Saturday, February 5, 2011

Isu Pelajar Mesir Dipolitikkan oleh Golongan Politikus

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sejak semalam saya membaca sebuah blog yang mempolitikkan isu membawa pulang Pelajar Malaysia di Mesir oleh kerajaan. Saya bukan golongan prokerajaan dan juga bukan propembangkang, saya hanyalah golongan bebas melihat sesuatu isu berdasarkan kepada fakta dan hakikat peristiwa yang terjadi. Berikut adalah ulasan TenangSudey dan entry blogger itu melalui blog beliau

 

Oleh yang demikian saya mencadangkan kepada Kerajaan BN , jika hendak hantar pesawat untuk angkut mereka pulang, pastikan beri keutamaan kepada pelajar-pelajar yang menyokong Umno dan BN terlebih dahulu. Jangan pedulikan mereka-mereka yang menyokong Pas. Biarkan mereka melalak-lalak, utamakan orang kita terlebih dahulu.

Ulasan TenangSudey : Adakah Orang BN bayar cukai lebih daripada orang Pas? Soalnya sekarang bukannya PAS atau UMNO. Soalnya siapa yang memerintah, maka dialah yang akan membawa pulang rakyat yang diperintah. Samalah juga dengan doctor, semua pesakit bayar sama sahaja kos rawatan di klinik, tiadanya doctor nak periksa or tanya UMNO ke PAS. Kalau UMNO tidak mahu bantu. Ini soal isu kemanusiaan kawan bukan isu politikus.


Orang-orang seperti mereka tidak perlu diutamakan untuk diberi pertolongan. Waktu mereka susah baru mereka ingat nak minta tolong kerajaan. Waktu senang merekalah yang menjadi barua-barua menghentam kerajaan.
Ulasan TenangSudey : Kalau tak salah, takkan orang menghentam. Tidak dinafikan kerajaan banyak membawa kemajuan, namun biasalah manusia takkan sempurna. Mereka belajar dan tahu tentang isu sebenar. Bukannya mereka main telan je apa yang diberitakan oleh media arus politikus. Itulah pentingnya apabila kerajaan dihentam, mereka akan cuba untuk memperbaiki dan mengelakkan kepincangan di masa hadapan. Kalau semua setuju dan angguk je apa kerajaan buat, macam mana nak wujud keseimbangan dalam pembangunan.


Selama ini mereka-merekalah yang sering menghentam Kerajaan BN kononnya zalim, rasuah dan sebagainya sedangkan dalam masa yang sama mereka menikmati pelbagai kemudahan untuk pergi belajar disana.

Kerajaan tolong pun mereka tetap kata kita zalim. Sekarang adalah lebih baik kerajaan jangan tolong. Biar kerajaan jadi benar-benar zalim kerana apa yang kerajaan buat baik selama ini pun mereka tak hargai.
Ulasan TenangSudey : haha takkanlah bila sokong UMNO barulah tak zalim? Habistu macam mana pula dengan katanya PAS, sokong PAS masuk syurga? Haha sama je dua-dua. Bukan soal politik la wahai kawan, ini soal isu keselamatan rakyat kita. Takkan sebab tak sebulu, duit rakyat nak dipolitikkan dan ramai yang terkorban kerana politikus yang sempit. Kerajaan BN sendiri pun ingin mengutamakan rakyat. Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.


Beri keutamaan kepada orang-orang kita terlebih dahulu sebagai menghargai sumbangan mereka selama ini. Jangan sesekali susukan kera di hutan.

Bila susah baru ingat kerajaan. Pergilah minta bantuan dengan KERAjaan Kelantan. Minta Nik Aziz sewa pesawat dari mana-mana negara untuk angkut kamu semua pulang. Jangan nak menyibuk minta bantuan Kerajaan BN.

Ulasan TenangSudey : haha kalau tak minta pertolongan daripada kerajaan. Apa guna ada kerajaan? Kalau mereka tak perlu dibantu, jadi kecualikan mereka daripada membayar cukai. Tapi mereka juga membayar cukai, bermakna kesenangan negara harus dikongsi juga bersama mereka.

Semalam saya juga diajak oleh Datuk Azeez untuk ke Cairo bagi membantu apa yang patut,tetapi saya tak dapat mengikutinya kerana ada kerja lain.

Saya tanya Datuk Azeez, nak pergi tolong orang Pas ke ? Dia jawab nak tolong semua tak kira Pas atau Umno kerana arahan PM supaya tolong kesemuanya.

