Friday, February 4, 2011

Amerika Mencari Jelmaan Hosni Mubarak Di Mesir

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Kesinambungan mengenai kisah Krisis Darurat di Mesir - Mengapa dan Bagaimana?. Kita dapat lihat bagaimana reaksi Amerika dalam isu ini. Jika kita imbau kembali ketika Isu senjata pemusnah besar-besaran kononnya diketuai oleh arwah Saddam Hussein, cepat-cepat je Amerika campur tangan. Bukan apa sangat, bila tak sebulu atau berpihak pada mereka, cepat-cepatlah mereka gulingkan.

Lain pula halnya di Mesir ini, Amerika masih mencari jelmaan Hosni Mubarak yang boleh dijadikan boneka dan barulah mereka akan bertindak. Begitulah nasibnya di Afghanistan, pemimpin dilantik oleh Amerika hanya untuk kepentingan mereka.

Tetapi berkat Revolusi Tunisia, Ikhwanul Muslimin kini bangkit dan mungkin akan mewujudkan Revolusi Mesir pula jika Amerika tidak campur tangan dan membawa masuk askar mereka. Sepanjang 30 tahun pemerintahan Hosni Mubarak, Mesir diistiharkan darurat dan sesiapa yang menentang ataupun ada cubaan untuk membuat kekacauan akan ditangkap dan dipenjarakan.

Hatta dalam pilihanraya, calon yang bertanding menentang Hosni Mubarak kalah telah ditangkap hanya kerana bagi mengelakkan huru-hara dan rusuhan meletus setelah beliau melaporkan wujudnya korupsi dalam proses pilihanraya. Inikah seorang pemimpin yang ingin bertahan lagi selepas rakyat menginginkan beliau berudnur diri?

Update terkini di Mesir, sekiranya menjelang Jumaat ini, Hosni Mubarak tidak berundur juga, maka seluruh Mesir akan membacakan Khutbah bagi membangkitkan semangat rakyat Mesir dalam menuntut keadilan mereka. Mereka mahukan sebuah negara yang demokrasi dan bukannya pemerintahan kuku besi dan kejam.

Alhamdulillah, pihak kerajaan telah berjaya melancarkan Operasi Piramid. Menurut Berita Harian, Seramai 345 pelajar dari kumpulan pertama pelajar Malaysia di Mesir berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah ke Jeddah, Arab Saudi, kira-kira jam 3.30 petang tadi waktu tempatan dengan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS).

Seramai 200 pelajar yang lain pula dijadualkan berlepas ke Jeddah dengan pesawat Air Asia kemudian. Moga-moga proses mengeluarkan kesemua pelajar Malaysia di Mesir akan berjaya dengan baik.

Operasi Piramid diketuai Panglima TUDM, Tan Sri Rodzali Daud, membabitkan tiga pesawat C130 Hercules TUDM, sebuah pesawat Boeing 747 MAS dan Airbus A320, A330 dan A340 milik AirAsia, kapal KD Bunga Mas 5 TLDM yang berada di Teluk Aden, berhampiran perairan Somalia serta kapal dagang Malaysia International Shipping Corporation Berhad (MISC), dijangka membawa keluar rakyat Malaysia dalam tempoh empat hingga lima hari, mulai jam 6 pagi ini waktu Mesir (kira-kira jam 12 tengah malam tadi waktu Malaysia).




C130 Hercules akan berulang alik mengangkut mereka ke Jeddah dan ditempatkan di asrama Tabung Haji di sana sebelum pesawat komersial menerbangkan mereka pulang ke negara ini.
Pesawat pertama AirAsia berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 2.30 petang semalam, diikuti C130 Hercules masing-masing pada jam 3 petang semalam dan 9.30 serta 10.30 malam tadi. MAS dijadualkan terbang jam 9.30 pagi ini dan dijangka tiba di Kaherah lapan jam selepas itu.

Operasi yang membabitkan kerjasama Kerajaan Malaysia dengan Indonesia itu membolehkan sesetengah rakyat Malaysia dan Indonesia di Kaherah, Iskandariah dan Mansourah menaiki pesawat MAS, AirAsia, TUDM dan Garuda yang dimiliki Kerajaan Indonesia dan sebaliknya.

Akhir kalam, teruskan berdoa dan kongsilah berita-berita yang baik supaya dapat menenangkan sahabat2 dan juga keluarga mereka di sini. Kongsi berita ini bersama rakan-rakan lain, sama ada melalui tweeter, Facebook, email. Biarkan masyarakat kita sedar dan sama-sama berusaha membantu rakyat Malaysia dan Mesir di sana. Jom kongsi




4 comments:

Admin said...

hosni mmg kejam...!
mmg jelmaan syaitan..

i hate!

TenangSudey said...

ahsfantasy : tu tak cite lagi yang dia letak gas beracun dalam terowong. kejam n sungguh dahsyat

Anonymous said...

kenapa tak bunuh je hosni tu?

Nadri said...

sudah tiba masa buat Hosni Mubarak berundur..dengarnya harta beliau dgn mencapai berbillion2 US$

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...