Browse » Home »
Posts filed under susah
Tuesday, January 11, 2011
Jasa Ibu Bapa Dilupakan, Jasa Orang Lain Disanjung
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Hari ini, dalam zaman Facebook dan Twitter, ramai remaja sudah menjadikan kawan sebagai sumber rujukan dan ikutan. Ibu bapa dibiarkan sekadar diberitahu apabila dalam kesusahan yang sudah tiada jalan keluar. Bila senang, mereka dilupakan. Hal ini kadang-kadang menjadikan ibu bapa kesepian dan ketagihan kasih sayang daripada anak-anak.
Mengimbau kembali sebuah hakikat dalam kehidupan insan bernama manusia, kita kadang-kadang lebih berterima kasih kepada orang yang kurang berjasa berbanding orang yang terlampau berjasa dalam kehidupan kita terutamanya ibu dan bapa kita. Tanpa mereka, siapalah kita. Kalau tak kerana pelaburan berjuta-juta dan tak ternilai mereka, tiadalah kita sebesar-besar manusia hari ini.
Tapi alangkah malangnya, pada hari ini, kita sebagai anak yang dikatakan kononnya ingin membalas jasa dan mengenang budi ini sering kali melupakan dan tidak selalu memikirkan pengorbanan dan kesusahan mereka dalam membesarkan kita.
Contoh paling jelas ialah, kalau kawan kita tolong sikit je, terus kita kenang. Dalam hati siap kata terharu la, puji la kawan kita ni bagus. Seterusnya, kalau kawan belanja roti canai dan teh tarik je pun, dah dalam hati kite berbunga puji kawan kita. Siap kata kaulah sahabat yang baik, nak kenang sampai akhir hayat lagi. Padahal ibu bapa kita berbelanja lebih besar lagi untuk memberikan keselesaan kepada kita, langsung kita tak terlintas dan pandang remeh je.
Cube ingat kembali, bagaimana bila mak kita tolong kejutkan kita bangun pagi waktu nak pergi sekolah masa kecil-kecil dahulu, mak kita masakkan makanan untuk kenyangkan perut kita tanpa membiarkan kita berlapar dan dahaga, mak kita bangun malam ketika kita menangis, mak kita mengandungkan kita 9 BULAN, langsung kita lupakan dan ingat pun sekadar ambil syarat sahaja, tak ubah seperti melepaskan batuk di tangga.
Itu tidak termasuk lagi pengorbanan seorang bapa memerah keringat untuk mencari sesuap rezeki bagi membesarkan anak-anak harapan keluarga, kelak menjadi penaung kepada negara.
Jadi dalam keadaan bertenang dan kalau boleh sebelum kita tidur, cuba renung sejenak, apa yang kita dah buat untuk kedua-dua ibu bapa kita. Cukup sayangkah kita kepada mereka? Mampukah kita menjaga mereka di kala mereka berdua sudah tua nanti? Adakah sama dengan cara mereka menjaga kita? lebih baikkah? atau sebaliknya?
Usah kata kita sibuk dan tidak ada masa untuk mereka, kerana semua itu adalah alasan orang yang malas untuk berusaha. Usah kata budak baik boleh la buat baik, aku ni budak jahat, macam mana nak buat baik kat kedua ibu bapa aku tu. Alah cakap senang la, ko ingat senang ke nak buat? Kalau banyak sangat alasan, kita takkan ke mana-mana. Hanya orang yang mahu berubahlah sahaja akan terus menjadi lebih baik daripada semalam dan esok lebih baik daripada hari ini. Bukan sampai kita kene jadi ulama baru kita nak buat baik, biarlah kite berubah sedikit demi sedikit, yang penting berterusan.
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuaanya. Dia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya…” (Al-Baqarah: 286)
Kalau rase susah sangat, ingatlah hakikat kesusahan yang sebenar adalah hakikat perjuangan Rasulullah menyebarkan Islam ini kepada kita untuk dihayati dan dijadikan sebagai JALAN HIDUP serta bukannya sekadar tertulis di atas kad pengenalan kita.
Akhir kalam, moga kita renung-renungkan jasa baik kedua-dua ibu bapa kita. Berubahlah untuk pelaburan yang baik di negara akhirat sana sebelum kedua-duanya pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya. Buat mereka yang sudah kehilangan salah seorang mahupun keduanya, kirimkanlah pahala menerusi 3 cara:
1) Sedekah jariah untuk mereka
2) Berusaha menjadi anak yang soleh dan solehah
3) Amakan ilmu-ilmu yang bermanfaat yang diajarkan oleh mereka mahupun yang pernah digalakkan oleh mereka.
Mudah-mudahan, kita mendapat keberkatan daripada Allah dan sentiasa menjadi hambaNya yang bersyukur dan bertakwa.
Renung-renungkan dan selamat beramal.
Labels:
agama,
anak soleh,
bulan islam,
hakikat insan,
jasa baik,
nasihat,
orang melayu,
pahala,
susah
Sunday, December 26, 2010
Hakikat Kesusahan dan Dugaan yang Ditempuhi oleh Kita?