Ulasan TenangSudey: hahaha inilah masalahnya, kadang2 pemimpin di atas dah elok dah nak tolong tanpa politikkan. Kuli kat bawah ini je duduk sibuk nak politikkan semua benda. Sampai bilalah nak maju dalam dunia politik kalau wujudnya golongan berfikiran sempit dan menulis tanpa berfikir.

Mungkin penulis blog itu tidak pernah bayangkan, bagaimana jika beliau UMNO dan anaknya meminati perjuangan PAS, adakah beliau hanya akan biarkan anaknya mati di sana? Tidak mahu bawa pulang? Utamakan anak orang lain dahulu? Renung-renungkan dan selamat beramal.

Walau apa pun, terima kasih buat kerajaan Malaysia kerana telah berusaha sedaya upaya untuk mengeluarkan rakyat Malaysia yang agak ramai berbanding dengan rakyat negara lain. Moga mereka selamat pulang ke Malaysia dengan selamat.

Akhir kalam, teruskan berdoa dan kongsilah berita-berita yang baik supaya dapat menenangkan sahabat2 dan juga keluarga mereka di sini. Saya menentang keras isu membawa pulang Pelajar Malaysia di Mesir dijadikan bahan politik. JIka anda bersetuju dan juga menentang. Marilah kongsi bahan ini melalui tweeter, Facebook dan sebgainya. Biar rakyat kita faham dan sama-sama menentang isu ini daripada dijadikan bahan politik oleh golongan politikus.

30 comments:

pESAwah said...

Malaysia nak tunggu jadi cam Mesir gak ke? Sedarlah..

nuriz said...

Biasa le tu, dulu Bn hentam Menteri Kedah katanya Kedah tak pandai handle masalah banjir. Mana bukti tak tau? ke sekadar menangguk di air keruh..
tak baik tuduh2..pas pun tak baik tuduh bn, bn pun tak baik tuduh pas...aman Malaysia :) peace...

De Mois said...

Akhirnya..aku jumpa org yang sependapat dgn aku. Penat aku berdebat dengan org pasal kes ni. Setuju ngan kenyataan kau. Nice3..kalau bukan kerajaan siapa lagi yang boleh tolong. Siapa yang ad kuasa kan

Revolusikan hidup dengan SuaraSendiri

hanglipo said...

apa2pun yg kita nak buat, berbaliklah kepada Islam...insyaallah semuanya akan selamat di dunia dan akhirat...semoga Malaysia akan menjadi negara Islam yang unggul

Anonymous said...

seriously,teruk betol pemikiran blogger tu.. ni la jadinya kalo kepentingan parti mendahului kepentingan rakyat dan negara.. harap2 x ramai orang yang berfikiran sebegitu..

azieazah said...

Allahuakbarrr...

sampai begitu sekali, kah?

Kalu ada anak yang berada d sana sedang belajar? Pentingkah sokongan parti dia ketika itu?

FadhDeela said...

setuju!! dlm 1 negara xkisah la ko pas ke ko umno ke..nama pun kerajann..xphm tol la org yg berpemikiran mcm tu!

meh singgah: Kenangan Zaman Sekolah Teknik!!

~IHSAN AZ~ said...

cetek akal, pegangan politik diutamakan dari agama dan bangsa, BODOH.....

Admiral Hafiz said...

seyes aku pening dgn politik Malaysia
sumer benda nk dipolitikkn
come on la
buat apa jadi kerajaan, klu masih nak pilih bulu?


nway, memang tak dinafikn pelajar2 kat U
ramai yg sokong pembangkang
knp? sumer dah pandai berfikir
sebab kerajaan yg ada skrg ni pn xambil kisah sgt keperluan rakyat


Admiral Hafiz Official Website: Admiral'z Legacy

Mr Daha said...

Ha3.. macam2 hal.. tenangsudey... :P
Tapi memang entry ni best. Apa kes utamakan ponyokong BN?? Kata 1Malaysia, bawak semua balik la... kenapa perlu ada pilih kasih..


Top Entry Wajib Baca:
Cabaran Tingkatkan Trafik Blog Anda

Wan Gerrard said...

adoi, blogger tu pilih kasih, emotional je lebih tapi xde sebab intelektual..

