Browse » Home »
Posts filed under mesir
Saturday, February 12, 2011
Akhirnya Hosni Mubarak Letak Jawatan Juga
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Akhirnya... Hosni Mubarak meletakkan jawatan juga setelah memerintah Mesir 30 tahun. Rakyat Mesir meraikan kejayaan Revolusi ini dengan mengatakan kini Mesir Bebas.. Hosni Mubarak telah mengumpul kekayaan yang melampau sehingga dikatakan melebihi kekayaan Bill Gates ketika memerintah Mesir. rujuk di sini
Namun persoalannya di sini, siapakah yang akan memerintah Mesir selepas Hosni Mubarak ini? Adakah Mesir akan menjadi sebuah negara yang lebih demokrasi dengan berakhirnya pemerintahan kuku besi Hosni Mubarak?
Buat masa sekarang, Mesir diperintah oleh angkatan tentera macam kat Malaysia jugalah dahulu selepas zaman darurat kan kita diperintah oleh British Millitary Administration (BMA).
Jadi masa depan Mesir sekarang adalah sangat penting buat kita umat Islam di seluruh dunia. Jadi sebagai umat Islam banyak cara kita boleh buat untuk membantu mereka. Antaranya :
1. Doakan pemimpin yang adil dan beragama akan naik
2. Kebangkitan Mesir ini akan dikiikuti oleh negara2 Arab yang lain bagi mengembalikan kekuatan umat Islam.
Alhamdulillah, selepas Tunisia, Mesir pula telah berjaya mengembalikan kebebasan negara ini kepada demokrasi. Kestabilan di Mesir dalam jangka masa terdekat ini sangatlah menjadi harapan terutamanya buat pelajar-pelajar yang terpaksa mengangguhkan pelajaran mereka akibat darurat di Mesir. Macam mane boleh jadi darurat? boleh rujuk di sini
Justeru, sebarkanlah berita yang baik buat sahabat kita, tenangkan mereka. Mudah -mudahan mereka akan mendapat semangat yang lebih baik dengan perletakan jawatan Hosni Mubarak ini.
Sunday, February 6, 2011
Harta Hosni Mubarak Mengalahkan Harta Bill Gates
Menurut sumber daripada akhbar Kosmo, kekayaan Hosni Mubarak melebihi kekayaan Bill Gates. Malah manusia terkaya di dunia, Carlos Slim Helu pun tidak setanding dengannya.
Ketika Mesir terus dilanda konflik politik, Presiden negara itu, Hosni Mubarak dan keluarganya dilapor memiliki anggaran kekayaan mencecah AS$70 bilion (RM213 bilion) sepanjang tiga dekad era pemerintahannya.
Jumlah harta Presiden Mesir itu melebihi kekayaan Gates dari Amerika Syarikat (AS) dan Slim Helu dari Mexico, yang masing-masing memiliki aset AS$53 bilion (RM161 bilion) dan AS$54 bilion (RM163 bilion) pada tahun 2010, menurut senarai majalah Forbes.
Anggaran kekayaan Hosni juga hampir setanding dengan Keluaran Dalam Negara Kasar Guatemala, negara rantau Amerika Tengah yang bersempadan dengan Mexico.
Mengulas mengenai perkara tersebut, beberapa pakar kewangan Asia Barat berkata, sebahagian besar kekayaan Hosni, 82, disimpan di bank-bank Britain dan Switzerland.
Sebahagian lagi kata mereka, telah dilaburkan dalam sektor hartanah di London, New York, Los Angeles serta kawasan peranginan pesisir Laut Merah termasuk hotel-hotel di Sharm El Sheikh.
KEDIAMAN mewah enam tingkat berharga AS$13.6 juta (RM41.6 juta) milik anak Hosni, Gamal Mubarak di barat London. |
Rangkaian berita ABC menyatakan, kebanyakan harta Hosni diperoleh menerusi kontrak usaha sama ketenteraan, yang bermula semasa beliau berkhidmat sebagai seorang pegawai Tentera Udara Mesir.
Semasa beliau memerintah Mesir, Hosni terus memperoleh pendapatan besar dipercayai melalui amalan rasuah dan penyelewengan wang rakyat di samping keuntungan pelaburan yang mencecah ratusan juta dolar.
Namun, kebanyakan harta itu didepositkan ke dalam beberapa akaun bank asing termasuk bank UBS dan Bank of Scotland atau dilabur dalam dalam sektor pembinaan seperti hotel.
