Sunday, February 6, 2011

Harta Hosni Mubarak Mengalahkan Harta Bill Gates



Menurut sumber daripada akhbar Kosmo, kekayaan Hosni Mubarak melebihi kekayaan Bill Gates. Malah manusia terkaya di dunia, Carlos Slim Helu pun tidak setanding dengannya.

Ketika Mesir terus dilanda konflik politik, Presiden negara itu, Hosni Mubarak dan keluarganya dilapor memiliki anggaran kekayaan mencecah AS$70 bilion (RM213 bilion) sepanjang tiga dekad era pemerintahannya.

Jumlah harta Presiden Mesir itu melebihi kekayaan Gates dari Amerika Syarikat (AS) dan Slim Helu dari Mexico, yang masing-masing memiliki aset AS$53 bilion (RM161 bilion) dan AS$54 bilion (RM163 bilion) pada tahun 2010, menurut senarai majalah Forbes.

Anggaran kekayaan Hosni juga hampir setanding dengan Keluaran Dalam Negara Kasar Guatemala, negara rantau Amerika Tengah yang bersempadan dengan Mexico.
Mengulas mengenai perkara tersebut, beberapa pakar kewangan Asia Barat berkata, sebahagian besar kekayaan Hosni, 82, disimpan di bank-bank Britain dan Switzerland.
Sebahagian lagi kata mereka, telah dilaburkan dalam sektor hartanah di London, New York, Los Angeles serta kawasan peranginan pesisir Laut Merah termasuk hotel-hotel di Sharm El Sheikh.

KEDIAMAN mewah enam tingkat berharga AS$13.6 juta (RM41.6 juta) milik anak Hosni, Gamal Mubarak di barat London.
 
Rangkaian berita ABC menyatakan, kebanyakan harta Hosni diperoleh menerusi kontrak usaha sama ketenteraan, yang bermula semasa beliau berkhidmat sebagai seorang pegawai Tentera Udara Mesir.

Semasa beliau memerintah Mesir, Hosni terus memperoleh pendapatan besar dipercayai melalui amalan rasuah dan penyelewengan wang rakyat di samping keuntungan pelaburan yang mencecah ratusan juta dolar. 

Namun, kebanyakan harta itu didepositkan ke dalam beberapa akaun bank asing termasuk bank UBS dan Bank of Scotland atau dilabur dalam dalam sektor pembinaan seperti hotel.

Menurut laporan sebuah akhbar berbahasa Arab, Al Khabar pada tahun lalu, Hosni memiliki hartanah di Manhattan, New York dan di Beverly Hills, Los Angeles, AS.

ANAK kedua Hosni, Gamal Mubarak dan isterinya, Khadija El-Gamal.

Dua anak presiden berkenaan, Gamal dan Alaa, bertaraf bilionair dengan anggaran kekayaan kedua-duanya melebihi AS$25 juta (RM76 bilion).
Gamal turut memiliki dua kapal pesiaran mewah berharga sekitar AS$81 juta (RM248 juta).

Seorang profesor sains politik Universiti Princeton, AS, Amaney Jamal berkata, anggaran kekayaan Hosni adalah munasabah kerana rata-rata pemimpin rantau Teluk memiliki kekayaan mencecah AS$40 (RM122 bilion) atau lebih besar.
"Usaha sama perniagaan semasa beliau (Hosni) berkhidmat dalam tentera dan pentadbiran negara melonjakkan kekayaan peribadinya," kata profesor berkenaan.

Seorang lagi pakar politik Asia Barat, Christopher Davidson dari Universiti Durham, Britain, memberitahu, Hosni dan isterinya, Suzanne mengumpul harta menerusi usaha sama dengan para pelabur dan firma asing sejak beliau memegang jawatan tinggi dalam tentera Mesir.

Menurutnya, kebanyakan negara Teluk mewajibkan warga tempatan memiliki sehingga 51 peratus kepentingan dalam sesuatu projek usaha sama. Jadi tidak hairanlah, setelah hampir 30 tahun memerintah Mesir, kekayaan Hosni Mubarak mengalahkan kekayaan BIll Gates. 

Apa yang kita boleh buat?
1. Doakan kejayaan Rakyat Mesir dalam perjuangan mereka menuntut keadilan dan tertegaknya pemerintahan Islam di bawah pimpinan Ikhwanul Muslimin
2. Doakan keselamatan Rakyat Malaysia untuk pulang ke Malaysia, setakat ini, hampir 4300 orang telah selamat dipindahkan ke Jeddah.
3. Sebarkan berita-berita yang baik kepada keluarga Pelajar Malaysia, tenangkan mereka. Kurangkan Provokasi, Tingkatkan Prestasi.



Saturday, February 5, 2011

Isu Pelajar Mesir Dipolitikkan oleh Golongan Politikus

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sejak semalam saya membaca sebuah blog yang mempolitikkan isu membawa pulang Pelajar Malaysia di Mesir oleh kerajaan. Saya bukan golongan prokerajaan dan juga bukan propembangkang, saya hanyalah golongan bebas melihat sesuatu isu berdasarkan kepada fakta dan hakikat peristiwa yang terjadi. Berikut adalah ulasan TenangSudey dan entry blogger itu melalui blog beliau

 

Oleh yang demikian saya mencadangkan kepada Kerajaan BN , jika hendak hantar pesawat untuk angkut mereka pulang, pastikan beri keutamaan kepada pelajar-pelajar yang menyokong Umno dan BN terlebih dahulu. Jangan pedulikan mereka-mereka yang menyokong Pas. Biarkan mereka melalak-lalak, utamakan orang kita terlebih dahulu.