Seketeriat Kelab UMNO Luar Negara said...

salam

kami harap tiada pihak yg cuba menimbulkan isu politik.

kalau perdana menteri dah kata tak kira pas atau umno..bermakna semua sama rata.

segelintir blogger cuba mengeluarkan isu yg menyebabkan keadaan menjadi lebih cemas dan tidak tenteram.

apa yg sepatut adalah usaha secara terus menerus blogger menyampaikan maklumat yg tepat.

tidak perlu sesetengah pihak cuba mengeluarkan isu bukan-bukan.

sampai ada maklumat pun salah sampai ke ibu/bapa di Malaysia dan menyebabkan gambaran di mesir terlampau teruk kepada rakyat kita.

yat said...

sarcastic jek tu, takkan la x paham....

Anonymous said...

Hanya yang cerdik faham mesej posting RBF.
Dia saja provoke puak PAS untuk berfikir.
Tapi biasalah, penyokong Pas mana boleh berfikir sangat.
Kena ketuk kepala baru sedar!!

Anonymous said...

Setuju, RBF saja nak perli. Puak PAS melatah ketakutan. nampak sangat.

Baca posting RBF yang terbaru.

http://ruangbicarafaisal.blogspot.com/

mujahid said...

~mujahid x paham anonymous 10:19 n 12:08 ni...

~xnmpk ke rbf tu x matang

~bahase x sopan pun

~mujahid nk sokong mane 6 tahun lg ni :,-(

~budi bahase budaya kite

~tenangsudey, tenang je blog ni...mujahid suke! ^_^

~ALLAHUAKBAR!

arang67 said...

pendek akal..hati pun busuk...

aLiaFar said...

stuju ngn mujahid!

Nurulsgoodthings said...

berharap hanya pada Allah sudah....

PKR (PERAMPAS KUASA RAKYAT) said...

Wahai Tenangsudey,
Tindakan segelintir pelajar di Mesir yang menghantar SMS menghasut pelajar agar jangan menaiki pesawat ke Jeddah dan menuntut supaya dihantar pulang terus ke Malaysia.
Mereka tidak berpuashati kononnya mereka diterbangkan ke Jeddah secara percuma dan dari Jeddah untuk pulang ke Malaysia atas tanggungan sendiri.
Malangnya, dalam blog saudara hanya menegur RBF dalam posting dalam blognya.
Saya tidak nafikan beliau berlebihan dalam hal ini tapi ada moral dan pengajaran dalam perkara ini.
Kalau saudara mahu tahu hal sebenar pergilah sendiri ke Mesir.
Saya pun tahu tentang pelajar yang pro pembangkang di sana yang berpolitik sepanjang masa sebab saya dapat maklumat dari ipar yang pernah belajar di sana.
Saudara tahukah siapa yang mempolitikkan perkara ini terlebih dahulu?

Sekian.

TenangSudey said...

PKR : anda mungkin terlepas menonton pemberitahuan rasmi daripda kerajaan yang mereka akan menanggung kesemuanya kos untuk pulang ke Malaysia.

Tapi hakikat sebenar, saudara perlu faham, rakyat Malaysia di Mesir ialah 11 000+++ orang. Jadi yang menjadi keutamaan dahulu ialah keluarkan mereka dari Mesir iaitu ke Jordan. DI Jordan banyak alternatif untuk pulang dan mudah untuk mereka mendapat kebenaran menggunakan ruang udara.

Saya tidak menafikan, ada juga yang menanggung sendiri kos untuk pulang pada peringkat awal, namuns ejak Operasi Piramid dijalankan, semua kos untuk pulang ditanggun oleh kerajaan. BUkannya kerajaan kita semua tak bagus, ada juga yang bagus. Takkan semua kita nak hentam. Yang baik kita terima, yang tak baik kita perbaiki.


Terima kasih PKR atas komen yang informatif itu. MOga sedara PKR yang berada di sana akan selamat pulang.. amiin

TenangSudey said...

Mengenai RBF tu, walaupun niat untuk provoke, tapi skang bukan masanya. Benda-benda kecil ini boleh menjadi besar. Daripada kita bermain dengan provokasi, lebih baik kita memberikan info yang lebih baik.

Setiap individu ada hak untuk memilih kerajaan yang memerintah, namun kerajaan yang memerintah wajib untuk mempertahankan rakyatnya walaupun berbeza fahaman politik dan itulah yang dibuat oleh kerajaan.

JUsteru, provokasi tidak wajar diwujudkan dalam isu ini.

Pemerhati said...

