi ini sering kali melupakan dan tidak selalu memikirkan pengorbanan dan kesusahan mereka dalam membesarkan kita.

Contoh paling jelas ialah, kalau kawan kita tolong sikit je, terus kita kenang. Dalam hati siap kata terharu la, puji la kawan kita ni bagus. Seterusnya, kalau kawan belanja roti canai dan teh tarik je pun, dah dalam hati kite berbunga puji kawan kita. Siap kata kaulah sahabat yang baik, nak kenang sampai akhir hayat lagi. Padahal ibu bapa kita berbelanja lebih besar lagi untuk memberikan keselesaan kepada kita, langsung kita tak terlintas dan pandang remeh je.
Cube ingat kembali, bagaimana bila mak kita tolong kejutkan kita bangun pagi waktu nak pergi sekolah masa kecil-kecil dahulu, mak kita masakkan makanan untuk kenyangkan perut kita tanpa membiarkan kita berlapar dan dahaga, mak kita bangun malam ketika kita menangis, mak kita mengandungkan kita 9 BULAN, langsung kita lupakan dan ingat pun sekadar ambil syarat sahaja, tak ubah seperti melepaskan batuk di tangga.

Itu tidak termasuk lagi pengorbanan seorang bapa memerah keringat untuk mencari sesuap rezeki bagi membesarkan anak-anak harapan keluarga, kelak menjadi penaung kepada negara.
Jadi dalam keadaan bertenang dan kalau boleh sebelum kita tidur, cuba renung sejenak, apa yang kita dah buat untuk kedua-dua ibu bapa kita. Cukup sayangkah kita kepada mereka? Mampukah kita menjaga mereka di kala mereka berdua sudah tua nanti? Adakah sama dengan cara mereka menjaga kita? lebih baikkah? atau sebaliknya?


Usah kata kita sibuk dan tidak ada masa untuk mereka, kerana semua itu adalah alasan orang yang malas untuk berusaha. Usah kata budak baik boleh la buat baik, aku ni budak jahat, macam mana nak buat baik kat kedua ibu bapa aku tu. Alah cakap senang la, ko ingat senang ke nak buat? Kalau banyak sangat alasan, kita takkan ke mana-mana. Hanya orang yang mahu berubahlah sahaja akan terus menjadi lebih baik daripada semalam dan esok lebih baik daripada hari ini. Bukan sampai kita kene jadi ulama baru kita nak buat baik, biarlah kite berubah sedikit demi sedikit, yang penting berterusan.

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuaanya. Dia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya…” (Al-Baqarah: 286)

Kalau rase susah sangat, ingatlah hakikat kesusahan yang sebenar adalah hakikat perjuangan Rasulullah menyebarkan Islam ini kepada kita untuk dihayati dan dijadikan sebagai JALAN HIDUP serta bukannya sekadar tertulis di atas kad pengenalan kita.

Akhir kalam, moga kita renung-renungkan jasa baik kedua-dua ibu bapa kita. Berubahlah untuk pelaburan yang baik di negara akhirat sana sebelum kedua-duanya pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya. Buat mereka yang sudah kehilangan salah seorang mahupun keduanya, kirimkanlah pahala menerusi 3 cara:
1) Sedekah jariah untuk mereka
2) Berusaha menjadi anak yang soleh dan solehah
3) Amakan ilmu-ilmu yang bermanfaat yang diajarkan oleh mereka mahupun yang pernah digalakkan oleh mereka.

Mudah-mudahan, kita mendapat keberkatan daripada Allah dan sentiasa menjadi hambaNya yang bersyukur dan bertakwa.

Renung-renungkan dan selamat beramal.

18 comments:

Penjejak Mimpi said...

Salam.

Time kasih untuk peringatan ni.. :)

lini hasnan said...

Subhanallah..

Mrs Nurul said...

JASA IBU TAK PATUT DILUPAKAN..JASA YANG TAK TERBALAS DUNIA AKHIRAT..DIA YANG MELAHIRKAN MENDIDIK DAN MENJAGA KITA DARI KECIK HINGGA BESAR...KALAU IBU TU JAHAT SEKALIPUN..KITA SABAR JE LAA


ENTRI MANTAP & MELETOZZ :
# RAKAM VIDEO PEREMPUAN KENCING#
# HAPUSKAN RASA BENCI#
# CAWAN AJAIB UNTUK PEREMPUAN SAHAJA#

Aretikz said...