Ulasan TenangSudey : Adakah Orang BN bayar cukai lebih daripada orang Pas? Soalnya sekarang bukannya PAS atau UMNO. Soalnya siapa yang memerintah, maka dialah yang akan membawa pulang rakyat yang diperintah. Samalah juga dengan doctor, semua pesakit bayar sama sahaja kos rawatan di klinik, tiadanya doctor nak periksa or tanya UMNO ke PAS. Kalau UMNO tidak mahu bantu. Ini soal isu kemanusiaan kawan bukan isu politikus.


Orang-orang seperti mereka tidak perlu diutamakan untuk diberi pertolongan. Waktu mereka susah baru mereka ingat nak minta tolong kerajaan. Waktu senang merekalah yang menjadi barua-barua menghentam kerajaan.
Ulasan TenangSudey : Kalau tak salah, takkan orang menghentam. Tidak dinafikan kerajaan banyak membawa kemajuan, namun biasalah manusia takkan sempurna. Mereka belajar dan tahu tentang isu sebenar. Bukannya mereka main telan je apa yang diberitakan oleh media arus politikus. Itulah pentingnya apabila kerajaan dihentam, mereka akan cuba untuk memperbaiki dan mengelakkan kepincangan di masa hadapan. Kalau semua setuju dan angguk je apa kerajaan buat, macam mana nak wujud keseimbangan dalam pembangunan.


Selama ini mereka-merekalah yang sering menghentam Kerajaan BN kononnya zalim, rasuah dan sebagainya sedangkan dalam masa yang sama mereka menikmati pelbagai kemudahan untuk pergi belajar disana.

Kerajaan tolong pun mereka tetap kata kita zalim. Sekarang adalah lebih baik kerajaan jangan tolong. Biar kerajaan jadi benar-benar zalim kerana apa yang kerajaan buat baik selama ini pun mereka tak hargai.
Ulasan TenangSudey : haha takkanlah bila sokong UMNO barulah tak zalim? Habistu macam mana pula dengan katanya PAS, sokong PAS masuk syurga? Haha sama je dua-dua. Bukan soal politik la wahai kawan, ini soal isu keselamatan rakyat kita. Takkan sebab tak sebulu, duit rakyat nak dipolitikkan dan ramai yang terkorban kerana politikus yang sempit. Kerajaan BN sendiri pun ingin mengutamakan rakyat. Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.


Beri keutamaan kepada orang-orang kita terlebih dahulu sebagai menghargai sumbangan mereka selama ini. Jangan sesekali susukan kera di hutan.

Bila susah baru ingat kerajaan. Pergilah minta bantuan dengan KERAjaan Kelantan. Minta Nik Aziz sewa pesawat dari mana-mana negara untuk angkut kamu semua pulang. Jangan nak menyibuk minta bantuan Kerajaan BN.

Ulasan TenangSudey : haha kalau tak minta pertolongan daripada kerajaan. Apa guna ada kerajaan? Kalau mereka tak perlu dibantu, jadi kecualikan mereka daripada membayar cukai. Tapi mereka juga membayar cukai, bermakna kesenangan negara harus dikongsi juga bersama mereka.

Semalam saya juga diajak oleh Datuk Azeez untuk ke Cairo bagi membantu apa yang patut,tetapi saya tak dapat mengikutinya kerana ada kerja lain.

Saya tanya Datuk Azeez, nak pergi tolong orang Pas ke ? Dia jawab nak tolong semua tak kira Pas atau Umno kerana arahan PM supaya tolong kesemuanya.

Ulasan TenangSudey: hahaha inilah masalahnya, kadang2 pemimpin di atas dah elok dah nak tolong tanpa politikkan. Kuli kat bawah ini je duduk sibuk nak politikkan semua benda. Sampai bilalah nak maju dalam dunia politik kalau wujudnya golongan berfikiran sempit dan menulis tanpa berfikir.

Mungkin penulis blog itu tidak pernah bayangkan, bagaimana jika beliau UMNO dan anaknya meminati perjuangan PAS, adakah beliau hanya akan biarkan anaknya mati di sana? Tidak mahu bawa pulang? Utamakan anak orang lain dahulu? Renung-renungkan dan selamat beramal.

Walau apa pun, terima kasih buat kerajaan Malaysia kerana telah berusaha sedaya upaya untuk mengeluarkan rakyat Malaysia yang agak ramai berbanding dengan rakyat negara lain. Moga mereka selamat pulang ke Malaysia dengan selamat.

Akhir kalam, teruskan berdoa dan kongsilah berita-berita yang baik supaya dapat menenangkan sahabat2 dan juga keluarga mereka di sini. Saya menentang keras isu membawa pulang Pelajar Malaysia di Mesir dijadikan bahan politik. JIka anda bersetuju dan juga menentang. Marilah kongsi bahan ini melalui tweeter, Facebook dan sebgainya. Biar rakyat kita faham dan sama-sama menentang isu ini daripada dijadikan bahan politik oleh golongan politikus.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...