Kaum PAS ni apa pun nak dipolitikkan!
Tengaoklah di PRK Tenang, jenazah mayat orang Islam pun nak dipolitikkan!
Ada PAS nak sama2 bersembahyang hayat utk mendoakan keselamatan pelajar2 mereka di Mesir?
Yang diutamakan adalah membuat demonstrasi - berkumpul di masjid2 supaya senang utk mencari orang ramai yg bodoh piang ikut serta berarak utk menunjukkan mereka perihatin apa yg berlaku di Mesir!

cascd said...

ish3..dasatnya pndangan blogger tu..

Anonymous said...

Salam,
alah takkan tak kenal makhluk PAS
kalau org lain buat apa mesti PERFECT, KAMIL, SEMPURNA..padahal mereka cakap je pandai tapi kerja tak buat suka merosakkah kebaikan.
Macam banjir di Kedah baru2 ni. betapa lembab sertai tidak ada bantuan bersistematik atau berpusat yang ditubuhkan oleh PAS, kemudia untuk tutup kelemahan tuding pula kepada kerajaan pusat yang lambat membantu. Ini semua konsep pemikiran Yahudi yang sering tidak pernah beryukur dengan nikmat Tuhan, malah memperlekeh pula nikmat yang diperolehi.

Sekarang apabila isu di Mesir berlaku, amat menyedihkan dalam suasana kelam kabut untuk menyelamatkan rakyat di sana, ada usaha provokasi dan saraf anti kerajaan supata divert plan yang telah di atur dengan buat fitnah dan tuduhan. Sampai bila makhluk penganut PAS ini hendak bersikap seperti dajjal pemusnah? bilakah hendak bersatu atas nama kebaikan dan umat? Sudahlah..naik benci aku dengan parti PAS ni..kerja merosakkan pemikiran manusia..
depa saja betui orag lain salah..
esok di akhirat jawablah di depan Tuhan skrg ni buatlah sepuas hati putar belit dan fitnah!!

Apapun semoga Allah SWT memelihara keselamatan rakyat kita di sana, dan bumi Anbia' bumi Mesir ini kembali diperintah oleh pemimpin beriman!

Blog RBF tu terpaksa cakap sini begitu sebab mentalilti orang-orang yang me

Anonymous said...

Saudara AaBa @ Admin tenangsudey..

Bagi sy anda bukan golongan bebas a.k.a atas pagar yang melihat sesuatu isu berdasrkn fakta & hakikat sesuatu yg berlaku..

Sy rasa suma pun dh tahu siapa sebenarnya yg senantiasa mempolitikkn apa jua isu..x de pertikaian..

Setiap perkara yg dilakukn pasti ADA rasionalnya..kaji trlebih dahulu utk mengadili sesuatu perkara..

Insya Allah, pihak kerajaan akan sentiasa melakukn yg trbaik utk setiap rakyatnya..

~Aa Ba Ta~

prihatin said...

nk tlg, tlg jelh yg memekak sgt tu psl ape. kt kedah kltn org umno dpt bantuan zakat gak....

Mr Mantra said...

Dasar pemikiran sempit...

zunnur said...

salam....sy seorg lagi warga msia yg masih lg berada dimesir..kenapa mesti nak bergaduh isu ni..cuba saudara2 bukak kamus cari apa makna pm...nnti anda ketemu jwpnnya...sy setuju dgn pendapat saudara aba...dlm keadaan meruncing pon boleh lagi nak berpolitik..cuma saudara2 bygkn saudara2 kalian berada disini..apa perasaan anda...apa yg berlaku dimesir ni x la seteruk yg anda lihat dikaca tv...rusuhan tu berlaku di sesetengah tempat je...bukan semua tempat...hrp maklum ye...cuba la berfikiran matang...jgn sempitkan minda anda...dgn meneyempitkan fikiran anda itu menunjukkan anda bukan seorg yg bijak ok...

Anonymous said...

setuju dgn saudara tenang, tak sebelah mane2...pasal ni pun boleh buat gadoh...org ni yg politik ni pun 1, tak kira pembangkang ke kerajaan...masing2 buat la koje masing2, kte negara islam ikot la cara islam....ni tidak...benda yg buruk cepat je kte nak kondeng pasal tuh, benda yg kte buat baik cpt2 jer nak heboh bagi org tahu....kte buat bnda baik x payah heboh pn x ape la...benda yg buruk tuh kte try la btolkan n ubahnye...ni masing2 nak burukan org@parti lain & suka baik kan koje dri@parti sndri....sapa biler nak maju islam mcm ni...pk la sumer...salam

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...