Menurut laporan sebuah akhbar berbahasa Arab, Al Khabar pada tahun lalu, Hosni memiliki hartanah di Manhattan, New York dan di Beverly Hills, Los Angeles, AS.
ANAK kedua Hosni, Gamal Mubarak dan isterinya, Khadija El-Gamal. |
Dua anak presiden berkenaan, Gamal dan Alaa, bertaraf bilionair dengan anggaran kekayaan kedua-duanya melebihi AS$25 juta (RM76 bilion).
Gamal turut memiliki dua kapal pesiaran mewah berharga sekitar AS$81 juta (RM248 juta).
Seorang profesor sains politik Universiti Princeton, AS, Amaney Jamal berkata, anggaran kekayaan Hosni adalah munasabah kerana rata-rata pemimpin rantau Teluk memiliki kekayaan mencecah AS$40 (RM122 bilion) atau lebih besar.
"Usaha sama perniagaan semasa beliau (Hosni) berkhidmat dalam tentera dan pentadbiran negara melonjakkan kekayaan peribadinya," kata profesor berkenaan.
Seorang lagi pakar politik Asia Barat, Christopher Davidson dari Universiti Durham, Britain, memberitahu, Hosni dan isterinya, Suzanne mengumpul harta menerusi usaha sama dengan para pelabur dan firma asing sejak beliau memegang jawatan tinggi dalam tentera Mesir.
Menurutnya, kebanyakan negara Teluk mewajibkan warga tempatan memiliki sehingga 51 peratus kepentingan dalam sesuatu projek usaha sama. Jadi tidak hairanlah, setelah hampir 30 tahun memerintah Mesir, kekayaan Hosni Mubarak mengalahkan kekayaan BIll Gates.
Apa yang kita boleh buat?
1. Doakan kejayaan Rakyat Mesir dalam perjuangan mereka menuntut keadilan dan tertegaknya pemerintahan Islam di bawah pimpinan Ikhwanul Muslimin
2. Doakan keselamatan Rakyat Malaysia untuk pulang ke Malaysia, setakat ini, hampir 4300 orang telah selamat dipindahkan ke Jeddah.
3. Sebarkan berita-berita yang baik kepada keluarga Pelajar Malaysia, tenangkan mereka. Kurangkan Provokasi, Tingkatkan Prestasi.
Saturday, February 5, 2011
Isu Pelajar Mesir Dipolitikkan oleh Golongan Politikus
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Sejak semalam saya membaca sebuah blog yang mempolitikkan isu membawa pulang Pelajar Malaysia di Mesir oleh kerajaan. Saya bukan golongan prokerajaan dan juga bukan propembangkang, saya hanyalah golongan bebas melihat sesuatu isu berdasarkan kepada fakta dan hakikat peristiwa yang terjadi. Berikut adalah ulasan TenangSudey dan entry blogger itu melalui blog beliau
Oleh yang demikian saya mencadangkan kepada Kerajaan BN , jika hendak hantar pesawat untuk angkut mereka pulang, pastikan beri keutamaan kepada pelajar-pelajar yang menyokong Umno dan BN terlebih dahulu. Jangan pedulikan mereka-mereka yang menyokong Pas. Biarkan mereka melalak-lalak, utamakan orang kita terlebih dahulu.
Orang-orang seperti mereka tidak perlu diutamakan untuk diberi pertolongan. Waktu mereka susah baru mereka ingat nak minta tolong kerajaan. Waktu senang merekalah yang menjadi barua-barua menghentam kerajaan.
Ulasan TenangSudey : Kalau tak salah, takkan orang menghentam. Tidak dinafikan kerajaan banyak membawa kemajuan, namun biasalah manusia takkan sempurna. Mereka belajar dan tahu tentang isu sebenar. Bukannya mereka main telan je apa yang diberitakan oleh media arus politikus. Itulah pentingnya apabila kerajaan dihentam, mereka akan cuba untuk memperbaiki dan mengelakkan kepincangan di masa hadapan. Kalau semua setuju dan angguk je apa kerajaan buat, macam mana nak wujud keseimbangan dalam pembangunan.
Selama ini mereka-merekalah yang sering menghentam Kerajaan BN kononnya zalim, rasuah dan sebagainya sedangkan dalam masa yang sama mereka menikmati pelbagai kemudahan untuk pergi belajar disana.
Kerajaan tolong pun mereka tetap kata kita zalim. Sekarang adalah lebih baik kerajaan jangan tolong. Biar kerajaan jadi benar-benar zalim kerana apa yang kerajaan buat baik selama ini pun mereka tak hargai.