Setuju entri ini.. sememangnya jasa mereka tidak ternilai ^_^

TenangSudey said...

Itulah hakikat kehidupan, kita lebih utamakan orang lain daripada ibu bapa sendiri.. moga2 kite dijauhkan la daripada berterusan sebegitu

hestyrezyuda said...

alhamdulillah....

syukur dapat baca ini semua dari nukilan anak muda sekarang....

mak ayah selalu dalam hati... walau jarang d hubungi...

tapi kata kamu

" Hal ini kadang-kadang menjadikan ibu bapa kesepian dan ketagihan kasih sayang daripada anak-anak."

buat saya teringat dengan kata2 ayah saya... pindah la melaka.. ayah sunyi...

u make me feel sad dude... bukan tak nak.. tapi... kadang kala kalau kita jauh.. kita sentiasa 'wangi' kalau kita dekat kadang kala sejuk pun jadi panas.. =)

but i love my parents ... esok pagi nak kol mak lah :D

T E R I M A K A S I H C I K GUUUUUUUUUU

RHI said...

Syurga dibawah telapak kaki ibu..... mereka tak akan faham selagi mereka sendiri tak menjadi ibubapa, suatu hari mereka akan faham betapa besarnya pengorbanan ibu dan bapa mungkin waktu itu semuanya sudah terlambat

penaberkala said...

entri yg bermakna utk peringatan semua
tq bro

hilang sorang ibarat hilang satu sayap
apapun, itu dah pun jadi suratan dan takdir
perlu terima seadanya
harap dpt membahagiakan insan istimewa yg masih ada, insyaAllah

ayulunera said...

setinggi mane pon kite,sekaya mane pon kita..ibu bapa jangan sekali dilupaka....

Zaitun said...

Salam...Syukur dapat anak macam AaBa,sejuk perut mak mengandungkannya.

Syurga dibawah telapak kaki ibu.

TenangSudey said...

Syukur alhamdulillah.. segala perngatan dan hidayah tu daripada Allah.. sebagai seorang anak... wajarlah kite untuk terus berdoa agar hidayah sentiasa ada pada diri kite untuk terus membuat kebaikan.. amiin

nuriz said...

remaja sekarang pentingkan kawan, kononnya kawan tu memahami jiwa raga diorang, mak ayah tak faham, pendapat kawan lagi utama, sampai lupa kat mak ayah..mustahil la mak ayah tak faham anak sendiri, mungkin zaman skrg tak sama zaman mak ayah tapi tu tak bermakna mak ayah kita ketepikan..

azieazah said...

Entri yang mengesankan. Terimakasih berpesan-pesan saling mengingati.

Tiada ibubapa yang mahu anak-anak susah, diharap anak2 pun semua begitu jua.

pESAwah said...

impressive..puncanya myb ibu bapa sekarang sibuk dengan mengejar kerjaya masing2 hingga anak2 mereka lebihkan rakan2 mereka..

mungkin itulah juge bahana facebook.ataupun, mungkin anak2 sekarang boleh post kat wall parents "terima kasih mak ayah bangunkan adik pagi tadi. adik doakan mak ayah sejahtera dunia akhirat.." :) kan sweet?

TenangSudey said...

hestyrezyuda : alhamdulillah same2 la kita berkongsi..

yatie Awang : pengorbanan mereka tak ternilai..

ayulunera : di mana kita berada.. asalnya kita tak wajar dilupakan

Zaitun : alhamdulillah...syukur

azieazah : alhamdulillah.. terima kasih kerana sudi membaca



nuriz : itulah.. kene wujud komunikasi yang berkesan dalam keluarga.. barulah bahagia..

pESAwah : bagus gak tuh.. idea yang bernas.. maybe kita sebagai anak kene cari cara untuk lebih mesra dengan mereka...

Vic said...

salam perkenalan..
baru hari ni dpt vic layari blog ni..
ada masalah dgn broadband.. hehe..
tq atas peringatan dlm entry di atas..

Johor Bahru Guy said...

Hargailah jasa mereka.

ibu said...

Salam.
kata orang2 tua- ibu sorang boleh jaga anak sepuloh. Tetapi anak sepuluh belum tentu dapat jaga seorang ibu tua.Diakhir zaman ibu melahirkan tuan. Berapa ramai ibu-ibu tua yang menjadi bibik dirumah anak sendiri.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...