Andainya hidup ini begitu sukar dan cukup berliku, ingatlah bahawa Rasulullah melalui perjalanan yang lebih sukar dan berliku berbanding kita umatnya yang mewarisi Islam. Kita yang mewarisi sahaja Islam ini pun sering merungut nak solat 5 waktu, nak puasa, nak buat kebaikan tapi kita tak pernah nak fikirkan macam mana susahnya Baginda nak wariskan Islam itu kepada kita. Tapi hakikatnya Islam itu bukan sekadar untuk diwarisi tapi untuk dihayati oleh kita.
Berbalik kepada kesusahan yang kita hadapi hari ini, ada macam2, ada yang susah membuat persiapan nak menduduki peperiksaan, ada yang susah hati cinta belum berbalas, susah hati putus cinta, ada yang susah hati bisnes tak untung2 lagi, ada yg susah hati gaji tak naik2 lagi dan ada juga susah anak2 tak dengar cakap dan macam2 lagi la kesusahan kita. Namun, sesusah mana pun kita, tenanglah wahai jiwa kerana perjalanan hidup insan bernama Muhammad Bin Abdullah itu cukup berliku dan pernah diusir dan tak kurang hebatnya bapa saudara baginda siap mencaci dan menghina perjuangan baginda.Malahan penyokong dan tulang belakang kepada perjuangan baginda Abu Talib meninggal dunia tanpa sempat memeluk Islam, namun itu bukanlah alasan untuk baginda berputus asa untuk terus memperjuangkan Islam hinggalah sampai kepada kita pada hari ini.
Justeru, sebagai umat baginda, kalau kita ditimpa musibah ataupun kesusahan, ingatilah perjuangan baginda ini. Baginda insan yang sebaik ciptaan ini pun diuji dengan lebih dahsyat berbanding kita, siapalah kita untuk lebih2 daripda baginda. Baginda yang sememangnya memiliki akhlak yang cukup sempurna pun diuji sehinggakan kita pun x sanggup nak baca kesabaran dan ketulusan hati baginda kerana cukup tersentuh dengan ketinggian akhlak baginda. Contoh kisah yang membuatkan hati kita tersentuh.
Di sudut pasar Madinah Al-Munawarah seorang pengemis Yahudi buta, hari demi hari apabila ada orang yang mendekatinya ia selalu berkata “Wahai saudaraku jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya”. Setiap pagi Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawa makanan, dan tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapi makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Rasulullah SAW melakukannya setiap hari hingga menjelang Beliau SAW wafat. Setelah kewafatan
Rasulullah tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari Abu Bakar r.a berkunjung ke rumah anaknya Aisyah r.ha. Beliau bertanya kepada anaknya, “anakku adakah sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan”, Aisyah r.ha menjawab pertanyaan ayahnya, “Wahai ayahanda engkau adalah seorang ahli sunnah hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayahanda lakukan kecuali satu sunnah saja”. “Apakah Itu?”, tanya Abu Bakar r.a. Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke ujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana”, kata Aisyah r.ha.
Keesokan harinya Abu Bakar r.a. pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikannya kepada pengemis itu. Abu Bakar r.a mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan itu kepada nya. Ketika Abu Bakar r.a. mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil berteriak, “siapakah kamu ?”. Abu Bakar r.a menjawab, “aku orang yang biasa”. “Bukan !, engkau bukan orang yang biasa mendatangiku”, jawab si pengemis buta itu. Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut dengan mulutnya setelah itu ia berikan pada ku dengan mulutnya sendiri”, pengemis itu melanjutkan perkataannya. Abu Bakar r.a. tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, aku memang bukan orang yang biasa datang pada mu, aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada lagi. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW.
Setelah pengemis itu mendengar cerita Abu Bakar r.a. ia pun menangis dan kemudian berkata, benarkah demikian?, selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia…. Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat dihadapan Abu Bakar r.a.
Bagitulah kesabaran dan kecekalan seorang Nabi yang memiliki akhlak yang cukup sempurna dan terpuji. Jadi kalau kita diuji ingatlah kadangkala Allah uji kita dengan kesusahan hanya untuk jadikan kita lebih kuat dan bersyukur sebelum memberikan yang lebih baik buat kita.
Sesusah mana hidup kita, ingatlah masih ada yang lebih sukar daripada kita. Walaupun jatuh macam mana pun kita dalam kehidupan, ingatlah masih ada yg pernah jatuh lebih teruk daripada kita dan syukurlah walaupun kita jatuh dalam kehidupan ini, kita masih diuji oleh Allah kerana ujian itu adalah tanda Allah sayangkan kita dan inginkan kita hambanya yang sentiasa bersyukur kerana hakikat syukur itu adalah kebahagiaan hakiki.
Ingatlah janji Allah dalam surah Al Baqarah ayat 216
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”
Bersyukurlah dengan apa yang dikurniakan Ilahi. Jika anda rasa ini berguna. Maka Kongsilah. Renung2kan dan selamat beramal
Subscribe to:
Posts (Atom)