Ulasan TenangSudey : haha takkanlah bila sokong UMNO barulah tak zalim? Habistu macam mana pula dengan katanya PAS, sokong PAS masuk syurga? Haha sama je dua-dua. Bukan soal politik la wahai kawan, ini soal isu keselamatan rakyat kita. Takkan sebab tak sebulu, duit rakyat nak dipolitikkan dan ramai yang terkorban kerana politikus yang sempit. Kerajaan BN sendiri pun ingin mengutamakan rakyat. Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.
Beri keutamaan kepada orang-orang kita terlebih dahulu sebagai menghargai sumbangan mereka selama ini. Jangan sesekali susukan kera di hutan.
Bila susah baru ingat kerajaan. Pergilah minta bantuan dengan KERAjaan Kelantan. Minta Nik Aziz sewa pesawat dari mana-mana negara untuk angkut kamu semua pulang. Jangan nak menyibuk minta bantuan Kerajaan BN.
Ulasan TenangSudey : haha kalau tak minta pertolongan daripada kerajaan. Apa guna ada kerajaan? Kalau mereka tak perlu dibantu, jadi kecualikan mereka daripada membayar cukai. Tapi mereka juga membayar cukai, bermakna kesenangan negara harus dikongsi juga bersama mereka.
Ulasan TenangSudey: hahaha inilah masalahnya, kadang2 pemimpin di atas dah elok dah nak tolong tanpa politikkan. Kuli kat bawah ini je duduk sibuk nak politikkan semua benda. Sampai bilalah nak maju dalam dunia politik kalau wujudnya golongan berfikiran sempit dan menulis tanpa berfikir.
Semalam saya juga diajak oleh Datuk Azeez untuk ke Cairo bagi membantu apa yang patut,tetapi saya tak dapat mengikutinya kerana ada kerja lain.
Saya tanya Datuk Azeez, nak pergi tolong orang Pas ke ? Dia jawab nak tolong semua tak kira Pas atau Umno kerana arahan PM supaya tolong kesemuanya.
Ulasan TenangSudey: hahaha inilah masalahnya, kadang2 pemimpin di atas dah elok dah nak tolong tanpa politikkan. Kuli kat bawah ini je duduk sibuk nak politikkan semua benda. Sampai bilalah nak maju dalam dunia politik kalau wujudnya golongan berfikiran sempit dan menulis tanpa berfikir.
Mungkin penulis blog itu tidak pernah bayangkan, bagaimana jika beliau UMNO dan anaknya meminati perjuangan PAS, adakah beliau hanya akan biarkan anaknya mati di sana? Tidak mahu bawa pulang? Utamakan anak orang lain dahulu? Renung-renungkan dan selamat beramal.
Walau apa pun, terima kasih buat kerajaan Malaysia kerana telah berusaha sedaya upaya untuk mengeluarkan rakyat Malaysia yang agak ramai berbanding dengan rakyat negara lain. Moga mereka selamat pulang ke Malaysia dengan selamat.
Akhir kalam, teruskan berdoa dan kongsilah berita-berita yang baik supaya dapat menenangkan sahabat2 dan juga keluarga mereka di sini. Saya menentang keras isu membawa pulang Pelajar Malaysia di Mesir dijadikan bahan politik. JIka anda bersetuju dan juga menentang. Marilah kongsi bahan ini melalui tweeter, Facebook dan sebgainya. Biar rakyat kita faham dan sama-sama menentang isu ini daripada dijadikan bahan politik oleh golongan politikus.
Friday, February 4, 2011
Amerika Mencari Jelmaan Hosni Mubarak Di Mesir
Kesinambungan mengenai kisah Krisis Darurat di Mesir - Mengapa dan Bagaimana?. Kita dapat lihat bagaimana reaksi Amerika dalam isu ini. Jika kita imbau kembali ketika Isu senjata pemusnah besar-besaran kononnya diketuai oleh arwah Saddam Hussein, cepat-cepat je Amerika campur tangan. Bukan apa sangat, bila tak sebulu atau berpihak pada mereka, cepat-cepatlah mereka gulingkan.
Lain pula halnya di Mesir ini, Amerika masih mencari jelmaan Hosni Mubarak yang boleh dijadikan boneka dan barulah mereka akan bertindak. Begitulah nasibnya di Afghanistan, pemimpin dilantik oleh Amerika hanya untuk kepentingan mereka.
Tetapi berkat Revolusi Tunisia, Ikhwanul Muslimin kini bangkit dan mungkin akan mewujudkan Revolusi Mesir pula jika Amerika tidak campur tangan dan membawa masuk askar mereka. Sepanjang 30 tahun pemerintahan Hosni Mubarak, Mesir diistiharkan darurat dan sesiapa yang menentang ataupun ada cubaan untuk membuat kekacauan akan ditangkap dan dipenjarakan.
Hatta dalam pilihanraya, calon yang bertanding menentang Hosni Mubarak kalah telah ditangkap hanya kerana bagi mengelakkan huru-hara dan rusuhan meletus setelah beliau melaporkan wujudnya korupsi dalam proses pilihanraya. Inikah seorang pemimpin yang ingin bertahan lagi selepas rakyat menginginkan beliau berudnur diri?
Update terkini di Mesir, sekiranya menjelang Jumaat ini, Hosni Mubarak tidak berundur juga, maka seluruh Mesir akan membacakan Khutbah bagi membangkitkan semangat rakyat Mesir dalam menuntut keadilan mereka. Mereka mahukan sebuah negara yang demokrasi dan bukannya pemerintahan kuku besi dan kejam.
Alhamdulillah, pihak kerajaan telah berjaya melancarkan Operasi Piramid. Menurut Berita Harian, Seramai 345 pelajar dari kumpulan pertama pelajar Malaysia di Mesir berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah ke Jeddah, Arab Saudi, kira-kira jam 3.30 petang tadi waktu tempatan dengan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS).
Seramai 200 pelajar yang lain pula dijadualkan berlepas ke Jeddah dengan pesawat Air Asia kemudian. Moga-moga proses mengeluarkan kesemua pelajar Malaysia di Mesir akan berjaya dengan baik.
Operasi Piramid diketuai Panglima TUDM, Tan Sri Rodzali Daud, membabitkan tiga pesawat C130 Hercules TUDM, sebuah pesawat Boeing 747 MAS dan Airbus A320, A330 dan A340 milik AirAsia, kapal KD Bunga Mas 5 TLDM yang berada di Teluk Aden, berhampiran perairan Somalia serta kapal dagang Malaysia International Shipping Corporation Berhad (MISC), dijangka membawa keluar rakyat Malaysia dalam tempoh empat hingga lima hari, mulai jam 6 pagi ini waktu Mesir (kira-kira jam 12 tengah malam tadi waktu Malaysia).
Pesawat pertama AirAsia berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 2.30 petang semalam, diikuti C130 Hercules masing-masing pada jam 3 petang semalam dan 9.30 serta 10.30 malam tadi. MAS dijadualkan terbang jam 9.30 pagi ini dan dijangka tiba di Kaherah lapan jam selepas itu.
Operasi yang membabitkan kerjasama Kerajaan Malaysia dengan Indonesia itu membolehkan sesetengah rakyat Malaysia dan Indonesia di Kaherah, Iskandariah dan Mansourah menaiki pesawat MAS, AirAsia, TUDM dan Garuda yang dimiliki Kerajaan Indonesia dan sebaliknya.
Akhir kalam, teruskan berdoa dan kongsilah berita-berita yang baik supaya dapat menenangkan sahabat2 dan juga keluarga mereka di sini. Kongsi berita ini bersama rakan-rakan lain, sama ada melalui tweeter, Facebook, email. Biarkan masyarakat kita sedar dan sama-sama berusaha membantu rakyat Malaysia dan Mesir di sana. Jom kongsi
Tuesday, February 1, 2011
Krisis Darurat Di Mesir - Mengapa dan Bagaimana?
Saya tidak mampu untuk membantu mereka di sana, tapi apa yang saya mampu buat di sini ialah berkongsi untuk kita semua tahu tentang apa yang sebenarnya terjadi di sana. Moga dengan pengetahuan ini kita akan dapat bersama-sama mendoakan kesejahteraan mereka di sana.
Mengapa Berlakunya Krisis Darurat di Mesir?
Bermulanya Revolusi di Tunisia yang menggulingkan Presiden Zine el-Abidine Ben Ali kerana masalah korupsi yang melampau. Kejayaan Rakyat Tunisia ini telah menyuntik semangat kepada Rakyat Mesir untuk menggulingkan Kerajaan Hosni Mubarak yang juga sangat korup. Kita juga sedia maklum yang Kerajaan Mesir lebih pro kepada zionis dan sering menghalang bantuan ke Palestin walaupun sesama Islam.Di mesir pula, 2 orang membakar diri di depan bangunan parlimen Mesir di sebabkan tekanan kehidupan di mesir dengan kadar pengangguran dan pendapatan rakyat miskin yg sangat rendah. Berbeza dgn golongan2 kaya yg makin meningkat pendapatan mereka.
Akibatnya, rusuhan dan demonstrasi untuk meminta Kerajaan pimpinan Hosni Mubarak berundur dilakukan. Namun Hosni Mubarak tetap berdiam sehinggalah keadaan menjadi makin parah selepas 3 hari dan telah mengakibatkan 35 orang terbunuh
Selasa, 25 Jan 2011 - Rakyat Mesir mulai bangun untuk memprotes kerajaan. Bermulanya "Hari Kebangkitan Kemarahan" (Day of rage).
Rabu, 26 Jan 2011 - Protes berterusan masuk hari kedua.
Khamis, 27 Jan 2011
- Mesir menutup rangkaian sosial (twitter, facebook) melalui penutupan internet dan sistem telekomunikasi. Semua telefon, internet, mesin ATM langsung tidak boleh digunakan.
Jumaat, 28 Jan 2011
- Ketua Menteri Mesir, Mubarak mengumumkan akan menubuhkan kerajaan yang baru. Berlakulah "power of void". Negara yang tiada pemimpin.
Sabtu, 29 Jan 2011
- Penggunaan radio (morse code) membantu Mesir berhubung dengan dunia luar
Ahad, 30 Jan 2011
- Stesen TV, Al Jazeera ditutup.
- Kedutaan US di Cairo meminta warga amerika untuk tinggalkan Mesir
- Hillary Clinton meminta Mesir menghala ke arah demokrasi.
Akibatnya?
1. Huru-hara dan rusuhan hampir di seluruh Mesir menyebabkan keadaan tidak selamat dan hampir melumpuhkan segala aktiviti di Mesir.
2. Kemudahan internet, telefon dan komunikasi terputus dan diblok. Pelajar-pelajar dan rakyat Malaysia tidak dapat dihubungi dan berita serta perkembangan terbaru keadaan di Mesir agak terbatas.
3. 6000 banduan melepaskan diri daripada penjara dan ada di antara mereka menyamar dengan berpakaian polis dan siap bersenjata. Satu ancaman yang cukup membahayakan orang awam.
4. Apabila berlakunya darurat, maka sudah tentu akan berlakunya krisis makanan. Ada di antara pelajar Malaysia di sana yang dikatakan bekalan makanan mereka hanya mencukupi untuk 3 hari. Seterusnya bagaimana mereka akan terus hidup jika dibiarkan sahaja di sana berkurung di rumah hanya menghitung masa dan waktu.
5. Tambang untuk pulang ke Malaysia sudah naik 7x ganda dan belum tentu pun boleh terbang pulang. Jalan-jalan ke airport penuh dengan samseng jalanan dalam usaha mereka untuk merompak dan memeras ugut orang awam.
6. Menurut masyarakat arab di sana, sumber: Suffian Sani (terkandas di Mansurah), dilaporkan oleh: Azizi Al Fahri (baru tiba di KLIA). Jika dalam masa empat hari, iaitu sampai 2/2/2011 ini, jika Hosni Mubarak tidak turun juga, mereka akan melancarkan peperangan civil. Nauzubulillah.
7. Paling sedih lagi, seorang pelajar perempuan malaysia di Iskandariah telah dirogol, maklumat diperoleh dari "Ummi Medic Mesir". Bayangkan kalau ahli keluarga anda yang terlibat. Jadi marilah kita mendoakan kesejahteraan dan keselamatan mereka.
Apa yang kita boleh buat?
1. Buat solat hajat dan mendoakan keselamatan rakyat Mesir dan rakyat Malaysia terutamanya pelajar Malaysia di sana. Setakat ini, hampir 4300 orang telah selamat dipindahkan ke Jeddah.
2. Menulis dan menceritakan kepada sahabat kita. Nak copy paste daripada sini pun boleh.
3. Kongsi berita ini bersama rakan-rakan lain, sama ada melalui tweeter, Facebook, email. Biarkan masyarakat kita sedar dan sama-sama berusaha membantu rakyat Malaysia dan Mesir di sana. Jom kongsi
Updated : Operasi Piramid telah dilancarkan oleh pihak kerajaan dalam proses mengeluarkan semua rakyat Malaysia di Mesir. Boleh rujuk di sini
Labels:
darurat,
hosni mubarak,
mesir,
Mohammed Bouazizi,
revolusi tunisia
Subscribe to:
Posts (Atom)